Pemberitahuan » Kewangan » Pinjaman Perniagaan MARA : Borang Permohonan Skim S3P MARA

Pinjaman Perniagaan MARA : Borang Permohonan Skim S3P MARA

Pinjaman Perniagaan MARA

Skim Pembiayaan Perniagaan Prihatin Mikro (S3P) adalah satu program khas yang disediakan oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA) untuk membantu Industri Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) yang sedang bergelut menangani krisis ekonomi negara akibat penularan Covid-19.

Mereka yang berminat dan berkelayakan boleh cuba memohon pinjaman perniagaan MARA; Skim S3P MARA ini bermula sekarang.

Macam mana nak memohon?

Pemberitahuan membawakan anda artikel Pinjaman Perniagaan MARA: Borang Permohonan Skim S3P MARA sebagai panduan bagi yang berminat.

Semua informasi yang anda cari kami sediakan disini.

Jom baca!

Skim Pembiayaan Perniagaan Prihatin Mikro (S3P)

Untuk makluman anda, S3P ialah kemudahan pembiayaan perniagaan patuh syariah yang bertujuan untuk membantu Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) mikro bumiputera dalam pelbagai sektor kecuali pertanian dan peternakan.

Skim pembiayaan ini mensasarkan kumpulan yang terjejas akibat pandemik COVID-19 untuk meneruskan kelangsungan dan mempertingkatkan daya tahan perniagaan mereka.

Pinjaman Perniagaan MARA: Borang Permohonan Skim S3P MARA

 

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

Syarat permohonan pinjaman perniagaan MARA adalah seperti yang berikut:

  • Nama pemohon bebas daripada senarai hitam MARA.
  • Pemohon adalah warganegara Malaysia berketurunan Melayu atau Bumiputera.
  • Pemohon mestilah berusia tidak kurang 21 hingga 60 tahun.
  • Pemohon melepasi tapisan Carian Kredit/Pusat Sistem Maklumat Rujukan Credit (CCRIS).
  • Berpengalaman/berpengatahuan dalam bidang perniagaan yang diceburi.
  • Perniagaan pemohon telah beroperasi tidak kurang dari 6 bulan.
  • Perniagaan pemohon juga berdaftar secara sah di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
  • Mempunyai lesen/permit/Surat Kebenaran Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
  • Mempunyai premis perniagaan (kecuali online).
  • Menjalankan perniagaan sepenuh masa.
  • Dapat menyumbangkan modal sendiri tidak kurang 10% daripada kos projek.
  • Perniagaan pemohon mestilah perniagaan patuh dengan syariah.
Baca Juga :  5 Cara Berkesan Untuk Bebas Dari Hutang

BORANG PERMOHONAN PINJAMAN PERNIAGAAN MARA

Mereka yang berkelayakan boleh terus memohon dengan mengikuti cara-cara di bawah:

  1. Pemohon perlu layari laman web rasmi MARA untuk mendapatkan: BORANG PERMOHONAN PINJAMAN PERNIAGAAN MARA
  2. Kemudian klik pada ‘Permohonan Pembiayaan’ dan klik pada ‘Daftar Pengguna Baru’ untuk pengguna kali pertama.
  3. Isi semua butiran yang diminta untuk proses pendaftaran dan klik pada ‘Daftar’
  4. Log masuk dengan mengisi nombor kad pengenalan dan kata laluan yang anda daftar tadi.
  5. Isi kesemua maklumat permohonan yang diperlukan dengan lengkap dan betul.
  6. Setelah selesai, semua dokumen perlu dihantar kepada Pejabat MARA Daerah (PMD) atau Bahagian Pembiayaan Perniagaan (pembiayaan PRiN dan MISA) dalam tempoh 14 hari daripada tarikh permohonan.

BANTUAN YANG DITAWARKAN DI DALAM SKIM S3P MARA

Antara bantuan yang bakal diberikan kepada mereka yang layak di bawak skim S3P MARA ini adalah seperti berikut:

  1. Modal pusingan
  2. Pembelian peralatan
  3. Promosi dan pemasaran
  4. Belanja mengurus

HAD PEMBIAYAAN PINJAMAN PERNIAGAAN MARA

Had pembiayaan yang ditetapkan menerusi S3P MARA ini adalah sehingga RM50,000.

TEMPOH MAKSIMUM PEMBIAYAAN/BAYARAN BALIK PINJAMAN

Tempoh maksimum pembiayaan atau bayaran balik yang ditetapkan adalah sehingga 72 bulan atau 6 tahun.

Maklumat Lanjut Pinjaman Perniagaan MARA

Sebarang pertanyaan lanjut mengenai pinjaman perniagaan MARA ini anda boleh terus hubungi pihak yang berkenaan di saluran yang berikut:

Selamat maju jaya kami ucapkan pada mereka yang memohon.

TERIMA KASIH