Pinjaman PKS 2021.
Tahun 2021 merupakan tahun yang sukar buat para peniaga khususnya golongan PKS kerana penularan pandemik Covid-19 yang membuatkan aktiviti perniagaan makin terhad dan kebanyakan peniaga juga mengalami masalah kekurangan modal perniagaan.
Prihatin dengan isu di atas SME Corp menyediakan bantuan modal khas buat para peniaga PKS yang ingin menjalankan perniagaan mereka secara digital atau online.
Bagaimana nak mohon?
Berapa jumlah pembiayaan yang ditawarkan?
Jom teruskan bersama Pemberitahuan dengan artikel kami Pinjaman PKS 2021 DFI SME Corp Pembiayaan RM500,000 sebagai rujukan buat mereka yang berminat.
Isi Kandungan
Apa Itu Digital Financing Initiative (DFI) SME Corp?
Untuk makluman anda, bahasa mudah untuk DFI ini adalah pinjaman modal buat para peniaga khususnya golongan PKS untuk mengembangkan perniagaan mereka ke dalam bentuk digital atau online.
Inisiatif Pembiayaan Digital atau Digital Financing Initiative (DFI) ini diwujudkan adalah bagi membantu usahawan PKS yang terjejas akibat COVID-19.
Perniagaan secara online sudah terbukti dapat membantu peniaga untuk meningkatkan mutu perniagaan, menarik perhatian lebih ramai customer dan sebagainya.
Pinjaman PKS 2021 DFI SME Corp Pembiayaan RM500,000
Tujuan utama pembiayaan ini adalah seperti berikut:
- Modal kerja untuk tujuan mengurus perbelanjaan (contoh: bahan mentah)
- Tujuan meningkatkan perniagaan untuk:
- Pembelian mesin dan alatan sistem, eCommerce, e-Payment, dan aplikasi ICT.
- Pembungkusan dan produk pembukusan.
- Promosi dan iklan
- Persijilan dan Sistem Pengurusan Kualiti
JUMLAH & TEMPOH PINJAMAN PKS
Jumlah pinjaman yang ditawarkan kepada pemohon yang layak adalah sebanyak RM500,00 dan tempoh pinjaman sehingga selama 36 bulan.
SYARAT-SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN
Peniaga PKS yang berminat perlu memenuhi syarat-syarat kelayakan berikut sebelum memohon:
- Perniagaan tersebut mestilah berstatus PKS.
- Perniagaan telah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
- Syarikat mestilah dimiliki sekurang-kurangnya 60% warganegara Malaysia.
- Syarikat tersebut telah beroperasi sekurang-kurangnya 6 bulan.
- Bersetuju untuk menjalankan penilaian SCORE/M-CORE.
CARA PERMOHONAN PINJAMAN PKS 2021 ONLINE
Yuran pemprosesan permohonan yang ditetapkan adalah sebanyak 5% daripada jumlah pembiayaan atau maksimum sehingga RM5,000.
Cara permohonan online bagi mereka yang berkelayakan adalah seperti berikut:
- Pengguna perlu layari: PORTAL RASMI SMECORP.GOV
- Kemudian klik pada ‘Apply Here’ dan ‘Apply Now’
- Pemohon pertama kali perlu membuka akaun baru terlebih dahulu, klik pada ‘Create An Account’ dan isi semua butiran yang diminta dengan lengkap.
- Selesai buka akaun baru, log masuk dan isi permohonan pinjaman dengan lengkap. Sertakan sekali dokumen-dokumen sokongan berikut:
- Kad pengenalan pemohon (depan dan belakang).
- Kad pengenalan penjamin (depan dan belakang).
- Penyata perniagan syarikat (sekurang-kurangnya 3 bulan).
- Penyata kewangan (mestilah sekurang-kurangnya 3 tahun atau yang terkini jika perniagaan kurang 3 tahun beroperasi).
- Gambar premis perniagaan.
- Gambar pemilik perniagaan.
Maklumat Lanjut Pinjaman PKS 2021
Sebarang maklumat lanjut anda boleh layari LAMAN WEB SMECORP.GOV untuk informasi yang lebih bagi memahami apa itu Digital Financing Initiative (DFI).
Selamat maju jaya kami ucapkan kepada usahawan PKS yang ingin memajukan perniagaan mereka ke peringkat digital.
TERIMA KASIH