Pemberitahuan » Panduan » Semakan Harga Renew Lesen Memandu 2022/2023

Semakan Harga Renew Lesen Memandu 2022/2023

 Nak Renew lesen memandu? berapa agaknya kadar harga renew lesen memandu ni?

Jangan risau, Pemberitahuan ada penjelasan khas untuk anda. Kali ini kami ingin kongsikan dengan anda sedikit info tentang kadar bayaran untuk renew lesen memandu yang telah tamat tempoh.

Semakan Harga Renew Lesen Memandu akan memberikan anda maklumat mengenai kadar harga pembaharuan lesen memandu malaysia, Semakan tarikh luput. Jenis – jenis lesen yang terdapat di malaysia untuk pengetahuan umum.

Jom teruskan bersama kami!

Setiap Tahun, lesen memandu merupakan perkara wajib kita perlu perbaharui setiap kali tamat tempoh. Kebiasaanya, harga untuk renew lesen memandu tidak mengalami perubahan ketara dari tahun ke tahun.

Semakan Harga Lesen Memandu 

Berikut adalah harga renew untuk lesen memandu mengikut jenis lesen, terdapat 4 jenis lesen memandu, antaranya adalah Lesen Belajar Memandu (LDL), Lesen percubaan (PDL), Lesen memandu Kompeten (CDL) dan Lesen Memandu Konvensional.

Harga Renew Lesen Memandu

JENIS LESEN KADAR BAYARAN (RM) TEMPOH
LESEN BELAJAR MEMANDU (LDL)
KELAS A 2.00 3 ATAU 6 BULAN
KELAS B2 (TUNGGAL) 2.00/4.00 3 ATAU 6 BULAN
KELAS B/C 20.00/40.00 3 ATAU 6 BULAN
KELAS D DAN LAIN-LAIN 30.00/60.00 3 ATAU 6 BULAN
LESEN PERCUBAAN (PDL)
KELAS A/A1 2.00 2 TAHUN
KELAS B2 (TUNGGAL) 2.00 2 TAHUN
KELAS B/C 40.00 2 TAHUN
KELAS D/DA/F/G/H/I 60.00 2 TAHUN
LESEN MEMANDU KOMPETEN (CDL)
KELAS A/A1 2.00 1 TAHUN
KELAS B2 (TUNGGAL) B/C 20.00 1 TAHUN
KELAS D/E/F/G/H/I 30.00 1 TAHUN
LESEN MEMANDU KONVENSIONAL
LESEN KENDERAAN BARANG-BARANG (GDL) / LESEN KENDERAAN AWAM (PSV) ATAU CON 20.00 1 TAHUN
PERMIT MEMANDU ANTARABANGSA (IDP) 150.00 1 TAHUN
SALINAN LESEN MEMANDU 20.00
CABUTAN LESEN MEMANDU 10.00
PINDAAN MAKLUMAT LESEN MEMANDU 10.00
TAMBAH KELAS LESEN MEMANDU 5.00

Jenis – Jenis Lesen Memandu

Berikut merupakan jenis – jenis lesen memandu kami kongsikan untuk pengetahuan umum :

Baca Juga :  Cara Memohon Guru Interim SK & SJKC Online 2020

Lesen Belajar Memandu (LDL)

  • Lesen Belajar Memandu atau Learner’s Driving License – LDL, membolehkan seseorang belajar memandu di bawah pengawasan guru memandu di sekolah memandu. Lesen Belajar Memandu ini, lebih dikenali sebagai lesen “L”.

Lesen Percubaan (PDL)

  • Lesen Memandu Percubaan atau Probationary Driving License – PDL merupakan lesen untuk pemandu baru yang telah lulus kesemua prosedur pelajaran dan ujian memandu yang ditetapkan oleh pihak  JPJ. Lesen percubaan lebih ini, lebih dikenali sebagai lesen “P”.

Lesen Memandu Kompeten (CDL)

  • Lesen Memandu Kompeten atau Competent Driving License – CDL, adalah lesen memandu penuh yang dinaiktaraf daripada lesen percubaan selepas 2 tahun memegang lesen lesen percubaan.

LESEN MEMANDU KONVENSIONAL

  • Lesen Memandu Vokasional ataupun nama popular GDL dan PSV. GDL adalah lesen memandu khas untuk pemandu kenderaan komesial seperti lori dan van yang membawa muatan barang dagangan, Manakala untuk PSV pula kenderaan perkhidmatan awam seperti bas, teksi dan van penumpang untuk kegunaan awam.

Lokasi Renew Lesen Memandu

Permohonan untuk pembaharuan lesen memandu boleh dilakukan di JPJ Negeri  atau Cawangan, UTC, Kaunter 1JPJ dan rangkaian Pejabat Pos Malaysia Berhad. Selain itu, terdapat juga penyedia perkhidmatan seperti MyEG yang menawarkan khidmat renew lesen secara atas talian. Pemohon boleh memperbaharui lesen memandu dalam tempoh minimum 1 tahun hingga maksimum 5 tahun sahaja. Sekiranya lesen memandu tidak diperbaharui dalam masa 3 tahun, pemohon perlu menduduki semula ujian untuk mendapatkan lesen memandu.

Untuk pengetahuan anda juga pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) ada menyediakan portal untuk anda membuat semakan tarikh luput lesen memandu, di laman web ( https://www.jpj.gov.my/web/main-site/semakan-tarikh-luput-lesen-memandu ). Anda cuma perlu isikan maklumat anda dan masukkan kod sekuriti dan kemudian tekan semak. Berikut merupakan contoh hasil carian untuk semakan tarikh luput.

Semakan Tarikh Luput Lesen Memandu - Semakan Harga Renew Lesen Memandu 2022/2023

 

Kesimpulan

kami berharap perkongsian ini membantu anda mengetahui harga renew lesen memandu 2022 dan juga maklumat berkaitan lesen memandu. Jangan lupa kongsikan maklumat ini kepada rakan dan keluarga anda. Selamat maju jaya kami ucapkan.