Pemberitahuan » Informasi » Cara Buat Temujanji LHDN: Kaunter Rayuan BPR 2021

Cara Buat Temujanji LHDN: Kaunter Rayuan BPR 2021

Cara Buat Temujanji LHDN.

Anda tidak dapat membuat permohonan rayuan BPR secara online atas sebab-sebab tertentu? Permohonan anda memerlukan pegawai yang berkaitan untuk membuat rujukan lebih lanjut?

Bagaimana?

Jangan risau, walaupun kita berada di dalam fasa PKP 3.0 anda boleh menyelesaikan isu-isu rayuan BPR secara manual di kaunter dengan cara membuat temujanji dengan LHDN terlebih dahulu.

Rujuk artikel Pemberitahuan hari ini Cara Buat Temujanji LHDN: Kaunter Rayuan BPR 2021 untuk memudahkan proses permohonan rayuan BPR anda.

Jom teruskan membaca artikel kami.

Cara Buat Temujanji LHDN: Kaunter Rayuan BPR 2021

Rujuk informasi-informasi di bawah untuk buat temujanji anda.

Untuk makluman anda, senarai perkhidmatan yang disediakan di kaunter BPR adalah seperti berikut:

  • Semakan Status / Bayaran
  • Permohonan
  • Rayuan
  • Lain – lain

Keutamaan akan diberikan kepada permohonan rayuan BPR 2021 yang berada di dalam situasi dimana mereka memerlukan semakan lanjut oleh pegawai LHDNM.

JADUAL WAKTU OPERASI KAUNTER BPR (LHDNM)

L1 - Cara Buat Temujanji LHDN: Kaunter Rayuan BPR 2021

SYARAT-SYARAT BUAT TEMUJANJI LHDNM ONLINE

Syarat-syarat kelayakan untuk buat janji temu adalah seperti berikut:

  1. Permohonan janji temu adalah tidak dibenarkan bagi tarikh cuti umum dan tarikh yang sama dengan tarikh permohonan.
  2. Hanya satu tarikh sahaja di benarkan bagi setiap No MyKad Pemohon
  3. Kemaskini hanya dibenarkan selewatnya tiga hari sebelum tarikh janji temu.
  4. Slot masa akan dipaparkan berdasarkan kekosongan masa janji temu. Satu slot masa diperuntukkan hanya untuk tiga (3) orang pemohon.
  5. Captcha mestilah disi sebelum menghantar permohonan
  6. Pembatalan & Tukar Tarikh Janji Temu Di Kaunter BPR
  7. Anda boleh membuat penukaran tarikh atau membatalkan janji temu selewat-lewatnya satu (1) hari sebelum tarikh yang telah dipilih.
Baca Juga :  SPA9 Login 2020 Online: Daftar & Semakan Status

CARA BUAT TEMUJANJI LHDN KAUNTER RAYUAN BPR ONLINE

Ikuti cara-cara dibawah untuk buat temujanji LHDN online:

  1. Pemohon perlu pergi ke PORTAL RASMI BANTUAN PRIHATIN RAKYAT (BPR) dan klik pada menu ‘e-Janji Temu’
  2. Isikan butiran janjitemu yang diminta dengan lengkap kemudian klik ‘Hantar’

NOTA:

Anda perlu memastikan bahawa anda telah mencetak / memuat naik / screenshot ‘SURAT PENGESAHAN TEMPAHAN JANJITEMU’ di Portal Rasmi BPR ATAU pada e-mel anda yang telah didaftarkan untuk kemukakan semasa hadir ke Cawangan LHDNM yang dipilih sebagai bukti janji temu.

BORANG PERMOHONAN RAYUAN BPR 2021

Terdapat 2 kaedah untuk anda mengisi borang rayuan BPR 2021 iaitu:

BORANG RAYUAN BPR 2021 ONLINE

  1. Pemohon perlu layari: LAMAN WEB RASMI BPR
  2. Log masuk dengan mengisi nombor kad pengenalan anda kemudian klik ‘Semak’
  3. Masukkan kata laluan dan klik butang ‘Log Masuk.’
  4. Buat proses permohonan dengan mengisi butiran yang diminta dan naik dokumen sokongan (rujuk senarai kod alasan tidak lulus dibawah) yang diperlukan seperti di dalam senarai di atas mengikut kod alasan.

BORANG RAYUAN BPR 2021 MANUAL

  1. Anda juga boleh membuat penhantaran manual borang permohonan rayuan BPR di Cawangan/Pusat Khidmat Hasil (PKH) / Urban Transformation Centre (UTC) LHDNM yang berhampiran secara janji temu.

199 - Cara Buat Temujanji LHDN: Kaunter Rayuan BPR 2021

Soalan Lazim (FAQ) Cara Buat Temujanji LHDN

Adakah saya perlu hantar  dokumen sokongan semasa membuat Permohonan Rayuan BPR 2021 secara borang ?

Maklumat Lanjut Cara Buat Temujanji LHDN

Sebarang maklumat lanjut anda boleh terus hubungi pihak yang berkaitan di saluran berikut:

  1. Hotline BPR di Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM): 1-800-88-2747
  2. Hotline BPR di Kementerian Kewangan Malaysia: 03-8882 4565/03-8882 4566
  3. Hasil Care Line (HCL): 03- 89111000

Selamat maju jaya kami ucapkan kepada mereka membuat janjitemu. Namun permohonan rayuan BPR secara online lebih digalakkan untuk mengelakkan keadaan sesak.

TERIMA KASIH