Pemberitahuan » Informasi » Semakan Baucar BPR Fasa 2 & Tarikh Bayaran Tunai Online

Semakan Baucar BPR Fasa 2 & Tarikh Bayaran Tunai Online

Semakan Baucar BPR Fasa 2.

Makluman kepada penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) yang tidak mempunyai akaun bank anda kini boleh membuat semakan nombor baucar BPR fasa 2 untuk mendapatkan bayaran tunai bantuan anda.

Sumber makluman terkini dari LHDNM memaklumkan penerima BPR yang tiada akaun boleh mengunjungi mana-mana cawangan BSN yang berdekatan untuk mendapatkan bantuan BPR secara tunai mulai 17 Mei 2021.

Pengumuman ini dibuat khas untuk mereka yang tiada akaun, bagi penerima yang mempunyai akaun bank, pembayaran BPR telah pun dikreditkan secara berperingkat ke akaun bank masing-masing bermula 7 Mei yang lalu.

Bagaimana nak buat semakan nombor baucar bantuan BPR anda?

Jangan risau, Pemberitahuan prihatin akan situasi anda dan kami menyediakan artikel Semakan Baucar BPR Fasa 2 & Tarikh Bayaran Tunai Online sebagai rujukan anda yang terlibat dan perlukan panduan.

Apa tunggu lagi?

Jom baca artikel kami!

Apa Itu Bantuan Prihatin Rakyat (BPR)?

Menteri Kewangan, YB Senator Tengku Dato Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dalam pembentangan Bajet 2021 mengumumkan pada pembentangan bajet 6 November lalu Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) ini menggantikan Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSH).

BPR memainkan peranan yang sama secara bersasar dan kaedah pembayaran sedia ada mengikut butiran yang telah dikemaskini oleh pemohon.

WhatsApp Image 2020 11 12 at 2.32.12 PM - Semakan Baucar BPR Fasa 2 & Tarikh Bayaran Tunai Online

Semakan Baucar BPR Fasa 2 & Tarikh Bayaran Tunai Online

TARIKH SEMAKAN BANTUAN BPR FASA 2

Mereka yang mendapat bantuan BPR Fasa secara automatiknya layak mendapat bantuan untuk BPR Fasa 2.

Anda sudah boleh mula membuat semakan bantuan BPR Fasa 2 ini bermula 7 Mei yang lalu:

  • Pengguna perlu layari: LAMAN WEB RASMI BPR HASIL
  • Log masuk menggunakan kata laluan dan id yang telah didaftarkan.
  • Klik pada ‘Semak Status’ dan anda akan dipaparkan dengan status permohonan dan bayaran bantuan BPR.
Baca Juga :  Pinjaman Perumahan Yayasan Perak 2021: RMR Perakku Prihatin

TARIKH PEMBAYARAN BPR FASA 2

  • Tarikh bayaran BPR Fasa 2 bagi mereka yang mempunyai akaun bank adalah bermula 7 Mei yang lalu secara berperingkat.
  • Mereka yang tiada akaun bank boleh mula hadir ke mana-mana cawangan BSN yang berdekatan untuk pembayaran BPR Fasa 2.

CARA SEMAK NO BAUCAR BPR FASA 2

Cara-cara untuk anda membuat semakan nombor baucar ini untuk mendapatkan bayaran tunai BPR adalah seperti berikut:

  1. Layari: LAMAN WEB RASMI BANTAUN PRIHATIN RAKYAT (BPR)
  2. Isikan nombor kad pengenalan anda dan klik pada ‘Semak’
  3. Log masuk dengan mengisi kata laluan dan klik pada ‘Log Masuk’
  4. Klik lagi pada bahagian ‘semakan status’
  5. Maklumat penerima dipaparkan.
  6. Maklumat nombor baucar BPR Fasa 2 penerima dipaparkan pada bahagian tersebut.

NOTA:

  • Pemohon yang ingin mendapatkan bantuan wang tunai BPR perlu membawa kad pengenalan bagi tujuan pengesahan diri.
  • Hanya wakil yang ditetapkan sahaja yang layak mewakili penerima yang tidak hadir untuk mendapatkan bayaran tunai mereka.

Capture - Semakan Baucar BPR Fasa 2 & Tarikh Bayaran Tunai Online

SEMAKAN STATUS PEMBAYARAN BPR:

Terdapat dua jenis status pembayaran iaitu:

PEMBAYARAN BERJAYA DIKREDITKAN

  • Berjaya kredit bermaksud wang Bantuan Prihatin Rakyat(BPR) anda berjaya dibayar ke akaun bank anda yang diambil daripada data Bantuan Sara Hidup(BSH) atau data pembayar cukai LHDNM

PEMBAYARAN GAGAL KREDIT

Gagal kredit bermaksud wang Bantuan Prihatin Rakyat(BPR) anda tidak berjaya dibayar ke akaun bank anda kerana sebab-sebab berikut :

  • akaun tidak aktif, nombor akaun daripada data yang diambil daripada data Bantuan Sara Hidup atau data pembayar cukai LHDN salah.
  • tiada langsung maklumat akaun.

Kesimpulan Semakan Baucar BPR Fasa 2 & Tarikh Bayaran Tunai Online

Semoga artikel ini sedikit sebanyak dapat membantu anda membuat persiapan segala dokumen yang diperlukan sebelum membuat permohonan BRP 2021 ini.

Selamat maju jaya kami ucapkan.

Pastikan anda sentiasa mematuhi SOP yang disarankan oleh KKM untuk kita sama-sama memutuskan rantaian Covid-19 yang sedang melanda negara.

TERIMA KASIH