Pemberitahuan » Semakan Online » Kerajaan » Kemaskini Status Perkahwinan BPN 2.0 di LHDN

Kemaskini Status Perkahwinan BPN 2.0 di LHDN

Kemaskini Status Perkahwinan BPN

Anda ingin menukar status anda daripada bujang ke berkahwin di dalam permohonan baru BPN 2.0? Bagaimana? Anda perlu buat secara online atau hanya di pejabat LHDN?

Kami ada jalan penyelesaiannya!

Pemberitahuan dengan artikel Kemaskini Status Perkahwinan BPN 2.0 di LHDN  merangkumkan segala maklumat yang anda perlukan buat mereka yang berminat.

Jom baca!

Kemaskini Status Perkahwinan BPN 2.0 di LHDN

Ramai yang masih keliru dengan prosedur untuk kemaskini status bujang dan berkahwin mereka untuk permohonan baru BPN 2.0 ini.

Terdapat 2 jenis situasi yang berkaitan dengan tukar status perkahwinan 2.0:

  • BUJANG KEPADA KAHWIN( bujang > berkahwin)
  • KAHWIN KEPADA BUJANG( berkahwin > janda/duda/ibu tunggal)

Berikut adalah contoh situasi dimana anda PERLU MEMBUAT PERMOHONAN SEMULA BPN 2.0:

SITUASI 1

Muthu baharu sahaja berkahwin dengan Rani. Sebelum ini Muthu menerima bantuan BPN dengan status bujang manakala Rani pula tidak menerima atau tidak lulus permohonan BPN.

SITUASI 2

Lim baharu sahaja berkahwin dengan Mei dan sebelum ini Lim tidak pernah menerima atau tidak lulus permohonan BPN. Tetapi isterinya Mei sebelum ini menerima bantuan BPN dengan status bujang.

Ini pula adalah situasi dimana anda TIDAK PERLU MEMBUAT PERMOHONAN SEMULA BPN 2.0:

SITUASI 1:

Ridzuan baharu sahaja berkahwin dengan Anis. Sebelum ini kedua-dua Ridzuan dan Anis telah menerima bantuan BPN dalam status bujang. Mereka tidak perlu kemaskini status perkahwinan untuk BPN 2.0 dan akan terus menerima bantuan BPN 2.0 dalam status bujang.

Baca Juga :  Panduan Semak Status Scammer Skim Penipuan Online

CARA KEMASKINI STATUS PERKAHWINAN BPN 2.0 DI LHDN

Berikut adalah cara untuk anda membuat kemaskini atau permohonan semula sekiranya anda menepati dua situasi pertama di atas:

  1. Muat turun Borang Pembatalan Permohonan BPN
  2. Isikan dan bawa bersama sijil nikah ke cawangan LHDNM untuk dihantar (pemohon & pasangan)
  3. Buat semula Permohonan Baharu secara atas talian. (Ketua keluarga sahaja)

Soalan Lazim BPN 2.0

Capture - Kemaskini Status Perkahwinan BPN 2.0 di LHDN

Apa itu BPN 2.0?

BPN baru ini merupakan bantuan tambahan untuk B40 dan M40 termasuk bujang.

Bilakah pembayaran akan dibuat?

Pembayaran BPN akan dibuat dalam dua ansurans iaitu bulan Oktober 2020 dan Januari 2021.

Bagaimana untuk semak status kelulusan BPN?

Semakan boleh dibuat di portal rasmi bpn.hasil.gov.my bermula 15 Oktober nanti.

Bolehkah saya memohon rayuan semula sekiranya layak?

Rayuan / proses permohonan baru akan dibuka 15 Oktober kepada semua yang layak.

Saya merupakan pasangan yang layak dan telah bercerai, bagaimana?

Anda boleh membuat permohonan baru pada tarikh yang telah dinyatakan.

Maklumat Lanjut Kemaskini Status Perkahwinan BPN 2.0

Sebarang pertanyaan lanjut anda boleh terus hubungi Hasil Care Line di talian 03-89111000 atau 603-89111100 (Luar Negara).

HASiL Live Chat dan Borang Maklum Balas di portal rasmi LHDN di pautan:

https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my

Semoga artikel ini dapat memberi pencerahan bagi mereka yang ingin membuat proses kemaskini untuk permohonan baru BPN 2.0

Kongsikan artikel ini dengan rakan-rakan dan ahli keluarga anda yang lain.

Selamat maju jaya kami ucapkan.

TERIMA KASIH