Pemberitahuan » Panduan » Semakan Dividen Koperasi Angkatan Tentera Online & SMS

Semakan Dividen Koperasi Angkatan Tentera Online & SMS

Apa caranya untuk anda semak dividen koperasi angkatan tentera secara online atau SMS? Apa proses yang perlu anda lalui?

Pemberitahuan dengan entri baru pada hari ini akan membantu anda membuat semakan dividen Koperasi Angkatan Tentera secara online dan sms. Dengan cara ini anda akan terima maklumat terus ke telefon anda dengan segera.

Mudah dan menjimatkan masa! Jom teruskan bersama kami..

Semakan Dividen Koperasi Angkatan Tentera Online & SMS

Koperasi Angkatan Malaysia Berhad menyediakan perkhidmatan SMS kepada ahli koperasi untuk menghubungi Koperasi Angkatan Tentera melalui Perkhidmatan Pesanan Ringkas (SMS) untuk menghantar SMS ke nombor 33310 menggunakan cara yang berikut:

Cara Semak Dividen Koperasi Angkatan Tentera Secara SMS

1. KT DAFTAR NoAhli NoTent NoHP
contoh : KT DAFTAR 123456 2345678 0193456789
# Caj perkhidmatan untuk setiap SMS adalah sebanyak RM 0.30

2. KT TUKAR NoAhli NoTent NoHPBaru
contoh : KT TUKAR 123456 2345678 0199876541
# Caj perkhidmatan untuk setiap SMS adalah sebanyak RM 0.30

3. KT BATAL NoAhli NoTent
contoh : KT BATAL 123456 2345678
# Caj perkhidmatan untuk setiap SMS adalah sebanyak RM 0.30

4. KT BAKI NoAhli NoTent
# Caj perkhidmatan untuk setiap SMS adalah sebanyak RM 0.30

5. KT DIV NoAhli NoTent
# Caj perkhidmatan untuk setiap SMS adalah sebanyak RM 0.30

6. KT WASI NoAhli NoTent
# Caj perkhidmatan untuk setiap SMS adalah sebanyak RM 0.30

Catatan:

Pendaftaran hanya perlu dilakukan sekali sahaja.
Gunakan satu ruang antara perkataan.
Jangan gunakan simbol ‘-‘ di nombor Kad Pengenalan dan Nombor Ketenteraan / Tiada.
Tidak perlu meletakkan tanda pada jumlah tentera.
Untuk bantuan sila hubungi talian 03-40272672.

Cara Semak Dividen Koperasi Angkatan Tentera Secara Online

Untuk anda yang mahu melakukan semak baki simpanan koperasi tentera online, maaf cara ini masih tidak disediakan buat masa ini. Hanya ada perkhidmatan secara sms seperti yang ditunjukkan di atas sahaja. Pihak koperasi akan melakukan perkhidmatan semakan secara online apabila diberitahu kelak.

Tarikh Dividen Koperasi Tentera

Berdasarkan rekod tarikh dividen koperasi tentera akan diumumkan sekitar antara bulan Mei, Jun ataupun bulan Julai setiap tahun. Kali ini Koperasi Angkatan Tentera Malaysia Berhad (Koperasi Tentera) mengumumkan pulangan dividen 10 peratus kepada 154,620 ahlinya membabitkan pembayaran sebanyak RM145 juta.

Kebaikan Pencarum Koperasi Tentera

1) Sudah tentu mereka berdasarkan rekod menerima kadar dividen koperasi tentera yang agak tinggi setiap tahun

2) Jikalau anak yang dapat keputusan PT3 dan keputusan SPM yang cemerlang mereka akan menerima insentif tunai dibawah program dan Skim Insentif Kecemerlangan (SIK)

3) Koperasi tentera adalah antara koperasi kukuh di Malaysia. Berdasarkan koperasi tentera yag diletakkan di bawah Lembaga Angkatan Tentera Malaysia, LTAT adalah bank koperasi ketiga terbesar di Malaysia.

