Permohonan Online Bantuan Ibu Tunggal.
Selaras dengan pengumuman oleh Perdana Menteri dalam Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA), golongan ibu tunggal yang berdaftar akan menerima bantuan khas ibu tunggal secara one-off sebanyak RM300 sebelum perayaan Hari Raya Aidiladha.
Kami turut kongsikan cara daftar status ibu tunggal melalui JPW. Pelbagai bantuan dan manfaaat yang akan diperoleh sekiranya anda mendaftar melalui JKM dan JPW.
Teruskan membaca Permohonan Online Bantuan Ibu Tunggal One-Off RM300 merangkumkan segala maklumat yang anda perlukan. Semuanya ada disini!
Apakah Definisi Ibu Tunggal?
Berdasarkan KPWKM, ibu tunggal boleh didefinisikan sebagai:
Perempuan yang menjadi Ketua Isi Rumah (warganegara Malaysia) bagi kategori:
- Taraf perkahwinan balu atau bercerai/ berpisah tetap dan mempunyai anak yang belum berkahwin dalam isi rumah yang sama; atau
- Mempunyai suami (suaminya tidak sihat dan tidak berkemampuan untuk bekerja) dan mempunyai anak yang belum berkahwin dalam isi rumah yang sama; atau
- Tidak pernah berkahwin tetapi mempunyai anak (anak angkat atau anak tidak sah taraf)
Jika anda berada di dalam salah satu kategori di atas, anda layak membuat permohonan dan mendaftar status ibu tunggal di JPW.
Permohonan Online Bantuan Ibu Tunggal
Berikut kami komgsikan kepada anda maklumat-maklumat penting berkaitan permohonan ini:
CARA MEMOHON BANTUAN IBU TUNGGAL ONLINE
Untuk makluman, anda perlu mengisi borang permohonan BKIT mengikut negeri masing-masing secara online. Bagi ibu tunggal yang berminat untuk memohon, mereka perlu mempunyai akaun email Gmail.
Anda dikehendaki log masuk ke dalam akaun email Google untuk mengisi borang permohonan bantuan yang disediakan oleh JPW untuk mengisi maklumat kad pengenalan dan sebagainya.
Berikut kami sediakan pautan borang permohonan bantuan ibu tunggal mengikut negeri:
- Log in akaun email Gmail anda. (Anda perlu membuat akaun baharu sekiranya anda tidak memiliki akaun Gmail)
- Selepas itu, klik link di bawah mengikut negeri pemohon.
– Negeri Perlis
– Negeri Kedah
– Negeri Pulau Pinang
– Negeri Perak
– Negeri Selangor
– Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya, dan Labuan
– Negeri Johor
– Negeri Sembilan
– Negeri Melaka
– Negeri Pahang
– Negeri Terengganu
– Negeri Kelantan
– Negeri Sabah
– Negeri Sarawak - Isikan maklumat yang dikehendaki dengan lengkap.
- Klik submit pada paparan terakhir untuk menghantar permohonan.
Pemohon perlu memilih kategori, mengisi maklumat peribadi, maklumat waris, tanggungan dan bantuan yang diterima (Penerima bantuan dari agensi berlainan masih layak untuk menerima Bantuan Khas Ibu Tunggal jika berkelayakan)
TARIKH PERMOHONAN DIBUKA & BAYARAN BANTUAN DIBERIKAN
- Permohonan ini dibuka sehingga 31 Oktober 2020
- Bayaran bantuan adalah mulai bulan Julai sehingga November 2020
NOTA:
Status permohonan akan dimaklumkan melalui SMS. Sebarang pemakluman yang berkaitan dengan Permohonan Bantuan Khas RM300 akan dikemaskini di laman web dan facebook JPW.
SYARAT-SYARAT KELAYAKAN BANTUAN IBU TUNGGAL
Pemohon hendaklah mematuhi ciri-ciri dibawah untuk melayakkan mereka membuat permohonan:
- Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia
- Wanita yang menjadi Ketua Isi Rumah seperti tafsiran Definisi Ibu Tunggal
- Pendapatan Isi Rumah adalah di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK semasa) RM960 atau perkapita RM244.
DOKUMEN-DOKUMEN SOKONGAN BANTUAN IBU TUNGGAL
Dokumen sokongan yang perlu dimuat naik semasa membuat permohonan ini adalah seperti berikut:
- Salinan MyKad
- Salinan Sijil Kahwin/ Sijil Cerai/ Sijil Kematian
- Salinan Penyata Akaun tahun Semasa
- Salinan Sijil Kelahiran Anak yang Belum Berkahwin/ MyKid/ MyKad/ Sijil Pengangkatan daripada JPN
- Slip Gaji terkini (jika berkenaan)
- Pengesahan Pendapatan atau lain-lain dokumen sokongan (Contoh: Surat Pengesahan daripada Majikan)
- Surat Akuan Sumpah (sekiranya masih dalam proses penceraian)
- Surat Akuan Doktor (jika berkenaan)
Pendaftaran di Jabatan Pembangunan Wanita (JPW)
Antara manfaat yang boleh diperolehi apabila mendaftar dengan Jabatan Pembangunan Wanita ialah mereka boleh mendapat bantuan seperti:
- Program peningkatan kemahiran
- Latihan keusahawanan kepada golongan wanita yang ingin berkecimpung dalam bidang keusahawanan seperti program DeWI, Bazar Wanita, dan Program Bantuan Kesejahteraan Emosi menerusi Program Kaunseling.
Terdapat dua kaedah pendaftaran yang boleh dilakukan iaitu secara online dan manual:
- Secara online: Permohonan secara online boleh dibuat di Sistem iWanita
- Secara manual: Hadir di Pejabat Pembangunan Wanita Negeri di seluruh Malaysia.
Maklumat Lanjut Permohonan Online Bantuan Ibu Tunggal
Bagi anda yang mempunyai pertanyaan lanjut atau masalah berkaitan cara daftar ibu tunggal secara online dan manual, sila hubungi:
- Facebook Rasmi JPW
- Portal Rasmi JPW
- Nombor Telefon JPW: 03-8323 1000
Kesimpulan
Semoga artikel kami dapat memudahkan urusan ibu-ibu tunggal yang ingin membuat permohonan ini.
Selamat maju jaya kami ucapkan!
TERIMA KASIH