Pemberitahuan » Panduan » Cara Renew Roadtax MySIKAP JPJ (Daftar & Login)

Cara Renew Roadtax MySIKAP JPJ (Daftar & Login)

Cara Renew Roadtax MySIKAP.

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menghadkan hampir semua masa operasi perkhidmatan yang penting menyebabkan urusan anda terganggu. Termasuklah nak bayar roadtax, renew lesen dan sebagainya.

Berita baiknya disini Portal MySIKAP JPJ mampu menyelesaikan masalah anda!

Bagaimana?

Artikel kami hari ini Cara Renew Roadtax MySIKAP JPJ (Daftar & Login) akan menjadi panduan buat mereka yang berminat.

Jom teruskan membaca artikel kami!

Apa Itu MySIKAP JPJ?

Untuk makluman anda, perkhidmatan atas talian ini memudahkan urusan anda melakukan transaksi yang melibatkan urusan lesen memandu kenderaan, penukaran hak milik, pembelian no plat terkini setiap negeri (jpj number plate) dan banyak lagi perkhidmatan online yang boleh didapati di portsl ini.

Waktu operasi kaunter JPJ dalam tempoh PKP adalah  sangat terhad.

Waktu urusniaga kaunter JPJ:

Isnin – Jumaat.

  • 00 pagi – 1.00 tgh hari
  • tgh hari – 2.00 ptg (TUTUP)
  • 00 ptg – 4.00 ptg

Sabtu & Ahad: TUTUP

Pembayaran secara tunai tidak diterima. Kaedah pembayaran hanyalah melalui kad debit/kad bank atau kad kredit sahaja.

Urusan melibatkan PERSENDIRIAN boleh dilakukan secara atas talian MYSIKAP (public.jpj.gov.my).

Urusniaga PERSENDIRIAN juga boleh dilakukan di platform rakan niaga JPJ seperti Myeg.

Cara Renew Roadtax MySIKAP JPJ (Daftar & Login)

Macam mana nak bayar roadtax melalui MySIKAP JPJ ni?

Nanti dulu, anda perlu membuat pendaftaran terlebih dahulu. Untuk makluman anda juga terdapat 2 jenis pengguna iaitu eID Standard dan eID Advanced.

Baca Juga :  Daftar Online Sistem Insurans Pekerjaan PERKESO SIP (EIS) 2020

APA ITU PENGGUNA eID STANDARD?

  • Tidak memerlukan pengesahan biometrik (cap jari) dan hanya urusniaga tertentu sahaja boleh dilakukan.
  • TIDAK perlu hadir ke JPJ untuk daftar.
  • Pengguna juga boleh menggunakan 27 daripada 38 perkhidmatan di Portal JPJ Online.

APA ITU PENGGUNA eID ADVANCED?

  • Perlu pengesahan biometrik (cap jari) dan semua urusniaga yang tersenarai boleh dilakukan.
  • PERLU hadir ke JPJ termasuk JPJ UTC untuk mendapatkan no rujukan.
  • Boleh menggunakan kesemua 38 perkhidmatan di Portal JPJ Online.

NOTA:

Jika anda ingin menukarkan ID kepada eID Advance, pelanggan (user) perlu hadir ke mana-mana Kaunter JPJ yang berdekatan.

Macam mana nak daftar? Jom baca cara-cara di bawah:

CARA DAFTAR ID PENGGUNA eID STANDARD

Nak daftar id pengguna? Mudah sahaja. Ikuti cara-cara berikut:

  1. Layari laman web rasmi: https://public.jpj.gov.my/
  2. Isikan butiran yang bertanda * sahaja
  3. Masukkan kod sekuriti yang dipaparkan
  4. Klik Teruskan
  5. Semak dan sahkan maklumat yang telah dihantar.
  6. Klik Teruskan.
  7. Notifikasi Pengesahan Pendaftaran akan dipaparkan.
  8. ID Pengguna dan Kata Laluan Sementara akan dihantar ke emel yang telah didaftarkan.

pubimg utama2 - Cara Renew Roadtax MySIKAP JPJ (Daftar & Login)

Kemudian anda boleh login menggunakan ID Pengguna dan Kata Laluan Sementara untuk menggunakan perkhidmatan MySIKAP JPJ.

CARA RENEW ROADTAX MySIKAP JPJ

Dah settle daftar dan login, ready nak renew roadtax anda? Ikuti cara-cara mudah berikut:

  1. Login ke PORTAL RASMI MySIKAP JPJ
  2. Pilih menu ‘Kenderaan’
  3. Pilih pada ‘Pembaharuan Lesen Kenderaan Motor’
  4. Isikan maklumat pembaharuan lesen anda dengan lengkap
  5. Buat proses pembayaran
  6. Semak dan buat pengesahan
  7. Siap!

Mudahnya semudah ABC! Betul, semua urusan anda akan menjadi lebih mudah dengan perkhidmatan online JPJ ini. Kalau anda nak RENEW LESEN MEMANDU ONLINE pun boleh!

Kesimpulan Cara Renew Roadtax MySIKAP JPJ

Manfaatkan semua perkhidmatan online ini bagi membantu menguruskan segala urusan penting anda dengan lebih lancar.

Kongsikan artikel ini kepada rakan-rakan dan ahli keluarga anda yang lain.

Pastikan anda sentiasa menjaga SOP yang disarankan oleh KKM untuk kita sama-sama memutuskan rantaian Covid-19 yang mengancam kestabilan negara.

TERIMA KASIH