Pemberitahuan » Informasi » Permohonan Jawatan Kosong Lembaga Getah Malaysia 2022

Permohonan Jawatan Kosong Lembaga Getah Malaysia 2022

Permohonan Jawatan Kosong Lembaga Getah Malaysia 2022.

Untuk makluman semua, Lembaga Getah Malaysia (LGM) telah mengeluarkan iklan Kekosongan Jawatan LGM untuk tahun 2022.

Bagi mereka yang berminat dan memenuhi kelayakan yang ditetapkan adalah sangat dialu-alukan untuk membuat permohonan.

Bagaimana?

Artikel Pemberitahuan hari ini Permohonan Jawatan Kosong Lembaga Getah Malaysia 2022 kami sediakan khas buat panduan anda.

Apa tunggu lagi?

Jom baca!

Apa Itu Lembaga Getah Malaysia (LGM)?

Lembaga Getah Malaysia Lembaga Getah Malaysia (LGM) merupakan agensi kerajaan Malaysia yang ditubuhkan bagi mengawasi dan memantau pertumbuhan dan penghasilan tanaman getah di Malaysia.

Agensi ini ditubuhkan pada 1 Januari 1998, hasil dari kelulusan Akta Lembaga Getah Malaysia (Perbadanan) 1996, dari gabungan Lembaga Penyelidikan dan Kemajuan Getah Malaysia (LPKGM), Institut Penyelidikan Getah Malaysia dan Lembaga Institut Penyelidikan Getah Malaysia (IPGM) dan Lembaga Pasaran dan Pelesen Getah Malaysia (LPPGM).

LGM berhasrat ingin menjadi organisasi terulung dalam semua bidang industri getah untuk kemanfaatan masyarakat.

Objektif utama penubuhan LGM adalah seperti berikut:

  1. Mempromosi dan memajukan industri getah Malaysia.
  2. Membantu dalam pembentukan dasar kebangsaan.
  3. Memberi keutamaan kepada pembangunan industri getah Malaysia.

Permohonan Jawatan Kosong Lembaga Getah Malaysia 2022

Berikut kami kongsikan informasi berkenaan syarat-syarat kelayakan, jawatan kosong yang ditawarkan, borang permohonan etc sebagai panduan anda:

SENARAI JAWATAN KOSONG YANG DITAWARKAN

Antara jawatan-jawatan kosong yang ditawarkan di LGM adalah seperti berikut:

  1. Pegawai Teknologi F41
  2. Pegawai Tadbir N41
  3. Pegawai Tadbir (Ekonomi) N41
  4. Pegawai Penyelidik Q41/Q43/Q47/Q51/Q53
  5. Penolong Pegawai Penyelidik Q36
  6. Penolong Pegawai Teknologi Maklumat FA29
  7. Penolong Jurutera JA29
  8. Penolong Pegawai Penguatkuasa KP29
  9. Penolong Pegawai Tadbir (Pereka) N29
  10. Penolong Pegawai Tadbir N29
  11. Pembantu Khas/Setiausaha Pejabat N29
  12. Pembantu Kemahiran H19
  13. Pembantu Setiausaha Pejabat N19
  14. Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) N19
  15. Pembantu Penyelidik Q19
  16. Pembantu Tadbir (Kewangan) W19
  17. Operator Loji H11
  18. Pemandu Kenderaan H11
  19. Pembantu Awam H11
  20. Pengawal Keselamatan KP11
  21. Pembantu Operasi N11
Baca Juga :  Semakan Permohonan Program Subsidi Upah Online

img 6226b2506a953 - Permohonan Jawatan Kosong Lembaga Getah Malaysia 2022

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN UMUM

Syarat-syarat kelayakan umum untuk permohonan jawatan kosong di atas adalah:

  1. Pemohon adalah warganegara Malaysia
  2. Pemohon berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup permohonan.
  3. Pemohon mestilah memiliki kelulusan atau kelayakan tertentu dalam bidang yang ditawarkan
  4. Pemohon mestilah memiliki kemahiran atau pengalaman tertentu dalam bidang yang ditawarkan
  5. Berpewatakan menarik

Untuk mengetahui syarat-syarat khusus mengikut jawatan yang ditawarkan, anda boleh layari link di bawah sebagai rujukan:

CARA PERMOHONAN JAWATAN KOSONG LEMBAGA GETAH MALAYSIA 2022

  1. Mereka yang berminat boleh mendapatkan borang permohonan secara online di: PORTAL RASMI LEMBAGA GETAH MALAYSIA
  2. Pastikan anda mengisi maklumat diri dengan betul.
  3. Pastikan anda memenuhi syarat kelayakan yang diberikan sebelum menghantar borang permohonan.
  4. Permohonan hendaklah sampai kepada pihak Lembaga Getah sebelum atau pada tarikh tutup.
  5. Sebarang permohonan selepas tarikh tutup tidak akan diterima.
  6. Sekiranya anda tidak mendapat sebarang maklum balas dalam tempoh 3 – 6 bulan daripada pihak majikan, permohonan boleh dianggap tidak berjaya.