Pemberitahuan » Informasi » Semakan Permohonan SIP Perkeso: Elaun Mencari Pekerjaan (EMP)

Semakan Permohonan SIP Perkeso: Elaun Mencari Pekerjaan (EMP)

Semakan Permohonan SIP Perkeso.

Jika anda diberhentikan kerja, anda mungkin hanya tahu tentang pampasan daripada syarikat seperti VSS atau MSS.

Tetapi tahukah anda tahu tentang ELAUN MENCARI PEKERJAAN(EMP) melalui Sistem Insurans Pekerja(SIP) PERKESO.

Bagaimanakah cara untuk claim/tuntut elaun EMP ini?.

Sudahkah anda membuat semakan permohonan SIP Perkeso? Atau pun anda masih lagi keliru dengan apa itu SIP Perkeso?

Inginkan maklumat lanjut?

Artikel kami di Pemberitahuan hari ini Semakan Permohonan SIP Perkeso: Elaun Mencari Pekerjaan (EMP) kami rangkumkan segala maklumat yang anda perlukan buat rujukan mereka yang berminat.

Jom baca!

Apa Itu SIP Perkeso?

Untuk makluman anda, EIS (Employer Insurance System) atau SIP (Sistem Insurans Pekerjaan) PERKESO menyediakan Insurans Pekerjaan, Perkhidmatan Pekerjaan dan Maklumat Pasaran Buruh (LMI).

Jika anda pencarum SIP yang kehilangan pekerjaan, anda mungkin layak untuk menerima 2 faedah berikut:

  • faedah berbentuk kewangan
  • faedah bantuan pencarian pekerjaan

BELANJAWAN 2021

Berikut adalah penambahbaikan EMP dalam Belanjawan 202:

  • Tempoh Elaun Mencari Kerja akan dilanjutkan selama 3 bulan
  • Kadar menuntut juga diubah kepada 80% gaji bulan pertama, 50% bagi bulan ke-2 hingga ke-6, dan 30% bagi 3 bulan terakhir.

Pekerja juga boleh menuntut pelbagai elaun dan faedah melalui Sistem Insurans Pekerjaan (EIS / SIP PERKESO).

Semakan Permohonan SIP Perkeso: Elaun Mencari Pekerjaan (EMP)

BH9FAQPERKESO O BHfield image socialmedia.var 1591707811 - Semakan Permohonan SIP Perkeso: Elaun Mencari Pekerjaan (EMP)

SEMAKAN PERMOHONAN SIP PERKESO

  • Semakan kes yang telah didaftarkan melalui Portal online boleh dibuat dengan menggunakan kes ID pengguna dan kata laluan dengan cara log masuk ke Portal Rasmi SIP / EIS PERKESO.

SIAPA YANG LAYAK MEMOHON?

Kategori kehilangan pekerjaan yang boleh dibuat tuntutan:

  1. Pembuangan kerja / pertindihan
  2. VSS/MSS (Skim pemisahan sukarela dengan persetujuan bersama)
  3. Penutupan tempat kerja kerana bencana alam
  4. Bankrap atau penutupan tempat kerja
  5. Pembuangan kerja konstruktif
  6. Perletakan jawatan disebabkan gangguan seksual atau ugutan di tempat kerja
  7. Perletakan jawatan apabila diarah melaksanakan kerja di luar skop yang membahayakan keselamatan

SIAPA YANG TIDAK LAYAK MEMOHON?

Kategori kehilangan pekerjaan yang tidak layak buat tuntutan:

  1. Pembuangan akibat salah laku pekerja
  2. Peletakan jawatan sukarela oleh pekerja
  3. Persaraan
  4. Tempoh kontrak perkhidmatan tamat (termasuk penamatan kontrak atas persetujuan bersama atau penyiapan kerja mengikut terma kontrak perkhidmatan)
Baca Juga :  Covid-19, krisis ekonomi dan kehilangan kerja: Bagaimana anda patut mendepaninya?

