Pemberitahuan » Panduan » Permohonan SKWAK Online: Skim Kumpulan Wang Amanah Kontraktor

Permohonan SKWAK Online: Skim Kumpulan Wang Amanah Kontraktor

Permohonan SKWAK Online.

Apa itu Skim Kumpulan Wang Amanah Kontraktor?

Kepada para kontraktor bumiputera yang ingin mendapatkan bantuan wang pendahuluan untuk memulakan kerja kontrak atau Inden kerja, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Korperasi (MEDAC) mengalu-alukan untuk memohon Skim Kumpulan Wang Amanah Kontraktor (SKWAK).

Bagaimana nak buat permohonan?

Artikel kami hari ini Permohonan SKWAK Online 2021 (Skim Kumpulan Wang Amanah Kontraktor) kami sediakan khas buat kontraktor yang berminat untuk membuat permohonan.

Jom baca!

Apa itu Skim Kumpulan Wang Amanah Kontraktor (SKWAK)?

Untuk makluman anda, tujuan utama  pelaksanaan SKWAK adalah untuk membantu para kontraktor Bumiputera mendapatkan modal bagi memulakan sesuatu projek agar terus meningkat dengan lebih maju.

NILAI PINJAMAN SKWAK

SKWAK adalah skim berbentuk pinjaman yang mana jumlah pinjaman SKWAK tertakluk kepada maksimum 25% daripada Nilai Kerja Pembina.

NILAI KERJA PEMBINA/BUILDER’S WORK

Nilai Kerja Pembina atau Builder’s Work didefinisikan sebagai:

Nilai Kontrak Kerja ditolak (-) (Wang Peruntukan Sementara + Kos Prima + amaun jumlah Surat Ikatan Penyerahan Hak Kontraktor yang ditandatangani oleh kontraktor tersebut).

PENGAGIHAN DANA SKWAK

Pengagihan dana SKWAK akan dilakukan dengan 30% daripada nilai pinjaman yang diluluskan akan diagihkan kepada pembekal atau vendor Bumiputera yang berdaftar dengan Pusat Khidmat Kontraktor (PKK).

Permohonan SKWAK Online 2021 (Skim Kumpulan Wang Amanah Kontraktor)

Berikut kami kongsikan dengan anda syarat kelayakan permohonan, cara permohonan dan maklumat-maklumat lain buat rujukan anda untuk membuat permohonan.

Semuanya ada disini.

SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN SKWAK ONLINE

Anda perlu memenuhi kesemua syarat-syarat kelayakan di bawah terlebih dahulu sebelum membuat permohonan:

  • Pemohon melaksanakan projek bernilai tidak melebihi RM5.0 juta.
  • Pemohon merupakan kontraktor Gred G1 hingga G5 yang berdaftar dengan CIDB.
  • Pemohon memiliki Sijil Taraf Bumiputera (STB) yang masih aktif.
  • Modal dan tenaga pengurusan dimiliki dan dikuasai oleh Bumiputera 100%.
  • Pemohon tidak menerima wang pendahuluan atau pinjaman dari mana-mana institusi kewangan.
  • Bagi kontraktor Gred G2 hingga G5, mereka perlu menerima SST daripada JKR bagi kerja-kerja Persekutuan sahaja dan nilai kerja yang tertakluk kepada had nilai menender.
  • Bagi kontraktor Untuk Gred G1, mereka perlu menerima inden kerja daripada JKR bagi kerja-kerja Persekutuan sahaja dan nilai bagi satu-satu kerja hendaklah lebih daripada RM100,000.00 dan tempoh siap kerja hendaklah tidak kurang daripada 8 minggu.
  • Subkontraktor adalah tidak layak memohon, kecuali subkontraktor yang dinamakan (NSC).
  • Pemohon mempunyai rekod kerja yang baik serta tidak terlibat dengan tindakan kesusahan berat kerana berhutang.
Baca Juga :  Cara Tamatkan Langganan Unifi Dengan Mudah

SYARAT KELAYAKAN PINJAMAN SKWAK

Syarat pinjaman SKWAK pula adalah seperti berikut:

  • Pinjaman adalah bagi satu kerja sahaja pada sesuatu masa.
  • Sekurang-kurangnya 30% nilai pinjaman diagihkan kepada pembekal Bumiputera.
  • Permohonan yang diluluskan layak menerima pinjaman sebanyak 25% daripada Nilai Kerja Pembina atau Nilai Inden.
  • Pinjaman yang diluluskan hendaklah digunakan khusus untuk perbelanjaan yang berkaitan dengan kerja-kerja kontrak.
  • Peminjam hendaklah menguruskan sendiri kerja-kerja kontrak yang berkenaan dan tidak boleh sama sekali menyerahkan kerja-kerja itu kepada pihak-pihak lain.

CARA PERMOHONAN SKWAK ONLINE 2021

Setelah memenuhi kesemua syarat kelayakan di atas, anda boleh mula membuat permohonan dengan memuat turun 2 borang di bawah:

  1. KONTRAKTOR G1: BORANG PERMOHONAN SKWAK
  2. KONTRAKTOR G2-G5: BORANG PERMOHONAN SKWAK
  3. Isi borang permohonan tersebut dengan lengkap dan betul.
  4. Sediakan dokumen yang diperlukan seperti dalam senarai di bawah.
  5. Hantar borang permohonan dan dokumen yang diperlukan ke Pejabat Cawangan PKK Negeri.
  6. SENARAI ALAMAT PEJABAT CAWANGAN PKK NEGERI untuk rujukan anda.

SENARAI DOKUMEN PERMOHONAN SKWAK ONLINE 2021

Berikut adalah senarai dokumen yang diperlukan untuk permohonan SKWAK:

  • Borang permohonan pinjaman yang telah lengkap diisi.
  • Surat Setuju Terima Tender (LA), bagi kontrak dimana pinjaman pendahuluan diperlukan atau Inden Kerja.
  • Ringkasan tender.
  • Surat Daftar Perniagaan (Borang A/B jika urusniaga kepunyaan perseorangan/perkongsian; atau Borang 24, Borang 29, 44 jika urus niaga jenis Sdn. Bhd.).
  • Borang Pendaftaran Syarikat SSM (Borang D untuk milikan tunggal; Borang 9 untuk jenis Sdn. Bhd).
  • Sijil Pendaftaran Kontraktor dari CIDB.
  • Sijil Taraf Bumiputera dari PKK.
  • Carta organisasi syarikat dan lampiran tapak projek yang telah diluluskan oleh JKR.
  • Salinan penyata bulanan akaun bank bagi 3 bulan terakhir.
  • Salinan penyata akaun tahunan syarikat yang terkini setelah diaudit dan disahkan oleh Pendaftar Syarikat.
  • Membuat akuan sumpah di hadapan Pesuruhjaya Sumpah atau Hakim Mahkamah Sesyen bahawa pemohon tidak ada menerima pinjaman kewangan dari bank/agensi lain.

CARA BAYARAN BALIK PINJAMAN SKWAK

Bayaran balik pinjaman SKWAK akan dibuat dengan kerjasama Jabatan Kerja Raya (JKR) berdasarkan potongan daripada bayaran interim atau kemajuan projek kontraktor.

70ac1eda4182d1fb76489f707df0b7245d748b1ea89db - Permohonan SKWAK Online: Skim Kumpulan Wang Amanah Kontraktor

Maklumat Lanjut SKWAK 2021

Untuk maklumat lanjut mengenai SKWAK, sila hubungi 03-8880 5367/5399 atau melayari laman web rasmi MEDAC di talian https://www.medac.gov.my/.