Permohonan Pegawai Bomba Bantuan.
Pengambilan terkini jawatan Pegawai Bomba Bantuan dibuka khusus di negeri Perak. Warga Perak yang berminat boleh cuba untuk membuat permohonan.
Macam mana nak mohon?
Apa syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan?
Semuanya kami sediakan di dalam entri hari ini Permohonan Pegawai Bomba Bantuan (PBB) Online 2022 sebagai panduan bagi mereka yang berminat.
Jom baca!
Isi Kandungan
Apa Itu Pegawai Bomba Bantuan?
Untuk makluman, Pegawai Bomba Bantuan (PBB) adalah satu inisiatif menggalakkan orang awam yang berminat untuk mendaftarkan diri mereka dan sekiranya terpilih, perlu menjalani latihan intensif dalam tugas memadam kebakaran dan menyelamat.
Pengambilan ini bertujuan meningkatkan kecekapan perkhidmatan dan menampung taburan balai bomba dan bilangan anggota yang tidak seimbang dengan keluasan kawasan perlu berisiko.
Pegawai Bantuan Bomba kemudiannya perlu mendaftar di balai berhampiran dan berada dalam keadaan siap siaga jika diperlukan.
Mereka yang terpilih akan dibayar elaun sama seperti pasukan bantuan sedia ada dan akan menerima bayaran elaun berdasarkan tempoh waktu berkhidmat.
KELEBIHAN MENYERTAI PEGAWAI BOMBA BANTUAN
Antara faedah-faedah yang boleh didapati sekiranya anda menyertai PBB adalah seperti berikut:
- Menambah pengetahuan dalam aspek kebakaran dan keselamatan kebakaran
- Mempunyai kemahiran dalam first aid, BA dan sebagainya
- Memberi publisiti yang baik kepada syarikat
- Mempunyai tahap kecergasan yang tinggi
- Mempunyai kebolehan bekerjasama sebagai satu pasukan
- Mempunyai kebolehan berkomunikasi dengan cepat dan tepat
- Mempunyai kebolehan membuat keputusan yang baik dalam keadaan tertekan dan mengikut arahan
Permohonan Pegawai Bomba Bantuan (PBB) Online 2022
Berikut kami kongsikan informasi mengenai jawatan PBB untuk rujukan anda:
Untuk makluman anda, pengambilan Pegawai Bomba Bantuan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dibuka bagi negeri Perak bagi kawasan berikut:
- BBP Trong
- BBP Ayer Tawar
- BBP Batu Kurau
- BBP Gerik
- BBP Gopeng
- BBP Kampong Gajah
- BBP Lenggong
- BBP Bidor
- BBP Pantai Remis
- BBP Parit
- BBP Pengkalan Hulu
- BBP Pulau Pangkor
- BBP Seri Iskandar
- BBP Tambun
- BBP Tanjung Malim
Tarikh tutup permohonan adalah pada 5 September 2022.
SYARAT-SYARAT KELAYAKAN UMUM PERMOHONAN
- Warganegara Malaysia
- Bukan anggota Angkatan Tentera Malaysia atau mana-mana angkatan atau skim sukarela yang ditubuhkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis
- Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh permohonan
- Sijil Rendah Pelajaran (SRP) atau Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau kelayakan yang diiktirafkan setaraf dengannya oleh Ketua Pengarah
NOTA:
Syarat-syarat khusus / fizikal boleh disemak melalui perincian iklan bagi setiap negeri yang membuat pengambilan.
CARA MEMOHON JAWATAN PEGAWAI BOMBA BANTUAN 2022
Mereka yang menepati kesemua syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan boleh membuat permohonan dengan mengikuti langkah-langkah berikut:
- Pemohon perlu mengisi BORANG PBB 3 yang boleh didapati dari:
- Balai-balai yang diiklankan ATAU
- Facebook BOMBA PERAK ATAU
- Muat turun melalui imbasan QR CODE (seperti dibawah) dan diwajibkan untuk mengisi Google Form yang disediakan.
- Permohonan anda perlu disertakan dengan dokumen-dokumen berikut:
- Sekeping gambar terbaru berukuran pasport
- Salinan kad pengenalan
- Salinan sijil PMR atau setaraf serta dokumen-dokumen lain yang berkaitan yang telah disahkan.
- Pemohon yang telah lengkap mengisi borang permohonan dan dokumen secara manual, boleh hantar borang tersebut di alamat berikut:
IBU PEJABAT
JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA
NEGERI PERAK
PERSIARAN MERU UTAMA
30020 IPOH PERAK
MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN PEGAWAI BOMBA BANTUAN
ISI GOOGLE FORM
Pautan Google Form: Permohonan Pasukan Bomba Bantuan
Maklumat Lanjut
Untuk sebarang pertanyaan anda boleh terus hubungi pihak yang terlibat melalui saluran yang berikut:
- LAMAN WEB RASMI JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA
- FACEBOOK JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA
Selamat maju jaya kami ucapkan kepada yang memohon. Kongsikan artikel ini untuk membantu rakan-rakan dan ahli keluarga anda yang lain.
TERIMA KASIH