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN PENERIMAAN SIP PERKESO

Pekerja yang layak diliputi di bawah Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017 (Akta SIP) adalah seperti berikut:

  1. Semua pekerja yang bertaraf warganegara Malaysia dan pemastautin tetap.
  2. Berumur 18-60 tahun*
  3. Bekerja dengan sektor swasta**
  4. Berkhidmat berasaskan kontrak perkhidmatan (contract of service)

NOTA:

Pengecualian penting:

  • Pekerja berumur 57 tahun ke atas yang tidak pernah mencarum sebelum mencapai umur tersebut TIDAK diliputi Akta SIP dan TIDAK perlu mencarum.
  • Pekerja badan berkanun, kuasa tempatan, perkhidmatan awam dan negeri, pekhidmat domestik dan bekerja sendiri TIDAK diliputi Akta SIP.

SYARAT-SYARAT TUNTUTAN FAEDAH SIP

Syarat permohonan tuntutan faedah SIP adalah seperti berikut:

  1. Membuat permohonan tuntutan faedah dalam tempoh 60 hari selepas tarikh kehilangan pekerjaan (loss of employment).
  2. Memenuhi Syarat Kelayakan Caruman iaitu caruman pekerja telah dicarum mengikut jadual caruman SIP dan mempunyai bilangan bulan minimum dalam tempoh masa yang ditetapkan.
  3. Kategori Kehilangan Pekerjaan Yang Layak Membuat Tuntutan SIP PERKESO

5 JENIS FAEDAH TUNTUTAN SIP

5 jenis faedah berbentuk kewangan adalah seperti berikut:

  1. Elaun Mencari Pekerjaan (EMP)
  2. Elaun Pendapatan Berkurangan (EPB)
  3. Fi / Yuran Latihan (FL)
  4. Elaun Latihan (EL)
  5. Elaun Bekerja Semula Awal (EBSA)

CARA-CARA PERMOHONAN SIP PERKESO

Permohonan tuntutan faedah SIP boleh dibuat secara atas talian di Portal SIP ataupun hadir sendiri   di mana-mana kaunter pejabat PERKESO yang berhampiran dengan anda.

Setiap permohonan tuntutan faedah SIP perlulah mengemukakan dokumen penting iaitu menyertakan;

  • Salinan KPPN
  • Bukti kehilangan pekerjaan, contohnya surat penamatan kerja
  • Salinan maklumat akaun bank
  • Slip gaji untuk 6 bulan sebelum tarikh kehilangan pekerjaan

Selain itu, pemohon juga perlulah mengemukakan dokumen sokongan tambahan bagi tujuan melengkapkan tuntutan–tuntutan faedah yang diminta mengikut jenis tuntutan yang layak diterima.

DOKUMEN-DOKUMEN SOKONGAN YANG DIPERLUKAN

Muat turun BORANG PERMOHONAN SIP PERKESO:

  1. Borang SIP 1A – Borang Pemberitahuan Majikan
  2. Borang SIP 2A – Borang Pemberitahuan Pekerja
  3. Borang SIP 1 – Borang Pendaftaran Majikan
  4. Borang SIP 2 – Borang Pendaftaran Pekerja
  5. Borang SIP 3 – Pemberhentian Sebagai Majikan
  6. Senarai semak permohonan bayaran balik Sistem Insurans Pekerjaan (SIP)
  7. Borang Permohonan Sistem Insurans Pekerjaan Jemaah Rayuan Keselamatan Sosial

Maklumat Lanjut Semakan Permohonan SIP Perkeso

Sebarang maklumat dan pertanyaan mengenai SIP Perkeso anda boleh terus hubungi/layari:

  • Portal EIS atau PERKESO untuk info lengkap
  • Sila hubungi Pusat Khidmat Pelanggan (CRM) di talian 1 300 22 8000 atau
  • Emel: eis@perkeso.gov.my

Kongsikan artikel ini dengan rakan-rakan dan ahli keluarga anda yang lain.

Selamat maju jaya kami ucapkan.

TERIMA KASIH