Pemberitahuan » Informasi » SPUR PUNB 2021: Permohonan Skim Usahawan Terkesan Covid-19

SPUR PUNB 2021: Permohonan Skim Usahawan Terkesan Covid-19

SPUR PUNB 2021.

Bantuan SPUR PUNB ini disediakan khas bagi membantu usahawan-usahawan dimana perniagaan mereka terjejas ekoran penularan pandemik Covid-19 yang bermula sejak tahun 2020.

Usahawan-usahawan yang layak dialu-alukan untuk membuat permohonan bantuan ini yang boleh mencecah RM100,000 jumlah pembiayaan.

Anda berminat?

Inginkan maklumat lanjut mengenai bantuan ini?

Semua informasi yang anda cari, syarat-syarat permohonan, proses permohonan dan banyak lagi kami sediakan dalam artikel kami hari SPUR PUNB 2021: Permohonan Skim Usahawan Terkesan Covid-19 Online sebagai rujukan mereka yang memerlukan.

Apa tunnggu lagi?

Jom baca artikel kami!

Apa Itu Pembiayaan SPUR PUNB?

Untuk makluman anda, matlamat utama pelaksanaan SPUR PUNB adalah untuk membantu individu Bumiputera yang ingin atau telah menceburi bidang perniagaan yang terkesan ekoran penularan pandemik COVID-19.

Objektif-objektif pelaksanaan yang lain adalah seperti berikut:

  • Meningkatkan penglibatan Bumiputera dalam bidang keusahawanan.
  • Menyediakan kemudahan dari aspek kewangan dan pembangunan keusahawanan.
  • Memastikan usahawan dan perniagaan Bumiputera kekal berdaya saing dan berdaya tahan.
  • Mempergiat aktiviti perniagaan dan meningkatkan ekonomi.

JUMLAH DAN TEMPOH PEMBIAYAAN SPUR PUNB

Jumlah pembiayaan yang ditawarkan kepada pemohon yang layak adalah bermula dari RM50,000 hingga RM100,000.

rm 1 e1621249509612 - SPUR PUNB 2021: Permohonan Skim Usahawan Terkesan Covid-19

Manakala tempoh pembiayaan skim adalah sehingga 5.5 tahun termasuk 6 bulan moratorium.

SPUR PUNB 2021: Permohonan Skim Usahawan Terkesan Covid-19 Online

SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN (INDIVIDU)

Berikut adalah syarat-syarat kelayakan individu yang perlu dipenuhi pemohon:

  • Individu Bumiputera yang telah hilang pekerjaan akibat penyusutan ekonomi ekoran penularan wabak COVID-19.
  • Individu tersebut berumur antara 18 hingga 55 tahun ketika memohon.

SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN (PERNIAGAAN)

Syarikat kelayakan permohonan perniagaan pula adalah seperti berikut:

  • Individu atau ushawan tersebut ingin memulakan perniagaan atau telah beroperasi (pendaftaran selepas Mac 2020).
  • Perniagaan yang dijalankan adalah sepenuh masa.
  • Syarikat dimiliki dan diterajui sekurang-kurangnya 70% oleh Bumiputera.
  • Syarikat adalah entiti milikan tunggal/perkongsian/Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT)/Sendirian Berhad.
  • Perniagaan dilakukan dari rumah atau beroperasi dari premis perniagaan.
  • Perniagaan adalah dalam bidang peruncitan/pemborongan/pembuatan & kejuruteraan.
  • Perniagaan mestilah patuh Syariah.
Baca Juga :  Semakan Daftar Pemilih SPR 2021 Secara Online & SMS

KELEBIHAN SKIM SPUR PUNB PADA PEMOHON YANG LAYAK

Antara kelebihan yang bakal diperolehi oleh pemohon yang berjaya memohon SPUR PUNB adalah seperti berikut:

  • Kursus dan latihan yang akan disediakan untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan usahawan dalam bidang pengurusan kewangan, pemasaran, tadbir urus korporat dan pengurusan am.
  • Usahawan berpeluang untuk menjalankan perniagaan mereka (jika ada) dengan kadar sewaan hartanah PUNB yang kompetitif.
  • Ibra’ (rebat) sehingga 50% daripada jumlah pembiayaan diberikan kepada pembayar pembiayaan yang baik (tertakluk kepada terma & syarat).

CARA PERMOHONAN SPUR PUNB 2021

Usahawan yang berkelayakan boleh membuat permohonan mengikuti cara-cara di bawah sebagai panduan:

  1. Pemohon perlu layari: LAMAN WEB RASMI PUNB
  2. Klik ‘Pendaftaran’ kemudian masukkan no kad pengenalan dan klik pada ‘Semak Kad Pengenalan Anda’
  3. Isi maklumat diri dengan lengkap kemudian klik ‘Hantar’
  4. Setelah mendaftar, muat naik dokumen sokongan (seperti dalam senarai di bawah) dan pautan video perniagaan yang diperlukan untuk proses penilaian.

NOTA:

Pastikan dokumen yang lengkap dihantar mengikut kategori pilihan pembiayaan.

SENARAI DOKUMEN SOKONGAN YANG PERLU DISEDIAKAN

UNTUK PERNIAGAAN YANG SUDAH BEROPERASI:

  • Surat/bukti pemberhentian kerja.
  • Rancangan Perniagaan (pemohon perlu mengisi maklumat diperlukan semasa permohonan).
  • Salinan kad pengenalan (pemohon, rakan kongsi, pengarah syarikat, pemegang saham).
  • Gambar berukuran pasport (pemohon, rakan kongsi, pengarah syarikat, pemegang saham).
  • Penyata akaun bank bagi tempoh 3 bulan dari tarikh terkini (penyata akaun bank individu/akaun gaji ketika membuat permohonan).
  • Penyata Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) terkini
  • Penyata akaun transaksi perniagaan atau rekod jualan perniagaan bagi tempoh 3 bulan.
  • Lesen perniagaan dari majlis/lesen khas/perjanjian sewa premis perniagaan dan lesen lain yang berkaitan.
  • Pendaftaran syarikat:
  • Bagi pendaftaran Enterpris, sila sertakan Borang D (Milikan Tunggal/Perkongsian/Perkongsian Liabiliti Terhad (LLP).
  • Bagi perniagaan Sendirian Berhad, sila sertakan Borang 9,24,44,49,32A,M&A atau seksyen 17,78,46(3),58 (Sdn Bhd), 105, perlembagaan atau yang setara.

UNTUK YANG BARU INGIN MEMULAKAN PERNIAGAAN DENGAN KONSEP DAN IDEA YANG MENARIK:

  • Salinan kad pengenalan (pemohon, rakan kongsi, pengarah syarikat, pemegang saham).
  • Surat/bukti pemberhentian kerja.
  • Penyata Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) terkini
  • Penyata akaun individu/akaun gaji bagi tempoh 3 bulan dari tarikh terkini.

Maklumat Lanjut SPUR PUNB 2021

Anda memerlukan sebarang maklumat lanjut yang lebih terperinci mengenai SPUR PUNB ini boleh terus hubungi Pusat Khidmat Pelanggan PUNB di talian 1300 13 7862 atau menghantar email ke customerservice@punb.com.my.

Selamat maju jaya kami ucapkan kepada usahawan-usahawan yang layak.

TERIMA KASIH