Semakan Status GKP PERMAI.
Anda lulus permohonan tapi masih belum dapat bayaran Bantuan GKP Tambahan PERMAI?
Pihak LHDNM menasihatkan kepada mereka yang mengalami situasi di atas untuk semak status pembayaran Bantuan GKP PERMAI mereka.
Permohonan yang lulus tetapi berstatus GAGAL KREDIT perlu mengemas kini maklumat akaun bank mereka dengan segera.
Apa yang dimaksudkan dengan GAGAL KREDIT?
Macam mana nak kemaskini maklumat akaun bank?
Jangan risau, mudah sahaja, artikel Pemberitahuan hari ini Semakan Status GKP PERMAI & Kemaskini Akaun Gagal Kredit kami sediakan khas buat mereka yang memerlukan panduan.
Jom baca!
Isi Kandungan
Apa Itu Geran Khas Prihatin (GKP)?
Semenjak Wabak Covid-19 yang melanda negara disusuli dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sudah semestinya menjejaskan ekonomi masyarakat dan negara. Semua aktiviti dagangan terhenti dan tiada aliran tunai buat peniaga-peniaga.Bagi meringkan beban khususnya pemilik Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) mikro di Malaysia, kerajaan amat bertimbang rasa dan mengambil berat keadaan golongan ini dengan menyediakan Geran Khas Prihatin (GPK).
Inisiatif Geran Khas Prihatin ini telah diumumkan oleh Perdana Menteri ketika pembentangan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN Tambahan) pada 6 April yang lalu. GKP yang akan dikawal selia oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) telah mensasarkan lebih 700 000 PKS mikro di seluruh Malaysia yang akan menikmati manfaat ini.
Dengan peruntukan kesuluruhan berjumlah RM2.1 bilion, Geran Khas Prihatin ini diharap dapat membantu meringankan beban kewangan perniagaan para pengusaha dalam industri PKS mikro yang terjejas akibat wabak COVID-19.
Semakan Status GKP PERMAI & Kemaskini Akaun Gagal Kredit
Untuk makluman, pengemaskinian akaun bank perlu dibuat mulai 5 Mei sehingga 19 Mei bagi membolehkan urusan pembayaran semula dapat dilakukan ke akaun bank anda.
CARA KEMASKINI AKAUN BANK GAGAL KREDIT GKP PERMAI
Berikut adalah cara-cara untuk anda mengemaskini maklumat akaun bank:
- Pengguna perlu layari: LAMAN WEB RASMI GKP PERMAI
- Klik ‘Log Masuk’ dan masukkan no. kad pengenalan kemudian klik pada ‘Semak’
- Masukkan kata laluan anda.
- Klik pada bahagian profil dan kemaskini maklumat akaun bank anda.
Selesai!
SEMAK STATUS GKP PERMAI ONLINE
Ikuti langkah-langkah yang kami sediakan di bawah sebagai panduan untuk anda membuat semakan status bantuan GKP PERMAI:
- Pengguna perlu layari: PORTAL RASMI GKP PERMAI
- Masukkan no. kad pengenalan kemudian klik logo ‘Kanta’
- Masukkan angka Captcha dan klik pada ‘Semak’
- Keputusan GKP Tambahan anda akan dipaparkan.
Maklumat Lanjut Semakan Status GKP PERMAI
Jika anda mempunyai pertanyaan lanjut atau menghadapi sebarang masalah, sila hubungi:
- Hasil Care Line: 03 8911 1000/ 603-8911 1100 (Luar Negara) juga beroperasi pada 1 & 2 Mei 2020, 9.00 pagi – 4.30 petang.
- Facebook LHDNM
- Portal Rasmi LHDNM
Kongsikan artikel ini kepada rakan-rakan dan ahli keluarga anda yang lain.
Selamat maju jaya kami ucapkan.
TERIMA KASIH