Cara Nak Check CTOS.
Adalah penting untuk anda membuat semakan status kredit di CTOS terlebih dahulu sebelum anda ingin membuat apa-apa perancangan pinjaman kewangan. Tak kira lah loan kereta, loan rumah dan sebagainya.
Kenapa nak kena ambil tahu?
Macam mana cara anda nak buat semakkan?
Entri Pemberitahuan harini Cara Nak Check CTOS Percuma Secara Online 2022 khas untuk pengguna yang inginkan panduan untuk semak status kredit mereka.
Jom baca!
Isi Kandungan
Apa Itu CTOS? Dan Apa Perbezaan CTOS & CCRIS?
Tak kenal maka tak mesra. Sebelum kita pergi jauh lagi mengenai CTOS ini kita perlu memahami dahulu maksud CTOS dan fungsinya serta perbezaan istilah CTOS dan CCRIS.
DEFINISI CTOS
- CTOS adalah ringkasan kepada Credit Tip Off Service, di mana ia merupakan Agensi Pelaporan Kredit
FUNGSI CTOS
Untuk makluman anda, semakan di MyCTOS akan membolehkan pengguna untuk mengetahui status laporan kredit mereka (individu dan syarikat). Contohnya:
- Pemilikan syarikat dan pengarah
- Testimoni daripada syarikat-syarikat yang pernah berurusniaga dengan mereka
- Memaparkan rekod kredit untuk tempoh 24 bulan yang lalu
- Maklumat tindakan undang-undang
APA PERBEZAAN CTOS DENGAN CCRIS?
Dalam bahasa yang mudah, CTOS dan CCRIS adalah Agensi Pelaporan Kredit. Apa yang membezakan mereka adalah:
- CCRIS adalah di bawah seliaan Bank Negara Malaysia (BNM) manakala CTOS pula merupakan agensi luar yang tidak mempunyai kaitan dengan BNM.
Cara Nak Check CTOS Percuma Secara Online 2022
KENAPA PERLU CHECK CTOS?
Masih keliru kenapa perlu buat semakan laporan kredit anda?
Sekiranya anda mempunyai laporan kredit yang baik, mencapai status memuaskan, ianya akan mempengaruhi keputusan pihak bank untuk meluluskan pinjaman yang kita mohon.
Status laporan kredit yang kurang baik akan menjejaskan peluang loan anda untuk diluluskan pihak bank.
Bagusnya semakan CTOS ni akan membolehkan kita mengetahui apa yang kurang baik dengan kredit kita serta bagaimana cara untuk memperbaikinya sebelum memohon bagi mengelakkan loan tidak diluluskan.
Untuk makluman anda, laporan CTOS akan memaparkan maklumat berikut:
- Pengesahan identiti
- Informasi perniagaan, pengarah dan pemilikan perniagaan
- Butir-butir tindakan undang-undang, status kes, maklumat kebankrapan
- Sejarah Kewangan – Terdiri daripada 3 bahagian iaitu
- Permohonan kredit semasa dan butiran CCRIS
- Rekod cek tidak sah
- Komen anda
NOTA:
- Bank akan melihat bahagian ini dengan teliti untuk menentukan sekiranya anda adalah pembayar yang baik, dan sama ada anda masih boleh menanggung lebih kredit berdasarkan kredit anda yang sedia ada.
CARA NAK CHECK MyCTOS PERCUMA SECARA ONLINE
Pengguna yang ingin membuat semakan MyCTOS secara percuma (Tanpa CCRIS dan Skor) boleh ikuti langkah-langkah di bawah sebagai panduan:
LANGKAH 1: PENDAFTARAN AKAUN
- Pengguna perlu layari link : PORTAL RASMI MyCTOS
- Kemudian klik pada ‘Daftar Sekarang’
LANGKAH 2: ISI MAKLUMAT PERIBADI PENGGUNA
- Isikan butiran-butiran yang diminta dengan lengkap dan betul
- Lampirkan imej (depan dan belakang) MyKad anda untuk mengesahkan butiran anda
- Pastikan anda mengisi nombor telefon yang betul dan masih aktif untuk memastikan anda menerima kod pengesahan TAC yang akan dihantar ke nombor tersebut bagi melengkapkan proses pendaftaran.
LANGKAH 3: PENGESAHAN PENDAFTARAN AKAUN
- Anda akan menerima e-mel memaklumkan bahawa pendaftaran anda sedang disahkan.
- Pengesahan dilakukan pada hari yang sama, dan anda akan menerima satu lagi emel yang memaklumkan bahawa akaun anda telah disahkan, dan pendaftaran selesai.
- Masukkan kod TAC yang dihantar ke nombor yang didaftarkan di ruang yang disediakan untuk melengkapkan proses pendaftaran
LANGKAH 4: PENGAKTIFAN ID PENGGUNA
- CTOS memerlukan 3 jam waktu kerja untuk mengesahkan butiran pendaftar dan menyediakan ID pengguna yang sah yang diperlukan untuk mengakses laporan CTOS.
- Anda akan menerima e-mel dari CTOS tentang butiran ID Pengguna anda melalui alamat emel yang anda berikan.
- Untuk menyelesaikan proses pendaftaran, log masuk dengan ID pengguna dan kata laluan yang telah didaftarkan.
- Pilih soalan keselamatan untuk memastikan akaun anda selamat dan tidak boleh diakses dengan mudah oleh orang luar.
CARA UNTUK DAPATKAN SKOR LAPORAN KREDIT CTOS YANG BAIK
Apa tips yang boleh digunakan untuk menambahbaik skor laporan kredit anda?
Berikut kami kongsikan tips yang boleh membantu menyelesaikan masalah skor kredit anda yang kurang memuaskan:
- Bayar bil-bil anda tepat pada masanya. Langsaikan bayaran tertunggak.
- Pastikan jumlah yang dihutang rendah dan buatlah bayaran bulanan anda dengan berdisiplin sehingga amaunnya semakin berkurang.
- Perbaiki rekod kredit anda jika anda pernah menghadapi masalah. Jika anda menghadapi kesulitan menguruskan kesihatan kredit anda, anda boleh berjumpa dengan penasihat, kaunselor kredit atau perkhidmatan kewangan untuk mendapatkan khidmat nasihat.
- Semak laporan MyCTOS secara berkala supaya anda boleh memantau kesihatan kredit anda. Dengan ini, anda boleh mengambil langkah awal jika anda mempunyai sebarang masalah atau isu kewangan.