Skip to content
Portal Semakan Permohonan Online Malaysia
MENU
  • MENGENAI KAMI
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
  • SITEMAP
Pemberitahuan / Kerajaan / eGtukar : Permohonan dan Semakan Online

eGtukar : Permohonan dan Semakan Online

November 19, 2019February 2, 2020by admin

Untuk makluman semua guru di Malaysia. eGTukar merupakan salah satu modul bagi Sistem Pengurusan Sekolah, buat para guru – guru yang ingin membuat pertukaran di daerah mahupun negeri pilahan guru – guru. Modul ini dibangunkan oleh Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM), KPM dan diseliakan oleh Bahagian Pengurusan
Sekolah Harian (BPSH), Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM), dan Sektor Operasi
Pendidikan (SOP) KPM

Permohonan guru-guru akan ditapis berdasarkan syarat-syarat dan keperluan yang telah ditetapkan. Para guru yang berminat untuk membuat permohonan dinasihatkan untuk membuat semakan maklumat dan tindakan untuk membuat pembetulan maklumat peribadi perlu melalui laman sesawang e-operasi dengan segera. Jika terdapat sebarang permasalahan sila berhubung dengan pentadbir sekolah masing-masing.

Pautan Pantas

  • 1 PERMOHONAN eGtukar
  • 2 SYARAT UMUM PERMOHONAN eGtukar
  • 3 GARIS PANDUAN PERMOHONAN PERTUKARAN GURU
  • 4 STATISTIK PERMOHONAN GURU DI eGTUKAR
  • 5 SEMAKAN KEPUTUSAN eGTUKAR
  • 6 KESIMPULAN

PERMOHONAN eGtukar

Permohonan ini boleh dibuat secara berperingkat iaitu pada sesi Jun 2019 dan sesi Januari 2020 dengan hanya satu (1) kali permohonan yang dibenarkan sahaja. Permohonan untuk pertukaran ini boleh di buat secara online di portal rasmi https://epgo.moe.gov.my

SYARAT UMUM PERMOHONAN eGtukar

  • Guru hanya dibenarkan bertukar apabila mendapat kelulusan dari jabatan pendidikan negeri asal dan surat penempatan pertukaran daripada jabatan pendidikan yang dipohon diluluskan
  • Permohonan hanya boleh dipertimbangkan jika terdapat kekosongan di tempat/negeri yang dipohon
  • Penempatan ke sekolah akan ditentukan oleh jabatan pendidikan negeri / pejabat pendidikan daerah / bahagian-bahagian yang berkenaan di KPM
  • Sebarang pembatalan pertukaran setelah permohonan diluluskan tidak akan dilayan

GARIS PANDUAN PERMOHONAN PERTUKARAN GURU

Permohonan dibuka secara online kepada guru – guru seperti berikut :

Guru Akedemik

  • Gred DG29, DG32 (Time-based KUP), DG34 (Time-Based KUP), DG38 (Time-Based KUP), DG41 (Time-Based KUP), DG42 (Time-Based KUP), DG44 (Time-Based KUP), DG48 (Time-Based KUP), DG52 (Time-Based KUP), dan DG54 (Time-Based KUP).

  Guru Cemerlang Di Sekolah Sahaja

  • Gred DG32 (KUP), DG34 (KUP), DG38 (KUP), DG44 (KUP), DG48 (KUP), DG52 (KUP), DG54 (KUP), dan khas C (KUP).

  Guru Tingkatan Enam yang telah dilantik, Guru cemerlang Tingkatan Enam dan guru Tingkatan Enam Tagging Bahagian pengurusan sumber manusia gred setara atau tidak setara

  • Gred DG41 (Tagging), DG44, DG48, DG52 dan Guru Cemerlang Tingkatan Enam

CATATAN

  • Bagi urusan pertukaran antara Negeri atau Bahagian, Guru Gred DG42 (KUP), Guru Cemerlang dan Guru tingkatan Enam yang sedang memangku boleh memohon melalui sisitem tetapi permohonan akan diproses selepas pegawai disahkan kenaikan pangkat
Baca Juga :  Semakan BSH Dan Tarikh Bayaran BSH Fasa 3 2020

