Pemberitahuan » Informasi » Permohonan Skim Bantuan Rumah Zakat Kedah 2021

Permohonan Skim Bantuan Rumah Zakat Kedah 2021

Permohonan Skim Bantuan Rumah Zakat.

Lembaga Negeri Zakat Kedah (LNZK) dengan kerjasama Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) mewujudkan satu skim bantuan rumah untuk individu yang layak di bawah Pembiayaan Peribadi-i Asnaf Zakat.

Skim bantuan ini disediakan khusus buat rakyat negeri Kedah yang mempunyai gaji/elaun tetap bulanan antara RM1200 hingga RM1500.

Anda berminat?

Inginkan maklumat lebih lanjut?

Berikutan dengan itu Pemberitahuan dengan artikel Permohonan Skim Bantuan Rumah Zakat Kedah 2021 memudahkan urusan anda untuk membuat rujukan permohonan bantuan ini.

Semua informasi yang anda perlukan kami sediakan disini.

Jom baca!

Permohonan Skim Bantuan Rumah Zakat Kedah 2021

Permohonan ini telah dibuka bermula 03 Mei 2021 sehingga 03 Julai 2021.

Kadar bayaran semula pembiayaan buat mereka yang layak adalah hanya RM280/sebulan.

Berikut kami kongsikan informasi berkenaan Skim Bantuan Rumah Zakat Kedah, syarat kelayakan untuk mendapatkan bantuan ini, cara permohonan buat mereka yang layak.

Apa tunggu lagi?

Mari teruskan bersama kami.

SEMAKAN SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN

Mereka yang berminat perlu memenuhi syarat-syarat kelayakan di bawah terlebih dahulu sebelum ingin membuat permohonan:

  1. Individu beragama Islam.
  2. Warganegara Malaysia dan bermastautin serta bekerja di Negeri Kedah (sekurang-kurangnya 2 tahun).
  3. Setiap pemohon dan pasangan hendaklah bergaji/elaun tetap tidak kurang daripada RM1,200 dan tidak melebihi RM1,500 sebulan serta mempunyai Slip Gaji (pendapatan isi rumah tidak melebihi RM3,000).
  4. Pemohon berumur 25 tahun sehingga 40 tahun pada tarikh permohonan dan telah berkahwin.
  5. Pemohon bukan penghutang penghakiman atau muflis.
  6. Pemohon mempunyai geran tanah sendiri atau mendapat kebenaran daripada tuan tanah.
  7. Tapak binaan rumah hendaklah selamat didiami dan bukan di kawasan tanah rizab, tepi sungai, tanah jerlus, atau di kawasan-kawasan yang boleh membahayakan penghuni rumah.
  8. Pemohon melepasi tapisan kelayakan daripada LZNK dan BIMB.
Baca Juga :  Panduan Buat Tuntutan MySalam Skim Perlindungan B40 Online

CARA PERMOHONAN SKIM BANTUAN RUMAH ZAKAT KEDAH

Mereka yang berkelayakan boleh ikuti proses permohonan berikut:

  1. Pemohon perlu melayari: LAMAN WEB RASMI LEMBAGA ZAKAT NEGERI KEDAH (LZNK)
  2. Klik ‘Muat Turun’ pada bahagian ‘Skim Bantuan Rumah Zakat Kedah & Bank Islam’ untuk memuat turun borang permohonan.
  3. Isi borang permohonan anda dengan lengkap dan teliti dan sertakan dengan dokumen sokongan yang diperlukan (seperti dalam senarai di bawah)
  4. Borang yang telah lengkap diisi dan dokumen yang diperlukan hendaklah diserahkan kepada Penolong Amil atau Pejabat Zakat Daerah yang terdekat.

NOTA:

  • Pastikan anda mengisi borang permohonan dengan HURUF BESAR.

SENARAI DOKUMEN SOKONGAN YANG DIPERLUKAN

Dokumen-dokumen sokongan ini perlu dilampir dan dihantarkan bersama borang permohonan:

  1. Salinan MyKad pemohon (Depan & Belakang).
  2. Salinan MyKad/surat lahir bagi semua tanggungan/surat perakuan bagi anak angkat atau anak tiri.
  3. Salinan sijil perkahwinan, surat cerai/sijil cerai/sijil kematian suami/isteri (jika berkenaan).
  4. Salinan slip gaji, penyata pendapatan, surat pengesahan pendapatan dan sebagainya (jika berkenaan).
  5. Bil Elektrik, Air, Telefon dan Lain-lain bil (jika berkenaan).
  6. Salinan geran tanah bagi tujuan pembinaan rumah.
  7. Salinan Geran Tanah.
  8. Gambar Rumah Pemohon.

Karnataka to roll out sale of agreement rules to insure homebuyers from delays in project delivery e1620118670608 - Permohonan Skim Bantuan Rumah Zakat Kedah 2021

KOS PEMBIAYAAN RUMAH

Kos pembiayaan rumah menerusi skim bantuan ini sebanyak RM45,000 ditawarkan oleh LZNK dan BIMB dengan pecahan pembiayaan berikut:

  • Dana LZNK: RM22,500
  • Pembiayaan Peribadi BIMB: RM22,500

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan atau kekeliruan mengenai Skim Bantuan Rumah Zakat Kedah ini anda boleh terus hubungi pihak yang berkenaan (LZNK) di talian talian 04-733 1740.

Selamat maju jaya kami ucapkan kepada pemohon yang layak.

TERIMA KASIH