Pemberitahuan » Informasi » Permohonan Biasiswa Pendidikan Pahang 2021 Secara Online

Permohonan Biasiswa Pendidikan Pahang 2021 Secara Online

Permohonan Biasiswa Pendidikan Pahang.

Yayasan Pahang (YP) sekali lagi membuka peluang untuk pelajar cemerlang SPM 2020 untuk membuat permohonan biasiswa yayasan pahang bagi sesi 2021/2022.

Pelajar lepasan SPM 202 yang berkelayakan di alu-alukan untuk membuat permohonan biasiswa yang ditawarkan Yayasan Pahang ini.

Bagaimana?

Pemberitahuan menyediakan informasi khas di dalam artikel kami hari Permohonan Biasiswa Pendidikan Pahang 2021 Secara Online sebagai rujukan penting untuk anda.

Jom baca!

Permohonan Biasiswa Pendidikan Pahang 2021 Secara Online

Yayasan Pahang membuka peluang kepada calon-calon SPM 2020 yang berkelayakan untuk melanjutkan pengajian mereka di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dalam negara yang telah diiktiraf oleh kerajaan Malaysia dan DILULUSKAN SENDIRI OLEH YAYASAN PAHANG (YP)

Terdapat 2 biasiswa yang ditawarkan di bawah Program Biasiswa Pendidikan Yayasan Pahang ini iaitu:

  • Biasiswa Kecemerlangan Menteri Besar (BKMB)
  • Skim Pelajar Cemerlang Yayasan Pahang (SPC YP)

Permohonan telah pun dibuka dan akan ditutup pada 30 JUN 2021.

1 – BIASISWA KECEMERLANGAN MENTERI BESAR (BKMB)

Untuk makluman anda, biasiswa berprestij yang dikenali dengan nama Biasiswa Kecemerlangan Menteri Besar (BKMB) ini ditawarkan kepada pelajar-pelajar anak Pahang yang cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).

Biasiswa ini memberi peluang kepada pelajar untuk mengikuti pengajian di Institusi Pengajian Tinggi Awam di dalam negara yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Yayasan Pahang (YP) hingga ke peringkat pengajian tertinggi iaitu ke peringkat Sarjana dan Kedoktoran tertakluk kepada kecemerlangan akademik dan kokurikulum.

Biasiswa ini ditawarkan oleh YP selaras dengan matlamat jangka panjang Kerajaan Negeri Pahang untuk mewujudkan golongan pemikir dan profesional dalam usaha membangunkan modal insan bertaraf dunia.

JUMLAH BIASISWA YAYASAN PAHANG (BKMB) 2021

BKMP - Permohonan Biasiswa Pendidikan Pahang 2021 Secara Online

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

  1. Anak Negeri Pahang Darul Makmur seperti takrif berikut:
    • Pemohon atau bapa atau ibu dilahirkan di Negeri Pahang Darul Makmur.
    • Bagi pemohon yang ibubapanya bukan Warganegara Malaysia adalah Tidak Layak Memohon.
  2. Mempunyai kelulusan akademik yang cemerlang, mempunyai bakat kepimpinan yang tinggi serta aktif dalam kegiatan kokurikulum, kesukarelawan dan sukan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
  3. Lulus cemerlang di peringkat SPM atau STPM tahun 2020 seperti berikut:
    • Calon SPM : 9 A+ ke atas
    • Calon STPM : 4 Prinsipal A
  4. Memohon ke Institusi Pengajian Tinggi Awam yang diiktiraf oleh Kerajaan dan YP (tidak termasuk program persediaan ke luar negara).
  5. Mempunyai sahsiah diri yang baik dan berpersonaliti unggul.
  6. Mempunyai taraf kesihatan yang baik.
Baca Juga :  Pendaftaran Tahun 1 2023/2024 Secara Online

2 – SKIM PELAJAR CEMERLANG YAYASAN PAHANG (SPC YP)

Pelajar akan ditawarkan biasiswa bagi mengikuti pengajian Matrikulasi/ Program Asasi atau setaraf dengannya di Institusi Pengajian Tinggi Awam yang mempunyai jalinan usahasama dengan Yayasan Pahang (YP) iaitu:

Program Asasi: Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)

  1. Pelajar yang berjaya terpilih di bawah skim ini akan mengikuti pengajian di Universiti Islam Antarabangsa, Malaysia (UIAM) dalam bidang Perubatan, Farmasi, Ekonomi, Perbankan / Kewangan Islam dan Pengajian Islam.
  2. Pada masa yang sama, pelajar perlu membuat permohonan Sistem Permohonan Kemasukan Pelajar Bagi Sesi Akademik 2021/2022 (UPU Online) dengan menjadikan UIAM sebagai PILIHAN UTAMA. Penajaan biasiswa akan diteruskan hingga ke peringkat Ijazah Sarjana Muda.

Program Peneraju Profesional Akauntan Muda (FIA – ACCA)

  1. Program ini dirangka khas untuk melahirkan golongan profesional di dalam bidang perakaunan dan dijalankan dengan kerjasama Yayasan Pahang dan Yayasan Peneraju.
  2. Pelajar yang berjaya terpilih di bawah skim ini akan mengikuti pengajian Foundation in Accountancy (FIA) dan Association of Chartered Certified Accountants (ACCA) di Institusi Pengajian Tinggi yang ditetapkan oleh Yayasan Pahang dan Yayasan Peneraju.
  3. Permohonan kemasukan pelajar melalui program ini akan diproses melalui YP.

JUMLAH BIASISWA YAYASAN PAHANG 2021 (SPC YP)

SPC YP - Permohonan Biasiswa Pendidikan Pahang 2021 Secara Online

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

  1. Anak Negeri Pahang Darul Makmur seperti takrif berikut:
    • Pemohon atau bapa atau ibu dilahirkan di Negeri Pahang Darul Makmur.
    • Bagi pemohon yang ibubapanya bukan Warganegara Malaysia, adalah Tidak Layak Memohon.
  2. Mempunyai kelulusan cemerlang akademik dan aktif dalam kegiatan kokurikulum.
  3. Lulus cemerlang di peringkat SPM tahun 2020 dengan mendapat keputusan A bagi semua matapelajaran
    yang diambil.
  4. Mempunyai sahsiah diri yang baik dan berpersonaliti unggul.
  5. Mempunyai taraf kesihatan yang baik.

CARA PERMOHONAN BIASISWA PENDIDIKAN PAHANG 2021

Mereka yang berkelayakan menepati semua syarat-syarat di atas boleh membuat permohonan secara atas talian di:

Maklumat Lanjut Permohonan Biasiswa Pendidikan Pahang

Sebarang pertanyaan mengenai biasiswa ini anda boleh terus hubungi pihak yang berkenaan di saluran berikut:

YAYASAN PAHANG
Kompleks Yayasan Pahang, Tanjung Lumpur, 26060 Kuantan,
Pahang Darul Makmur

Tel : 09-5181800 | Faks : 09-5181888

(Zakiah bt. Saleh/Noorasziana bt. Abd Rahman)
Email: zakiah@yp.org.my • noorasziana@yp.org.my

Selamat maju jaya kami ucapkan.

TERIMA KASIH