Pemberitahuan » Terkini » Permohonan Pos Rider Malaysia 2020: Komisen Hingga RM6,000!

Permohonan Pos Rider Malaysia 2020: Komisen Hingga RM6,000!

Permohonan Pos Rider Malaysia.

Biar betul jadi Pos Rider boleh dapat komisen sampai RM6,000?

Tak percaya lah ni mesti scam ni.

Anda boleh baca sendiri kisah Chairil Anwar bagaimana pandemik COVID-19 mengubah kehidupannya dari seorang pemilik bisnes kepada pos rider yang mampu meraih pendapatan RM2,500 seminggu!

Artikel kami hari ini Permohonan Pos Rider Malaysia 2020: Komisen Hingga RM10,000 Sebulan! memberikan anda panduan penuh untuk memulakan karier anda sebagai Pos Rider Malaysia.

Jom baca!

Permohonan Pos Rider Malaysia 2020: Komisen Hingga RM10,000 Sebulan!

Berikut kami kongsikan syarat-syarat kelayakan permohonan & cara permohonan buat rujukan anda:

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN POS RIDER MALAYSIA

Untuk menjadi Pos Rider Malaysia anda mestilah memenuhi syarat-syarat yang berikut:

  1. Permohonan hanya dibuka kepada WARGANEGARA MALAYSIA sahaja
  2. Permohonan hanya untuk SEPENUH MASA sahaja (kecuali Sabah & Sarawak dibuka untuk SEPARUH MASA).
  3. Wajib mempunyai Lesen GDL. Lesen L&P Tidak Dibenarkan.
  4. Bagi permohonan SEPENUH MASA wajib mempunyai PANEL VAN, Lesen GDL dan SSM / Lesen Perniagaan (SS)
  5. Bagi permohonan SEPARUH MASA (Sabah & Sarawak) dibenarkan menggunakan kenderaan SELAIN daripada Panel Van bagi tempoh PKP ini sahaja.
  6. Wajib menggunakan telefon pintar Android 7.0 ke atas dengan sokongan Google Play sahaja.
  7. Taraf jawatan sepenuh masa dan kontrak bergantung kepada lokasi.

LANGKAH PERMOHONAN POS RIDER MALAYSIA 2020

Permohonan hendaklah disertakan dengan dokumen-dokumen berikut:

  • Resume / CV
  • Maklumat penuh peribadi
  • Gambar serta dokumen-dokumen yang diperlukan seperti salinan kad pengenalan dan sijil akademik
Baca Juga :  Permohonan Baru Bantuan Sara Hidup 2020 Secara Online

Permohonan hendaklah dihantar mengikut cara yang dinyatakan di iklan/mohon online (SILA RUJUK IKLAN).

Bagi permohonan online kali pertama, pemohon perlu mendaftar terlebih dahulu sebelum membuat pengisian maklumat yang diperlukan dalam sistem. Calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil temuduga.

Untuk membuat permohonan anda boleh mengisi BORANG PERMOHONAN POS RIDER INI atau emelkan permohonan anda ke posrider2@pos.com.my

NOTA:

Taraf jawatan sepenuh masa dan kontrak bergantung kepada lokasi.

jawatan kosong pos rider - Permohonan Pos Rider Malaysia 2020: Komisen Hingga RM6,000!

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat lanjut mengenai permohonan Pos Rider Malaysia ini anda boleh terus rujuk pada Facebook rasmi Pos Malaysia Berhad.

Kongsikan artikel ini dengan rakan-rakan dan ahli keluarga anda yang lain.

Pastikan anda sentiasa mematuhi SOP yang ditetapkan oleh KKM bagi kita bersama-sama memutuskan rantaian Covid-19 yang melanda negara pada ketika ini.

Selamat maju jaya kami ucapkan.

TERIMA KASIH