Pemberitahuan » Informasi » Pemeriksaan Kenderaan Percuma Puspakom (Daftar Temujanji)

Pemeriksaan Kenderaan Percuma Puspakom (Daftar Temujanji)

Pemeriksaan Kenderaan Percuma Puspakom.

Untuk makluman anda, PUSPAKOM menawarkan pemeriksaan kenderaan percuma kepada pemilik kenderaan persendirian bersempena perayaan Aidilfitri di bawah kempen Pemeriksaan Kenderaan Secara Sukarela yang bermula pada 2 Mei sehingga 12 Mei 2021.

Anda berminat?

Dah bersedia untuk servis kenderaan untuk memastikan perjalanan anda lancar dan selamat?

Pemberitahuan membawakan anda artikel hari ini Pemeriksaan Kenderaan Percuma Puspakom Sempena Aidilfitri Sehingga 12 Mei sebagai panduan mendapatkan servis pemeriksaan kenderaan percuma ini.

Jom baca!

Apa Itu PUSPAKOM?

Untuk makluman, PUSPAKOM ditubuhkan pada 1994 dan berada di bawah syarikat induk DRB-HICOM Bhd yang juga satu-satunya syarikat pemeriksa kenderaan lantikan Kerajaan Malaysia untuk melakukan semua pemeriksaan mandatori terhadap kenderaan awam dan perdagangan, termasuk kenderaan persendirian bagi tujuan pembiayaan sewa beli, pindah milik dan insurans.

Peranan utama PUSPAKOM adalah untuk menjalankan pemeriksaan ke atas kenderaan untuk memastikan kenderaan berada di dalam keadaan yang selamat untuk dipandu di atas jalan raya serta memastikan pemilik kenderaan mematuhi peraturan-peraturan dalam memelihara alam sekitar melalui ujian pelepasan asap.

Pemeriksaan Kenderaan Percuma Puspakom Sempena Aidilfitri Sehingga 12 Mei

CARA DAFTAR TEMUJANJI PEMERIKSAAN KENDERAAN PERCUMA PUSPAKOM

Orang ramai yang ingin membuat temujanji pemeriksaan kenderaan dengan PUSPAKOM boleh rujuk cara-cara di bawah:

  1. Anda perlu layari: LAMAN WEB MyPUSPAKOM
  2. Sekiranya anda pengguna baharu klik pada ‘Register Now’
  3. Cipta kata laluan dan isikan alamat emel anda. Isi semua butiran yang diminta dengan lengkap dan betul.
  4. Selesai mendaftar, Log Masuk menggunakan alamat email dan kata laluan yang didaftar tadi.
  5. Anda boleh buat daftar temu janji online di cawangan PUSPAKOM yang berdekatan berserta tarikh yang dipilih untuk pemeriksaan kenderaan.
Baca Juga :  Sabah Pay: Cara Bayar Bil Air Online Sabah Pay/MayBank2U

ITEM KENDERAAN YANG DIPERIKSA

25 item kenderaan yang akan diperiksa sewaktu pemeriksaan percuma ini adalah seperti berikut:

  1. Ujian brek
  2. Gelincir sisi
  3. Tayar
  4. Suspensi
  5. Asap
  6. Lampu
  7. Cermin Gelap
  8. Bahagian Atas dan bawah

Pemeriksaan PUSPAKOM 795x1024 - Pemeriksaan Kenderaan Percuma Puspakom (Daftar Temujanji)

LOKASI PEMERIKSAAN KENDERAAN PUSPAKOM

Anda boleh membawa kenderaan anda untuk pemeriksaan di mana-mana cawangan PUSPAKOM yang berdekatan dengan anda di seluruh Malaysia kecuali cawangan Shah Alam dan Pasir Gudang.

Rujuk SENARAI CAWANGAN PUSPAKOM MALAYSIA untuk melancarkan perjalanan anda.

Waktu beroperasi bermula dari 8 pagi hingga 5 petang.

Untuk makluman anda juga, selain daripada pemeriksaan yang dilakukan di cawangan-cawangan PUSPAKOM, terdapat juga pemeriksaan bergerak daripada jam 9 pagi hingga 4 petang yang boleh didapati di:

  • Wisma DRB-HICOM, Shah Alam: 3 Mei 2021
  • Perkarangan Stadium Cheras, Kuala Lumpur: 8 Mei 2021

Maklumat Lanjut Pemeriksaan Kenderaan Percuma Puspakom

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut mengenai pemeriksaan ini anda boleh terus hubungi Pusat Khidmat Pelanggan PUSPAKOM di talian 03-5101 7000.

Kongsikan manfaat artikel ini kepada rakan-rakan dan ahli keluarga anda yang lain agar anda semua dapat menikmati pemanduan yang lebih selamat dan lancar selepas membuat pemeriksaan kenderaan di PUSPAKOM.

TERIMA KASIH