Pemberitahuan » Terkini » Semakan Rayuan Permohonan GKP 2.0 & Tarikh Pembayaran

Semakan Rayuan Permohonan GKP 2.0 & Tarikh Pembayaran

Semakan Rayuan Permohonan GKP 2.0.

Pemohon kini sudah boleh mula membuat Semakan Rayuan Permohonan GKP 2.0 untuk tahu status anda samada lulus atau gagal.

Tarikh pembayaran Geran Khas Prihatin 2.0 mulai 4 Februari 2021! Pemilik PKS yang terlibat kini boleh menarik nafas lega dengan bantuan yang disalurkan kerajaan ini.

Inginkan maklumat lanjut?

Teruskan bersama kami dengan artikel pada hari ini Semakan Rayuan Permohonan GKP 2.0 & Tarikh Pembayaran kami bawakan khas buat rujukan anda.

Jom baca!

Semakan Rayuan Permohonan GKP 2.0 & Tarikh Pembayaran

Berikut kami kongsikan cara buat semakan rayuan permohonan dan tarikh pembayaran GKP 2.0:

CARA BUAT SEMAKAN RAYUAN PERMOHONAN GKP 2.0

  1. Layari laman web rasmi GKP: https://gkp.hasil.gov.my/Account/Login
  2. Kemudian login dengan ID Pengguna anda kemudian klik pada ‘Semak’
  3. Status Rayuan Permohonan (LULUS/TIDAK) dan maklumat pembayaran (BERJAYA KREDIT/GAGAL KREDIT) anda juga akan dipaparkan

Makluman yang diberikan mengatakan pembayaran akan dibuat bermula 4 FEBRUARI secara one-off sebanyak RM3,000.Pembayaran akan dibuat terus ke akaun yang telah didaftaran semasa proses permohonan dibuat.

Anda perlulah memastikan akaun bank yang didaftarkan semasa membuat permohonan masih aktif.

Selain GKP 2.0, Kerajaan akan memperluaskan bantuan Geran Khas Prihatin (GKP) Tambahan kepada 800,000 peniaga kecil dan sederhana (PKS) sehingga RM1,000 seperti yang diumumkan dalam Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia PERMAI.

DOKUMEN SOKONGAN YANG DIPERLUKAN BAGI PERMOHONAN YANG TIDAK LULUS (MENGIKUT KOD)

KOD ALASAN SEBAB TIDAK LULUS DOKUMEN SOKONGAN YANG DIPERLUKAN
01 Pekerja melebihi 4 orang
  • Borang Pendaftaran Majikan PERKESO / Borang Pendaftaran Pekerja PERKESO / Borang 8A PERKESO / Borang Permohonan Pendaftaran Majikan KWSP / Borang A KWSP / dokumen sokongan yang berkaitan
03 Tiada pendapatan / perniagaan tidak aktif
  • Penyata kewangan tahun berakhir 2018 / 2019
05 Jualan melebihi RM300,000
  • Penyata kewangan tahun berakhir 2018 / 2019
04 VIP / Individu Berprofil Tinggi
  • Pengakuan pemohon
  • Dokumen sokongan berkaitan
07 Tidak berdaftar dengan SSM / LHDNM / PBT
  • Sijil pendaftaran perniagaan
Baca Juga :  Cara Memohon Program Kolej Matrikulasi Online 2020/2021

Apa Itu Geran Khas Prihatin (GKP)?

Semenjak Wabak Covid-19 yang melanda negara disusuli dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sudah semestinya menjejaskan ekonomi masyarakat dan negara. Semua aktiviti dagangan terhenti dan tiada aliran tunai buat peniaga-peniaga.Bagi meringkan beban khususnya pemilik Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) mikro di Malaysia, kerajaan amat bertimbang rasa dan mengambil berat  keadaan golongan ini dengan menyediakan Geran Khas Prihatin (GPK).

Inisiatif Geran Khas Prihatin ini telah diumumkan oleh Perdana Menteri ketika pembentangan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN Tambahan) pada 6 April yang lalu. GKP yang akan dikawal selia oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) telah mensasarkan lebih 700 000 PKS mikro di seluruh Malaysia yang akan menikmati manfaat ini.

Dengan peruntukan kesuluruhan berjumlah RM2.1 bilion, Geran Khas Prihatin ini diharap dapat membantu meringankan beban kewangan perniagaan para pengusaha dalam industri PKS mikro yang terjejas akibat wabak COVID-19.

Semakan Status Permohonan GKP 2.0

Semakan Geran Khas Prihatin - Semakan Rayuan Permohonan GKP 2.0 & Tarikh Pembayaran

Pemohon yang telah membuat permohonan boleh menyemak keputusan permohonan GKP anda bermula pada minggu pertama Jun 2020.

Permohon yang diterima permohonannya akan menerima bayaran dijangka pada bulan Jun 2020.

Semakan status permohonan anda boleh dibuat melalui pautan yang kami sediakan di bawah:

Semakan Keputusan Geran Khas PRIHATIN 

NOTA:

Kaedah pembayaran geran adalah secara kredit ke akaun bank pemohon yang layak dan akaun bank anda mestilah aktif.

Maklumat Lanjut Geran Khas Prihatin 2.0

Jika anda mempunyai pertanyaan lanjut atau menghadapi sebarang masalah, sila hubungi:

Kongsikan artikel ini kepada rakan-rakan dan ahli keluarga anda yang lain.

Selamat maju jaya kami ucapkan.

TERIMA KASIH