Manakala pemohon yang menjawat jawatan seperti berikut hendaklah

  • Pentadbir secara hakiki – Mengisi borang permohonan secara manual dan dihantar
    ke Bahagian Pengurusan Sumber Manusia melalui Jabatan Pendidikan Negeri (JPN)
    atau Bahagian Sektor Operasi Pendidikan yang berkaitan
  • Guru Cemerlang di Institusi  (IAB, ELTC, KM) – Mengisi borang permohonan secara manual dan dihantar ke Bahagian Pengurusan Sumber Manusia melalui Ketua Jabatan masing-masing.

Permohonan Pertukaran Guru Antara Bahagian/ Negeri, Antara Daerah dan Dalam Daerah  bagi Tahun 2019 adalah dilaksanakan sepenuhnya secara alas talian melalui Modul eGTukar: https://epgo.moe.gov.my/. Maklumat pemohon hendaklah disemak dan dikemaskini melalui Sistem Pengurusan Sekoiah (SPS) Modul Pengurusan Guru e-OPERASI: https://eoperasi.moe.gov sebelum permohonan pertukaran dibuat. Kegagalan mengemaskini maklumat dalam modul e-OPERASI adalah tanggungjawab pemohon.

Kerjasama dan akauntabiiiti Pengetua/Guru Besar sebagai “Pengesah” adalah perlu bagi menentusahkan setiap permohonan guru untuk tindakan seterusnya di peringkat Bahagian/JPN dan PPD. Pemohon tidak dibenarkan merujuk kepada KPM bagi sebarang urusan pertukaran termasuk semakan semula pertukaran sebelum atau selepas keputusan pertukaran diumumkan. Pemohon hendaklah merujuk ke JPN/PPD asal pemohon atau JPN/PPD negeri yang dimohon.

STATISTIK PERMOHONAN GURU DI eGTUKAR

Untuk melihat statistik permohonan negeri antara guru di sistem eGtukar, pemohon boleh melihat sendiri di sini (klik pada pautan di bawah) untuk statistik permohonan guru Sekolah Menengah atau Sekolah Rendah

SEKOLAH MENENGAH

SEKOLAH RENDAH

SEMAKAN KEPUTUSAN eGTUKAR

Untuk maklumat lanjut berkaitan semakan keputusan eGtukar pemohon boleh terus ke sistem pertukaran eGtukar secara online di https://epgo.moe.gov.my/ , Selain daripada itu, pemohon juga boleh melihat sendiri manual am pengguna disini (klik untuk ke pautan manual am pengguna )

 

KESIMPULAN

Kami berharap artikel kami di Pemberitahuan kali ini dapat membantu memudahkan urusan guru-guru yang benar-benar memerlukan pertukaran sekolah ini. Kami ucapkan selamat berjaya dalam urusan permohonan anda. Kongsikan juga artikel ini pada rakan – rakan guru anda.

TERIMA KASIH


Semakan Permohonan

  • Share
  • Sharer
  • Tweet
  • WA

Related posts:

  • Semakan Status Pengeluaran iSinar KWSP & Tarikh Pembayaran 2021
  • Permohonan Dana Pemulihan PKS (BNM) Sehingga RM500,000
    Permohonan Dana Pemulihan PKS (BNM) Sehingga RM500,000
  • Permohonan iSinar Surirumah KWSP Pengeluaran Akaun 1 2020
  • iSinar KWSP: Permohonan Pengeluaran Akaun 1 RM10,000 Online
Posted in Kerajaan, Panduan, TerkiniTagged eGtukar : Permohonan dan Semakan Online, egtukar guru login, permohonan egtukar 2019, permohonan egtukar 2020, permohonan egtukar 2021

Post navigation

Previous post 5 Pelan Pinjaman Peribadi Dengan Faedah Terendah
Next post Cara Terbaik Guna Wang KWSP Yang Anda Keluarkan

Permohonan Dan Semakan

© 2020 pemberitahuan.com
Enable Notifications    OK No thanks