Pemberitahuan » Informasi » Cara Nak Check Line Internet

Cara Nak Check Line Internet

Cara Nak Check Line Internet.

Macam mana nak semak kelajuan line internet TM anda?

Maklumlah dalam era yang serba canggih dan penuh teknologi ni, manusia dan internet berpisah tiada.

Anda nak pastikan kelajuan internet anda setara dengan yuran bulanan yang dibayar jom teruskan bersama Pakarwang dengan artikel kami Cara Nak Check Line Internet Online Guna TM SpeedTest sebagai panduan.

Jom baca!

Cara Nak Check Line Internet Online Guna TM SpeedTest

Senang je nak semak line kelajuan line internet TM anda, jom tengok langkah-langkah di bawah:

  1. Pengguna perlu pergi pada UNIFI SPEEDTEST
  2. Kemudian klik pada ‘GO’
  3. Proses semakan kelajuan internet anda akan mengambil masa kurang dari 1 minit.

Selepas itu anda akan dipaparkan keputusan hasil semakan internet anda.

Screenshot 2021 11 10 at 15 18 16 unifi Speedtest Test Your Internet Speed unifi - Cara Nak Check Line Internet

Tetapi…

Anda tak faham dengan terma-terma internet yang digunakan?

APA ITU PING/JITTER/UPLOAD DAN DOWNLOAD?

Jangan risau, jangan gelabah dulu. Jom semak satu persatu maksud-maksud terma internet ini bagi memudahkan anda untuk faham bacaan kelajuan internet anda.

PING

  • Ping atau latency ialah tempoh masa yang diambil untuk peranti anda berhubung dengan cell tower yang terdekat, kalau semakin rendah nilai ping internet anda, semakin cepat data dapat dihantar.
  • Ping menggunakan ukuran milisaat (ms).

JITTER

  • Anda perlu memastikan nilai Jitter anda tidak terlalu tinggi kerana ianya boleh mengganggu pengalaman anda menggunakan internet.
  • Nilai Jitter yang tinggi menandakan kehilangan paket yang tinggi dan anda perlukan kadar kehilangan paket yang rendah bagi memastikan perkhidmatan internet seperti untuk panggilan suara ataupun permainan online berjalan lancar.
Baca Juga :  Cara Daftar i-Akaun KWSP di Kiosk/Email/Bank 2020

UPLOAD

  • Terma upload disini bermaksud kelajuan data yang dihantar ke peranti atau pihak lain dan diukur dalam mbps.
  • Kita sering upload/menghantar file-file besar menerusi emel, skype dan sebagainya.

DOWNLOAD

  • Kelajuan download adalah kelajuan tempoh masa untuk menarik data dari server kepada pengguna dan diukur dalam megabit sesaat (mbps)

CARA NAK CHECK LINE INTERNET GUNA FAST.COM

Selain menggunakan TMSpeedTest di atas anda juga boleh check kepantasan internet menggunakan Fast.com seperti berikut:

  1. Klik pada FAST.COM dan anda tidak perlu buat apa-apa. Tunggu sehingga semakan selesai.
  2. Anda akan dipaparkan dengan keputusan ‘Download Speed’
  3. Untuk butiran lebih lanjut anda boleh klik pada ‘Show More Info’

check line internet speed - Cara Nak Check Line Internet

 

 

Kesimpulan Internet Line Check

Setelah selesai check kelajuan internet langganan anda buat perbandingan samada bayaran internet anda berbaloi atau tidak dengan pengalaman kelajuan internet yang anda nikmati.

Anda sebagai pengguna berhak membuat aduan kepada bahagian Perkhidmatan Servis Internet langganan anda untuk memastikan anda menikmati produk yang berkualiti daripada mereka.

Selamat maju jaya kami ucapkan.

TERIMA KASIH