Pemberitahuan » Kewangan » Permohonan Bantuan Kecemasan MAIPk 2021 Secara Online

Permohonan Bantuan Kecemasan MAIPk 2021 Secara Online

Permohonan Bantuan Kecemasan MAIPk.

Skim Bantuan Kecemasan Kelangsungan Hidup MAIPk adalah inisiatif Majlis Agama Islam & Adat Melayu Perak untuk membantu rakyat Perak khususnya yang terjejas sumber pendapatan akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

Mereka yang berminat ingin membuat permohonan bantuan ini boleh rujuk artikel Pemberitahuan hari ini Permohonan Bantuan Kecemasan MAIPk 2021 Secara Online.

Semua informasi yang anda cari kami sediakan disini.

Jom baca.

Skim Bantuan Kecemasan Kelangsungan Hidup MAIPk

Bantuan Kecemasan Kelangsungan Hidup MAIPk adalah bantuan yang disasarkan kepada penerima bantuan kewangan bulanan MAIPk dan Ketua Isi Rumah (KIR) yang menghadapi situasi berikut:

  1. Terjejas sumber pendapatan kerana diberhentikan kerja
  2. Tidak dapat menjalankan perniagaan
  3. Diberi cuti tanpa gaji kerana majikan menghentikan operasi
  4. Sebab-sebab munasabah yang lain

3 KATEGORI PENERIMA BANTUAN KECEMASAN MAIPk

Berikut adalah 3 kategori penerima untuk bantuan ini buat rujukan anda:

KATEGORI 1: BANTUAN ONE-OFF SEBANYAK RM200

Golongan yang disasarkan:

  • Penerima Bantuan Kewangan Bulanan dan Sewa Rumah yang berdaftar di bawah MAIPk sehingga Jun 2021
  • Penerima Bantuan Kewangan:
    • Bulanan Fakir / Miskin
    • Muallaf dan Anak Yatim
    • Sewa Rumah

KATEGORI 2: BANTUAN ONE-OFF SEBANYAK RM400

Golongan bersasar yang diuruskan oleh pihak MAIPk dengan kerjasama agensi kerajaan dan persatuan / Badan Bukan Kerajaan (NGO) seperti berikut:

  • Guru Sekolah Menengah Agama Rakyat (SMAR), Sekolah Rendah Agama Rakyat (SRAR), Maahad Tahfiz Quran (MTQ), dan Pondok (Berdaftar dengan Jabatan Aaama Islam Perak)
  • Peniaga Pasar Tani yang berdaftar di bawah agensi Lembaa Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA)
  • Peniaga dan Penjaja Kecil yang berdaftar di bawah Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Negeri Perak (PPPKM)
  • Usahawan Asnaf (berdaftar di bawah MAIPk)
  • Pemandu Teksi yang berdaftar di bawah Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD)
  • Pemandu Lori / Pemandu Bas yang berdaftar di bawah Persatuan Pemandu Lori & Bas Perak (PPLBP)
  • Orang Kelainan Upaya (Penerima bantuan EPC di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat JKM)
  • Orang Kelainan Upaya (Cacat Penglihatan) yang berdaftar di bawah Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia Cawangan Perak
  • Pengusaha dan Pekerja SPA yang berdaftar di bawah Persatuan Usahawan SPA Perak (SISPA)
  • Pekerja di Pusat Latihan Kemahiran yang berdaftar di bawah Persekutuan Pusat Bertauliah JPK Malaysia (FEMAC)
  • Tenaga Pengajar yang memegang Sijil Pengajar Institut Memandu yang masih aktif di Institut Memandu yang terlibat di bawah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)
Baca Juga :  Cara Nak Check CTOS Percuma Secara Online 2022

KATEGORI 3: BANTUAN ONE-OFF SEBANYAK RM400

Golongan sasaran:

  • Golongan yang terjejas sumber pendapatan akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 3.0).
  • Golongan ini terdiri daripada mereka yang tidak termasuk dalam senarai Kategori Pertama dan Kategori Kedua.

83263001 3886640208016539 2478389231521628160 n - Permohonan Bantuan Kecemasan MAIPk 2021 Secara Online

Permohonan Bantuan Kecemasan MAIPk 2021 Secara Online

Semakan syarat permohonan MAIPk dan cara permohonan mengikut kategori adalah seperti berikut:

SEMAKAN SYARAT-SYARAT PERMOHONAN BANTUAN MAIPk

Syarat-syarat kelayakan yang perlu dipenuhi adalah seperti berikut:

  • Pemohon mestilah individu yang beragama Islam
  • Pemohon adalah warganegara Malaysia
  • Pemohon bermastautin atau bekerja di Negeri Perak;
  • Pemohon ,empunyai pendapatan kasar tidak melebihi Had Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Negeri Perak iaitu RM2,077.00
  • Pemohon terkesan dengan Pandemik COVID-19 sama ada tidak dapat menjalankan urusniaga / pekerjaan harian / diberhentikan kerja / direhatkan tanpa gaji;
  • Berkeluarga (hanya ketua keluarga sahaja boleh memohon);

BORANG PERMOHONAN BANTUAN KECEMASAN MAIPk 2021

Bantuan kecemasan ini TIDAK dibuat melalui kaedah permohonan daripada individu.

Permohonan mengikut kategori telah ditetapkan seperti berikut:

PERMOHONAN KATEGORI 1

  • Untuk kategori pertama, tiada permohonan apa-apa perlu di lakukan. Ini kerana, bantuan akan disalurkan secara automatik ke dalam akun bank penerima secara berperingkat bermula Jun 2021.

PERMOHONAN KATEGORI 2

  • Bagi kategori ini, pihak MAIPk akan mendapatkan senarai ahli yang berdaftar dan masih aktif (sehingga 31 Mei 2021) daripada Agensi atau Persatuan yang mewakili individu dalam kategori tersebut.

PERMOHONAN KATEGORI 3

  • Penerima kategori ketiga akan dikenalpasti oleh jentera Kerajaan di peringkat Daerah, Mukim, dan Kampung. Ianya melibatkan penghulu Mukim, dan Ketua Kampung serta jawatankuasa masjid di kawasan tempat tinggal masing-masing bermula 21 Jun 2021.

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan mengenai bantuan ini anda boleh terus rujuk pihak yang berkenaan di saluran berikut:

  1. PORTAL RASMI MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT MELAYU PERAK
  2. Facebook: ZAKAT PERAK MAIPk
  3. Nombor telefon: 05 208 4000

Selamat maju jaya kami ucapkan.

TERIMA KASIH