Baca Juga :  FOMEMA: Pendaftaran dan Semakan Status Pemeriksaan Perubatan

Bagi yang masih belum mendaftar sebagai Ahli Koperasi bolehlah membuat pendaftaran segera. Untuk pertanyaan sila semak di bawah ini :

Wisma Koperasi Tentera
No 1, Jalan 2/65C,
Off Jalan Pahang Barat,
53300 Kuala Lumpur, Malaysia.
Tel:
1-300-8000-58
Email:
customercare@katmb.com.my

Borang Koperasi Angkatan Tentera

Borang Pengeluaran Simpanan

loading - Semakan Dividen Koperasi Angkatan Tentera Online & SMS Loading...
EAD logo - Semakan Dividen Koperasi Angkatan Tentera Online & SMS Taking too long?

reload - Semakan Dividen Koperasi Angkatan Tentera Online & SMS Reload document
| open - Semakan Dividen Koperasi Angkatan Tentera Online & SMS Open in new tab

Muat Turun

Borang Keanggotaan Koperasi

loading - Semakan Dividen Koperasi Angkatan Tentera Online & SMS Loading...
EAD logo - Semakan Dividen Koperasi Angkatan Tentera Online & SMS Taking too long?

reload - Semakan Dividen Koperasi Angkatan Tentera Online & SMS Reload document
| open - Semakan Dividen Koperasi Angkatan Tentera Online & SMS Open in new tab

Muat Turun

Dividen Koperasi Angkatan Tentera Malaysia Berhad

Koperasi Angkatan Tentera Malaysia Berhad (Koperasi Tentera) mengumumkan pulangan dividen 10 peratus kepada 154,620 ahlinya membabitkan pembayaran sebanyak RM145 juta.

Pembayaran dividen itu adalah berdasarkan keuntungan sebelum cukai dan zakat Koperasi Tentera sebanyak RM184.3 juta, hasil daripada pendapatan bersih operasi bagi tahun kewangan 2018 berjumlah RM313.5 juta.

Di samping itu, jumlah keuntungan yang dibayar ke atas simpanan anggota bagi tahun sama adalah RM13.6 juta.

Semak Dividen Koperasi Angkatan Tentera SMS - Semakan Dividen Koperasi Angkatan Tentera Online & SMSMenteri Pertahanan, Mohammad Sabu, berkata pemberian dividen itu jelas membuktikan Koperasi Tentera masih mampu memberikan pulangan tinggi secara konsisten kepada anggotanya biar pun berdepan dengan keadaan ekonomi yang kurang memberangsangkan.

“Saya difahamkan Koperasi Tentera kini antara koperasi terbaik di negara dan diiktiraf berada di tempat keempat antara 100 koperasi terbesar dengan pegangan aset hampir RM3 bilion.

“Berdasarkan prestasi itu, saya percaya ia berada di landasan baik namun, saya yakin dengan urus tadbir yang cekap dan berintegriti, Koperasi Tentera mampu menjadi koperasi terulung di Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Mesyuarat Agung Koperasi Tentera ke-54 di Dewan PERHEBAT, Kem Sungai Buloh, di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Pengerusi Koperasi Tentera, Mejar Jeneral (B) Datuk Zulkiflee Mazlan dan Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Tan Sri Affendi Buang.

Dalam perkembangan berkaitan, Mohammad berkata, Koperasi Tentera terus mengorak langkah dengan memperkenalkan pembiayaan kepada segmen pasaran bukan anggota, khususnya pasaran industri Perniagaan Kecil dan Sederhana (PKS) dan koperasi-koperasi berdaftar yang layak.

“Dari segi kebajikan, saya turut dimaklumkan bahawa sebanyak RM2 juta diperuntukkan Koperasi Tentera setiap tahun bagi melaksanakan program kebajikan melalui skim kebajikan.

“Sepanjang tahun lalu, seramai 3,500 anggota mendapat manfaat bantuan pendidikan, derma am manakala, RM544,000 dalam bentuk khairat kematian yang disampaikan kepada waris anggota,” katanya.

Sementara itu, pada majlis berkenaan, Koperasi Tentera turut melancarkan perkhidmatan dalam talian dan aplikasi perbankan mudah alih (KTOnline).

Aplikasi mesra pelanggan itu dibangunkan dengan objektif utama untuk memudahkan urusan anggota yang berada jauh dari cawangan atau bandar disamping menyediakan pengalaman lebih baik kepada semua anggotanya.

Ia juga seiring dengan pelan Koperasi Tentera untuk mengoptimumkan penggunaan teknologi digital dalam penyediaan perkhidmatan dan produk buat anggota dan pelanggan, sekali gus menjadikan ia antara koperasi terawal memperkenalkan khidmat seumpamanya di Malaysia.

KESIMPULAN

Kami berharap artikel kali ini dapat membantu anda memudahkan urusan untuk menyemak dividen koperasi angkatan tentera secara online. Lebih-lebih lagi apabila anda dapat jimatkan masa dan tenaga melalui cara ini.

Kami di Pemberitahuan mengharapkan kejayaan buat anda semua.

TERIMA KASIH