Pemberitahuan » Panduan » Permohonan Bantuan Kuarantin Covid-19 NADMA Online RM100/Sehari

Permohonan Bantuan Kuarantin Covid-19 NADMA Online RM100/Sehari

Permohonan Bantuan Kuarantin Covid-19.

Bantuan khusus khas buat rakyat Malaysia yang terjejas sumber pendapatan akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) melalui NADMA (Agensi Pengurusan Bencana Negara).

Bantuan ini diwujudkan bagi meringankan beban mereka yang dijangkiti virus pandemik Covid-19 dan terpaksa melalui kuarantin menyebabkan mereka tidak dapat keluar mencari punca pendapatan.

Bagaimana?

Thesumber bawakan anda Permohonan Bantuan Kuarantin Covid-19 NADMA Online RM100/Sehari sebagai panduan untuk mereka yang terlibat.

Jom baca!

Permohonan Bantuan Kuarantin Covid-19 NADMA Online RM100/Sehari

APA ITU BANTUAN TABUNG KHAS COVID-19 NADMA?

Untuk makluman anda, Bantuan NADMA yang dilancarkan melalui Tabung COVID-19 adalah bayaran bantuan RM100 sehari sepanjang tempoh khas untuk rakyat Malaysia yang:

  1. Melalui Perintah Pengawasan Dan Pemerhatian Bagi Kontak Covid-19 Di Bawah Seksyen 15(1) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) ATAU
  2. Menjalani rawatan di wad hospital yang dibenarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk merawat Covid-19 (warded)

Bantuan khas ini hanya akan diberikan sekali sahaja (one-off) dalam tempoh penularan jangkitan COVID-19 dan tidak akan diberikan bagi kes yang berulang.

Berikut kami sediakan informasi syarat kelayakan, cara permohonan etc untuk rujukan anda:

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

Syarat-syarat permohonan bantuan Covid-19 yang perlu dipenuhi adalah seperti berikut:

  • Pemohon adalah warganegara Malaysia yang bekerja tetapi telah kehilangan sumber pendapatan atau tidak dibayar gaji sepanjang tempoh dikenakan Perintah Pengawasan Dan Pemerhatian Bagi Kontak Covid-19 Di Bawah Seksyen 15(1) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).
  • Pemohon adalah warganegara Malaysia yang bekerja tetapi telah kehilangan sumber pendapatan atau tidak dibayar gaji sepanjang tempoh menjalani rawatan di wad hospital (warded) ekoran COVID19.
Baca Juga :  Renew Dan Daftar SSM Online Melalui EzBiz

MAKLUMAN

Bantuan ini dikhususkan bagi mereka yang menerima surat Perintah Pengawasan Dan Pemerhatian Bagi Kontak Covid-19 Di Bawah Seksyen 15(1) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) seperti yang dinyatakan di atas.

KATEGORI YANG TIDAL LAYAK MEMOHON

Mereka yang tidak layak memohon adalah seperti berikut:

  • Bukan Warganegara Malaysia
  • Tiada pekerjaan sebelum dikenakan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian.
  • Mempunyai pendapatan atau menerima gaji dalam tempoh Pengawasan dan Pemerhatian / menjalani rawatan di wad hospital (warded) ekoran COVID-19.

file 20200617 94066 cbnqg2 - Permohonan Bantuan Kuarantin Covid-19 NADMA Online RM100/Sehari

CARA MEMOHON BANTUAN KUARANTIN COVID-19 NADMA ONLINE

Mereka yang berkelayakan bolhe ikuti cara permohonan seperti di bawah:

  • Muat turun borang yang perlu diisi seperti berikut:
  • Kemudian, sertakan dokumen-dokumen sokongan berikut:
    • Salinan Kad Pengenalan Pemohon
    • Surat Perintah Kuarantin COVID-19 dari KKM (Annex 14 / Annex 17) atau Discharge Note / Medical Certificate dari hospital bagi pesakit yang dirawat kerana COVID-19
    • Salinan muka depan penyata bank / buku akaun bank yang masih aktif.
  • Lengkap semua permohonan anda boleh terus hantar melalui:
    • Whatsapp: 011-13218056 (khusus untuk penghantaran dokumen sahaja. Panggilan dan pertanyaan tidak akan dijawab)
    • E-mail: bkcovid19@nadma.gov.my
    • Pos ke alamat:

Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA)
Jabatan Perdana Menteri
Aras 7, Blok D5, Kompleks D
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 PUTRAJAYA
(u.p. : Sekretariat KWABBN: Bantuan Khas COVID-19)

MAKLUMAN

  1. PANDUAN PENUH PERMOHONAN DISINI
  2. Permohonan dan dokumen Asal KKM yang dipos akan terus diproses secara fast track dan tidak memerlukan semakan silang dengan data KKM. Permohonan dan dokumen yang diterima melalui whatsapp dan email akan melalui proses semakan data KKM.

Maklumat Lanjut Permohonan Bantuan Kuarantin Covid-19

Anda ingin sebarang maklumat lanjut?

Hubungi pihak berkenaan di saluran di bawah:

  1. Talian: 03-8870 4800
  2. E-mail: admin@nadma.gov.my

Selamat maju jaya kami ucapkan.

TERIMA KASIH