Pemberitahuan » Terkini » Permohonan Jawatan Kosong Pembantu Tadbir (W19) 2022

Permohonan Jawatan Kosong Pembantu Tadbir (W19) 2022

Permohonan Jawatan Kosong Pembantu Tadbir.

Berita baik buat mereka yang sedang mencari pekerjaan baru dan berkelayakan khususnya dalam bidag kewangan, JPA dan KKM membuka 285 jawatan kosong pembantu tadbir untuk dimohon!

Jangan lepaskan peluang keemasan dan mohon sekarang!

Macam mana nak mohon? Apa syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan?

Jom baca entri kami hari ini Permohonan Jawatan Kosong Pembantu Tadbir (W19) 2022 sebagai panduan buat mereka yang ingin memohon.

Apa tunggu lagi?

Jom baca!

Permohonan Jawatan Kosong Pembantu Tadbir (W19) 2022

Untuk makluman anda, 285 peluang kerjaya ini dibuka kepada individu yang layak untuk menyertai perkhidmatan awam sebagai Pembantu Tadbir (kewangan) Gred W19 bagi lepasan SPM dan SKM.

Kekosongan ini dibuka untuk penempatan di Semenanjung Malaysia.

JAWATAN KOSONG YANG DITAWARKAN

  • Klasifikasi Perkhidmatan: Kewangan
  • Kumpulan Perkhidmatan: Pelaksana
  • Kementerian/Jabatan: Pelbagai Kementerian/Jabatan

JADUAL GAJI YANG DITAWARKAN

  • Gaji Minimum : RM1,353.00
  • Gaji Maksimum : RM4,005.00
  • Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM100.00

TEMPOH PERMOHONAN

  • Mereka yang berminat boleh mula membuat permohonan sekarang sehingga tarikh tutup pada 21 Ogos 2022 (Ahad), jam 11.59 malam.

Info lanjut kami kongsikan lagi di bawah.

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN PEMBANTU TADBIR KEWANGAN (W19)

Berikut adalah syarat-syarat am yang perlu dipenuhi calon:

  1. Warganegara Malaysia; dan
  2. Berumur TIDAK KURANG daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
    • Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Kepujian dalam subjek Matematik, Perdagangan atau Prinsip Perakaunan pada peringkat peperiksaan tersebut. (Gaji permulaan pada Gred W19: RM1,353.00) atau
    • SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Perdagangan Malaysia peringkat Pertengahan (Simpan Kira-Kira) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan pada Gred W19: RM1,409.40) atau
    • SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan pada Gred W19: RM1,409.40) atau
    • SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Perdagangan Malaysia peringkat Tertinggi (Perakaunan) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan pada Gred W19: RM1,465.80) atau
    • SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta SKM Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan pada Gred W19: RM1,465.80)
Baca Juga :  Scammer Dan Undang-Undang? Teknik Baru Untuk Menipu

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU

  • Untuk makluman, calon bagi lantikan juga hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

TUGAS PEMBANTU TADBIR KEWANGAN (W19) 2022

Bertanggungjawab menjalankan tugas-tugas pengurusan kewangan sepenuh masa di peringkat Kumpulan Sokongan berhubung urusan-urusan:

  1. Kawalan belanjawan
  2. Kewangan am
  3. Terimaan
  4. Perolehan kerajaan
  5. Bayaran emolumen
  6. Pembayaran
  7. Akaun
  8. Pelaburan dan pinjaman.

CARA PERMOHONAN JAWATAN KOSONG PEMBANTU TADBIR KEWANGAN GRED W19

Mereka yang berminat dan memenuhi semua kelayakan yang ditetapkan boleh mula memohon secara atas talian/online di:

Screenshot 2022 08 12 at 11 34 24 SPA9 Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia SPA9 - Permohonan Jawatan Kosong Pembantu Tadbir (W19) 2022

NOTA:

  • Calon yang telah mendaftarkan permohonan bagi jawatan di atas tidak perlu mendaftar semula sekiranya permohonan masih dalam tempoh sah laku pada tarikh tutup iklan.
  • Calon perlu memastikan pusat temu duga dikemas kini pada atau sebelum tarikh tutup iklan.
  • Hanya permohonan calon yang diterima sebelum atau pada tarikh tutup iklan akan diproses.

Maklumat Lanjut Jawatan Kosong Pembantu Tadbir W19

Sebarang pertanyaan/panduan mengenai permohonan jawatan di SPA anda boleh manual pengguna di bawah:

Selamat maju jaya kami ucapkan kepada calon-calon yang memohon.

Kongsikan informasi ini kepada rakan-rakan dan ahli keluarga anda.

TERIMA KASIH