Pemberitahuan » Semakan Online » Kerajaan » Senarai Bantuan Kerajaan PEMERKASA PLUS Untuk PKP 3.0

Senarai Bantuan Kerajaan PEMERKASA PLUS Untuk PKP 3.0

Senarai Bantuan Kerajaan PEMERKASA PLUS.

Pada 31 Mei yang lalu satu sidang media khas oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidin Yasin mengenai Program PEMERKASA PLUS dimana ianya menyenaraikan bantuan-bantuan khas buat rakyat Malaysia untuk meringankan beban mereka akibat pelaksanaan total lockdown yang bermula 1 Jun hingga 14 Jun.

Nilai keseluruhan program PEMERKASA Plus yang disediakan kerajaan adalah berjumlah RM40 bilion ringgit yang mana suntikan langsung fiskal kerajaan adalah sebanyak RM5 bilion ringgit.

Teruskan membaca artikel Pemberitahuan Senarai Bantuan Kerajaan PEMERKASA PLUS Untuk PKP 3.0 dimana kami mengupas senarai bantuan yang disediakan di dalam 3 matlamat utama PEMERKASA PLUS ini.

Senarai Bantuan Kerajaan PEMERKASA PLUS Untuk PKP 3.0

3 matlamat utama pelaksanaan PEMERKASA PLUS adalah seperti berikut:

  1. Mempertingkatkan Kapasiti Kesihatan Awam
  2. Meneruskan Agenda Prihatin Rakyat
  3. Menyokong Kelangsungan Perniagaan

Berikut adalah 3 matlamat dan bantuan yang disediakan bagi mendukung initipati 3 matlamat di atas:

MEMPERTINGKATKAN KAPASITI KESIHATAN AWAM

Untuk makluman anda, kerajaan telah mengumumkan beberapa bentuk bantuan melibatkan peruntukan sebanyak RM1 bilion iaitu:

  • Peruntukan RM450 juta bagi meningkatkan kapasiti katil dan peralatan ICU bagi rawatan COVID-19, bukan sahaja di Hospital seliaan KKM tetapi juga di Hospital Pengajar Universiti Awam.
  • Peruntukan RM550 juta untuk menampung keperluan perbelanjaan berkaitan COVID-19 pelbagai.
  • Melanjutkan tempoh perkhidmatan lebih 14,000 pegawai perubatan dan jururawat lantikan kontrak sedia ada sehingga tahun 2022.

img 60bc86219b4dc - Senarai Bantuan Kerajaan PEMERKASA PLUS Untuk PKP 3.0

MENERUSKAN AGENDA PRIHATIN RAKYAT

Agenda Prihatin Rakyat menyaksikan beberapa jenis bantuan disediakan bagi meringankan beban mereka yang terkesan:

  • Menambah kadar program Bantuan Prihatin Rakyat atau BPR yang akan dibayar pada penghujung Jun 2021:
    – Kategori isi rumah yang berpendapatan di bawah RM2,500, mereka akan menerima kadar BPR tambahan sebanyak RM500.
    – Kategori isi rumah berpendapatan antara RM2,501 hingga RM5,000 akan menerima kadar sebanyak RM300.
    – Individu bujang pula akan menerima RM100.
  • Kelulusan moratorium secara automatik selama 3 bulan atau boleh memilih untuk mendapatkan pengurangan bayaran balik secara ansuran sebanyak 50% selama tempoh 6 bulan bagi golongan B40 dan rakyat yang terjejas ekoran kehilangan pekerjaan serta perusahaan mikro dan PKS yang tidak dibenarkan beroperasi dalam tempoh PKP.
  • Peruntukan RM1 bilion bagi Skim Rehabilitasi Sewa Beli Bas dan Teksi.
  • Penerusan program MARA PRIHATIN Peace of Mind yang dibuka sehingga 31 Julai 2021.
  • Pelanjutan Program Subsidi Upah selama 1 bulan bagi semua sektor ekonomi yang terkesan dengan kos RM1.5 dengan had 500 pekerja bagi setiap permohonan, ditanggung oleh Kerajaan.
  • Pengecualian pembayaran levi selama satu bulan pada bulan Jun 2021 bagi majikan yang berdaftar dengan Pembangunan Sumber Manusia Berhad.
Baca Juga :  eGtukar : Permohonan dan Semakan Online

bpr pemerkasa plus 904x1024 - Senarai Bantuan Kerajaan PEMERKASA PLUS Untuk PKP 3.0

MENYOKONG KELANSUNGAN PERNIAGAAN

Melalui matlamat ketiga, berikut adalah inisiatif kerajaan bagi membantu kelansungan industri perniagaan di Malaysia:

  • Penambahan kadar Geran Khas Prihatin (GKP) kepada RM1,500.
  • Pembiayaan sebanyak RM1.5 bilion ringgit bagi pembiayaan mikro kredit oleh BSN, TEKUN, MARA, SME Corp. dan YAPEIM dengan kadar pembiayaan serendah 3%.
  • Penambahan fasiliti Kemudahan Bantuan dan Pemulihan Bersasar untuk PKS terjejas sebanyak RM2 bilion.
  • Bantuan Khas secara one-off sebanyak RM500 kepada 17 ribu pemandu pelancong, 40 ribu pemandu teksi, 11 ribu pemandu bas sekolah, 4 ribu bas persiaran dan 62 ribu pemandu kereta sewa dan e-hailing.
  • Lembaga Hasil Dalam Negeri akan mempertimbangkan rayuan pengenaan penalti dan menangguhkan pembayaran penalti ke tahun 2022.
  • Pelanjutan untuk penghantaran penyata kewangan, pelaksanaan mesyuarat tahunan bagi syarikat awam yang tersenarai di Bursa Malaysia dan moratorium denda bagi penghantaran lambat dokumen berkanun oleh SSM.
  • Pengecualian bayaran lewat untuk membaharui lesen perniagaan sehingga 31 Disember 2021 bagi PKS mikro serta perniagaan milikan tunggal dan perkongsian.
  • Menambah baik Akta Langkah Sementara bagi Mengurangkan Kesan Penyakit COVID-19 atau Akta 829.
  • Pemberian diskaun bil elektrik sebanyak 10% selama 3 bulan kepada pengendali hotel, agensi pengembaraan dan pelancongan, premis dan kompleks membeli belah, pusat-pusat konvensyen, taman tema dan pejabat syarikat penerbangan tempatan.
  • Potongan khas kepada pemilik bangunan dan ruang perniagaan yang menawarkan pengurangan sewa premis perniagaan kepada PKS dan bukan PKS untuk tempoh 6 bulan lagi sehingga 31 Disember 2021 bagi pengurangan sewa sekurang-kurangnya 30% daripada kadar sewa semasa.
  • Pelanjutan dan pengecualian duti setem Kempen Pemilikan Rumah (HOC) sehingga 31 Disember 2021.
  • Melanjutkan pengecualian cukai jualan ke atas kenderaan penumpang CKD dan CBU import hingga 31 Disember 2021.

gkp - Senarai Bantuan Kerajaan PEMERKASA PLUS Untuk PKP 3.0

Maklumat Lanjut Senarai Bantuan Kerajaan PEMERKASA PLUS

Sebarang pertanyaan lanjut mengenai senarai bantuan ini anda boleh terus rujuk pada Kementerian Kewangan di:

TERIMA KASIH