Permohonan Geran Kewangan Mitra.
Apa itu Geran Kewangan Mitra?
Geran Kewangan Mitra ini diwujudkan bagi mengatasi masalah utama yang dialami masyarakat India di Malaysia terutamanya mereka yang datang dari golongan isi rumah berpendapatan rendah atau B40.
Anda inginkan maklumat lanjut?
Pemberitahuan membawakan anda artikel Permohonan Geran Kewangan Mitra Online 2021 sebagai rujukan yang mudah untuk mereka yang ingin membuat permohonan.
Jom teruskan membaca artikel kami.
Isi Kandungan
Geran Kewangan Mitra Membantu Masyarakat India di Malaysia
APA ITU GERAN KEWANGAN MITRA?
Untuk makluman anda, melalui geran ini masyarat India yang masih terperangkap di dalam kesulitan untuk mendapatkan perkhidmatan kesihatan, ketidakstabilan ekonomi dan keluarga dan sebagainya akan diberikan lebih perhatian untuk mencapai taraf kehidupan yang lebih baik dan terjamin.
Badan-badan NGO juga digalakkan untuk membuat permohonan Geran Kewangan Mitra ini untuk mendapatkan bantuan kewangan bagi melaksanakan program-program pembangunan dan peningkatan taraf hidup masyarakat India.
PROGRAM-PROGRAM YANG DILAKSANAKAN DI BAWAH GERAN KEWANGAN MITRA
Antara program-program yang bakal dilaksanakan di bawah inisiatif ini adalah seperti berikut:
- Program perumahan untuk masyarakat B40 India di Malaysia.
- Program sokongan kepada warga emas, golongan kurang upaya dan gelandangan dalam mendapatkan bantuan kebajikan.
- Program khidmat masyarakat yang berkaitan dengan kesejahteraan keluarga secara holistik seperti fizikal, emosi, kerohanian dan intelektual.
- Program agar masyarakat India dapat mempelajari ilmu pengetahuan keagamaan, adat, kebudayaan dan seni masyarakat India termasuk sukan tradisional.
- Program pemantapan belia untuk remaja berisiko tinggi dan keciciran.
- Program kesedaran dan motivasi untuk mengelakkan penyalahgunaan bahan seperti dadah, alkohol dan tembakau.
- Program pemerkasaan wanita khususnya ibu tunggal.
- Program pemeriksaan kesihatan dan kempen kesedaran kesihatan.
Permohonan Geran Kewangan Mitra Online 2021
Berikut kami kongsikan syarat-syarat kelayakan permohonan, cara permohonan dan maklumant-maklumat lain buat rujukan anda:
SEMAKAN SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN
Pihak-pihak yang ingin membuat permohonan perlu melepasi kesemua syarat-syarat kelayakan di bawah terlebih dahulu:
- NGO tersebut Diperbadankan di bawah ROS/ROC.
- Ahli Jawatankuasa pelaksana program mesti mempunyai pengalaman minimum sebanyak 3 tahun dalam bidang berkaitan.
- Program mesti dijalankan oleh ahli sendiri yang mana sukarelawan dan khidmat luaran adalah tidak dibenarkan.
- Sekiranya sesebuah entiti itu pernah menerima dana daripada MITRA sebelum ini, pencapaian prestasi NGO/entiti tersebut akan diambil kira dalam proses penilaian.
- Skop program haruslah berbentuk pengurusan masalah sosial, memenuhi keperluan hidup atau penyediaan peluang mobiliti sosial.
- Program yang dicadangkan haruslah berimpak tinggi dan mampu meningkatkan kesejahteraan hidup masyarakat India B40
Terdapat syarat-syarat tambahan yang perlu dipenuhi seperti:
- Organisasi tersebut mestilah berpengalaman dalam melaksanakan program pembangunan sosial dan mestilah mempunyai reputasi serta keupayaan yang mantap dalam memahami isu-isu di kalangan kumpulan sasaran.
- Organisasi tersebut mestilah berkebolehan dan berkeupayaan dalam melaksanakan program yang berkesan dengan mengurangkan masalah-masalah sosial di kalangan kumpulan sasaran.
- Organisasi tersebut mestilah dapat melaksanakan program atau projek yang komprehensif di peringkat nasional, negeri atau tempatan.
- Organisasi tersebut mestilah mampu memberikan komitmen yang sepenuhnya supaya program dapat memberikan impak yang positif.
- Bekerjasama dengan agensi kerajaan dan NGO berkaitan (contohnya KPWKM, KBS, KPM) untuk menyediakan khidmat kaunseling dan bimbingan khususnya kepada golongan belia, ibu tunggal, warga emas, gelandangan dan golongan kurang upaya berdasarkan kepada isu-isu sosial yang asas di kalangan masyarakat B40 India.
- Organisasi tersebut mempunyai hubungan yang baik dengan pihak berkepentingan di setiap peringkat untuk menjamin pelaksanaan program yang berkesan.
- Organisasi tersebut mestilah dapat menghebahkan maklumat program kepada kumpulan sasaran, iaitu masyarakat B40 India melalui jerayawara (roadshow), media cetak, radio, televisyen dan media sosial.
- Organisasi tersebut mestilah mempunyai maklumat terperinci mengenai kumpulan sasaran (isi rumah B40) yang terkandung di dalam skop program mereka serta mempunyai kefahaman yang mendalam terhadap keperluan mereka.
CARA PERMOHONAN GERAN PERMOHONAN MITRA 2021
Setelah melepasi semakan kesemua syarat kelayakan permohonan di atas anda boleh terus membuat permohonan seperti dibawah:
- Anda perlu melayari laman web rasmi MITRA: https://mitra.gov.my/.
- Kemudian klik pada ‘Sistem Pengurusan Geran MITRA’ selepas itu klik pada ‘MGMS Login’
- Selepas itu, klik pada pautan ‘Daftar Akaun M-GMS’
- Isi maklumat dengan lengkap dan klik ‘Daftar Akaun’
- Log in dengan memasukkan alamat email dan kata laluan.
- Setelah login, klik butang ‘Permohonan Baru’
- Tandakan pada bahagian setuju syarat dan klik butang ‘Simpan & Sambung’
- Isikan maklumat-maklumat berikut dengan lengkap:
- Maklumat organisasi
- Maklumat ahli jawatankuasa
- Cadangan program
- Maklumat tenaga pengajar
- Lokasi peserta program
- Jadual program
- Implikasi kewangan
- Dokumen sokongan
Selesai mengisi semua maklumat permohonan, sila sahkan permohonan dan klik butang ‘Hantar’
Maklumat Lanjut Permohonan Geran Kewangan Mitra
Sebarang maklumat lanjut mengenai Geran Kewangan Mitra anda boleh terus hubungi pihak MITRA di talian 03-8091 8198 atau melalui email ke infomitra@perpaduan.gov.my.
Kongsikan artikel ini kepada pihak-pihak yang berkaitan untuk kita sama-sama membantu masyarakat India di Malaysia mencapai taraf hidup yang lebih baik dan sihat.
Pastikan anda sentiasa mematuhi SOP yang disarankan oleh KKM untuk kita sama-sama memerangi dan memutuskan rantaian Covid-19 di Malaysia.
TERIMA KASIH