Pemberitahuan » Terkini » Tarikh Pembayaran GKP 2.0 RM3000 & Semakan Status Permohonan

Tarikh Pembayaran GKP 2.0 RM3000 & Semakan Status Permohonan

Tarikh Pembayaran GKP 2.0

Tarikh pembayaran Geran Khas Prihatin 2.0 kini semakin hampir! Pemilik PKS yang terlibat kini boleh menarik nafas lega dengan bantuan yang disalurkan kerajaan ini.

Bila tarikh pembayaran GKP 2.0 ini?

Teruskan bersama kami dengan artikel pada hari ini Tarikh Pembayaran GKP 2.0 RM3000 & Semakan Status Permohonan kami bawakan khas buat rujukan anda.

Jom baca!

TERKINI: Tarikh Pembayaran GKP 2.0 RM3000

Makluman yang diberikan mengatakan pembayaran akan dibuat bermula 25 November secara one-off sebanyak RM3,000.Pembayaran akan dibuat terus ke akaun yang telah didaftaran semasa proses permohonan dibuat.

Anda perlulah memastikan akaun bank yang didaftarkan semasa membuat permohonan masih aktif.

DOKUMEN SOKONGAN YANG DIPERLUKAN BAGI PERMOHONAN YANG TIDAK LULUS (MENGIKUT KOD)

KOD ALASAN SEBAB TIDAK LULUS DOKUMEN SOKONGAN YANG DIPERLUKAN
01 Pekerja melebihi 4 orang
  • Borang Pendaftaran Majikan PERKESO / Borang Pendaftaran Pekerja PERKESO / Borang 8A PERKESO / Borang Permohonan Pendaftaran Majikan KWSP / Borang A KWSP / dokumen sokongan yang berkaitan
03 Tiada pendapatan / perniagaan tidak aktif
  • Penyata kewangan tahun berakhir 2018 / 2019
05 Jualan melebihi RM300,000
  • Penyata kewangan tahun berakhir 2018 / 2019
04 VIP / Individu Berprofil Tinggi
  • Pengakuan pemohon
  • Dokumen sokongan berkaitan
07 Tidak berdaftar dengan SSM / LHDNM / PBT
  • Sijil pendaftaran perniagaan

Apa Itu Geran Khas Prihatin (GKP)?

Semenjak Wabak Covid-19 yang melanda negara disusuli dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sudah semestinya menjejaskan ekonomi masyarakat dan negara. Semua aktiviti dagangan terhenti dan tiada aliran tunai buat peniaga-peniaga.Bagi meringkan beban khususnya pemilik Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) mikro di Malaysia, kerajaan amat bertimbang rasa dan mengambil berat  keadaan golongan ini dengan menyediakan Geran Khas Prihatin (GPK).

Baca Juga :  Permohonan Rumah SJKP

Inisiatif Geran Khas Prihatin ini telah diumumkan oleh Perdana Menteri ketika pembentangan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN Tambahan) pada 6 April yang lalu. GKP yang akan dikawal selia oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) telah mensasarkan lebih 700 000 PKS mikro di seluruh Malaysia yang akan menikmati manfaat ini.

Dengan peruntukan kesuluruhan berjumlah RM2.1 bilion, Geran Khas Prihatin ini diharap dapat membantu meringankan beban kewangan perniagaan para pengusaha dalam industri PKS mikro yang terjejas akibat wabak COVID-19.

Semakan Status Permohonan GKP 2.0

Semakan Geran Khas Prihatin - Tarikh Pembayaran GKP 2.0 RM3000 & Semakan Status Permohonan

Pemohon yang telah membuat permohonan boleh menyemak keputusan permohonan GKP anda bermula pada minggu pertama Jun 2020.

Permohon yang diterima permohonannya akan menerima bayaran dijangka pada bulan Jun 2020.

Semakan status permohonan anda boleh dibuat melalui pautan yang kami sediakan di bawah:

Semakan Keputusan Geran Khas PRIHATIN 

NOTA:

Kaedah pembayaran geran adalah secara kredit ke akaun bank pemohon yang layak dan akaun bank anda mestilah aktif.

Maklumat Lanjut Geran Khas Prihatin 2.0

Jika anda mempunyai pertanyaan lanjut atau menghadapi sebarang masalah, sila hubungi:

Kongsikan artikel ini kepada rakan-rakan dan ahli keluarga anda yang lain.

Selamat maju jaya kami ucapkan.

TERIMA KASIH