Permohonan Jawatan Kosong SPP.
Sukacita dimaklumkan kepada individu yang berminat!
Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) telah membuka hebahan jawatan kosong berstatus tetap bagi tahun 2022.
Entri hari ini Permohonan Jawatan Kosong SPP 2022: Daftar & Login MySPP membawakan anda maklumat mengenai senarai jawatan kosong yang ditawarkan, syarat-syarat kelayakan, cara daftar SPP etc sebagai rujukan bagi mereka yang berminat.
Jom baca!
Isi Kandungan
Permohonan Jawatan Kosong SPP 2022: Daftar & Login MySPP
Berikut merupakan HEBAHAN IKLAN PENGAMBILAN JAWATAN KOSONG SPP 2022:
CARA DAFTAR MySPP ONLINE
Untuk makluman, mulai tarikh 15 Julai 2020, semua permohonan jawatan Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) akan menggunakan Sistem Pengambilan Anggota Perkhidmatan Pendidikan iaitu Portal mySPP di www.spp.gov.my/
Pemohon sedia ada dan bakal pemohon digalakkan menggunakan mySPP untuk memohon jawatan SPP ini.
Untuk memohon dan mendaftar mySPP, sila ikuti langkah-langkah seperti berikut:
1- LAYARI PORTAL RASMI MySPP
- Klik laman web rasmi mySPP menerusi pautan di bawah ini:
https://myspp.spp.gov.my/myspp/login.jsp
2 – PENDAFTARAN AKAUN BAHARU
- Klik pada ‘Daftar Akaun Baharu’
3 – ISI BUTIRAN PENDAFTARAN
- Anda perlu mengisi butiran pendaftaran dengan lengkap dan betul.
- Pastikan semua yang bertanda * diisi dengan betul. Nombor kad pengenalan dan nama penuh mestilah sama seperti di dalam Kad Pengenalan.
- Selepas semua medan diisi, klik butang ‘Daftar’
4- LOG MASUK PORTAL MySPP
- Anda boleh terus log masuk ke Portal mySPP menggunakan MyID dan kata laluan yang didaftarkan.
CARA ISI BORANG PERMOHONAN JAWATAN KOSONG MySPP
Pemohon yang berjaya Log Masuk boleh mengisi borang mySPP. Oleh itu, pemohon dinasihatkan untuk membaca dahulu Maklumat Jawatan di Portal SPP sebelum meneruskan proses permohonan. Ini bertujuan supaya pemohon tidak memohon jawatan yang tidak berkaitan dengan kelayakan yang dimiliki.
Sila rujuk pada Maklumat Jawatan berkenaan gaji/syarat kelantikan/deskripsi tugas sebelum mendaftar.
Langkah-langkah Mengisi Borang SPP Online:
- Log Masuk Portal mySPP.
- Klik pada pautan MAKLUMAT PEMOHON dan isikan semua maklumat yang ditandakan dengan bintang berwarna merah (*).
- Klik pada pautan MAKLUMAT AKADEMIK dan isikan maklumat dengan betul.
- Isikan Maklumat ‘Pegawai Sedang Berkhidmat’ sekiranya berkaitan dengan pemohon.
- Klik pada pautan Maklumat Tambahan dan isi butiran lengkap.
- Klik pada menu JAWATAN DIMOHON, sub-menu “Jawatan SPP” dan sub-menu “Jawatan PDRM/LAIN”.
- Calon hanya boleh memohon maksimum 3 jawatan SPP sahaja. Jadi, pilih jawatan pada ruang Jawatan Yang Layak Dipohon dan tekan butang >> bagi memasukkan jawatan tersebut ke ruang ‘Jawatan Yang Dipohon’.
- Pilih Pusat Temuduga/Ujian Khas yang Dipilih daripada senarai yang diberikan.
- Sekiranya pemohon telah berpuas hati dengan maklumat-maklumat yang diisi, sila klik pada butang HANTAR.
- Slip Akuan Pendaftaran akan dipaparkan dan ia boleh dicetak sebagai rujukan.
CARA SEMAK STATUS PERMOHONAN MySPP
- Pemohon yang telah berdaftar boleh menyemak status permohonan menggunakan pautan ‘Semakan Permohonan’ di pautan di bawah:
- Pemohon boleh semak status permohonan selepas menekan butang HANTAR dalam pengakuan pemohon. Skrin ini akan memaparkan senarai jawatan dipohon, tarikh daftar dan tarikh luput permohonan (1 tahun).
- Sekiranya paparan ‘Tiada Urusan Pengambilan Mulai Tarikh Pendaftaran Permohonan Jawatan’ bermakna tiada urusan pengambilan jawatan tersebut dari tarikh daftar.
- Jika paparan ‘Tidak Melepasi Syarat-syarat Semasa yang Ditetapkan oleh Suruhanjaya’ bermakna pemohon tidak melepasi tapaisan yang disyaratkan oleh SPP iaitu kriteria atau syarat yang telah ditetapkan oleh Jabatan/Kementerian.
- SPP menetapkan hanya calon-calon terbaik dalam kalangan pemohon sahaja yang akan dipanggil untuk menghadiri sesi temuduga bagi mengisi kekosongan jawatan berkenaan.
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan mengenai pendaftaran, permohonan jawatan SPP atau status semakan anda di portal mySPP, sila hubungi Talian Hotline mySPP di 03-88934019/4020/4021/4022.