Sabah Pay: Cara Bayar Bil Air Online.
Bayar bil air anda khususnya rakyat negeri Sabah melalui aplikasi Sabah Pay yang membolehkan anda membayar bil Jabatan Air Sabah dengan mudah dan cepat.
Anda juga boleh membuat pembayaran bil utiliti melalui Maybank2U.
Mudahnya! Bagaimana?
Rujuk artikel Pemberitahuan hari ini Sabah Pay: Cara Bayar Bil Air Online Sabah Pay/MayBank2U untuk mendapatkan tutorial mudah dan kenali lebih lagi tentang Sabah Pay.
Semuanya ada disini.
Jom baca!
Isi Kandungan
Apa Itu Sabah Pay?
Pembayaran bil air online?
Untuk makluman anda, Aplikasi ini dibangunkan oleh Perbadanan Pinjaman Sabah (SCC) dengan kerjasama Boost, Sunline International (Malaysia) Sdn. Bhd. dan Alibaba Cloud Malaysia Sdn. Bhd.
Aplikasi ini merupakan salah satu tindakan strategik untuk mendigitalkan ekonomi negeri Sabah dengan memperkenalkan perkhidmatan bayaran atas talian kepada rakyat negeri Sabah.
Melalui aplikasi ini anda boleh:
- Penyimpanan wang secara digital (e-Wallet)
- Membuat pembayaran (bil utiliti dan sebagainya)
- Memindahkan dan menerima wang secara digital
- Fungsi pintar seperti bil perpecahan (split bill)
- Semakan sejarah transaksi dan banyak lagi
Sabah Pay: Cara Bayar Bil Air Online Sabah Pay/MayBank2U
Okay, berikut kami kongsikan pada anda cara bayar bil online:
CARA DAFTAR AKAUN SABAH PAY
- Muat Turun Aplikasi di:
- Bagi pengguna baharu anda perlu mendaftar terlebih dahulu. Klik pada ‘Register’
- Kemudian anda perlu mengisi nombor telefon yang masih aktif serta butiran peribadi yang diminta dengan lengkap dan betul.
- Cipta kata laluan untuk anda log masuk dan sahkan kata laluan.
- Anda akan menerima kod daripada nombor yang daftarkan tadi. Masukkan nombor kod yang diberikan untuk melengkapkan proses pendaftaran.
Selesai!
CARA BAYAR BIL AIR SABAH
Langkah-langkah membuat pembayara adalah seperti berikut:
- Buka aplikasi anda kemudian klik ‘Payment’
- Anda akan diberikan senarai agensi, pilih agensi yang anda ingin buat pembayaran.
- Pilihan pembayaran melalui ‘Scan Bar Code’ atau ‘Masukkan Nombor Akaun’ akaun diberikan pada anda.
- Klik ‘Payment’ dan pilih cara pembayaran yang anda inginkan.
- Sahkan pembayaran anda dengan klik ‘Confirm’
Dah selesai!
Mudah bukan?
CARA BAYAR BIL SABAH GUNA MAYBANK2U
Anda perlu mendaftar dengan MayBank2U terlebih dahulu sebelum ingin membuat pembayaran.
- Pengguna perlu layari: PORTAL RASMI MAYBANK2U
- Masukkan ‘username’ dan ‘password’ kemudian klik ‘Login’
- Klik pada ‘Pay Bills’ dan pada bahagian ‘Pay To’ pilih ‘Payee’
- Pada ruangan yang disediakan isi ‘Jabatan Air Sabah’
- Masukkan maklumat yang diminta:
- Jumlah Pembayaran
- Nombor Akaun Bil Air
- Kemudian klik ‘Pay’ dan teruskan sehingga proses pembayaran selesai.
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan anda boleh terus hubungi pihak berkenaan di saluran berikut:
Selamat maju jaya kami ucapkan.
TERIMA KASIH