Pemberitahuan » Informasi » Cara Claim Perkeso Pekerja Positif Covid Di Tempat Kerja

Cara Claim Perkeso Pekerja Positif Covid Di Tempat Kerja

Cara Claim Perkeso.

Seperti yang kita sedia maklum, Malaysia mula memasuki fasa peralihan endemik pada 1 April 2022.

Seiring dengan fasa ini permohonan permohonan tuntutan Covid-19 PERKESO khusus buat pekerja yang dijangkiti akan diproses sebagai Penyakit Khidmat.

Apa hak anda sebagai pekerja sekiranya anda dijangkiti Covid-19? Anda boleh claim faedah ini jika dijangkiti di tempat kerja.

Bagaimana?

Pemberitahuan membawakan anda entri Cara Claim Perkeso Pekerja Positif Covid Di Tempat Kerja.

Jom teruskan bersama kami.

Cara Claim Perkeso Untuk Pekerja Positif Covid-19

Untuk makluman anda, pekerja yang berdaftar dan mencarum dengan PERKESO yang disahkan mendapat jangkitan Covid-19 di tempat kerja ataupun berkaitan dengan pekerjaannya boleh membuat permohonan ‘Faedah Hilang Upaya Sementara’ yang disediakan di bawah ‘Skim Bencana Kerja’

FAEDAH PERKESO COVID-19

Pencarum PERKESO yang dijangkiti COVID-19 akibat / terbit dari aktiviti pekerjaan sebelum 1 April 2022, layak dilindungi di bawah Skim Bencana PKerja yang menyediakan faedah berikut :

  1. Faedah Perubatan
  2. Faedah Hilang Upaya Sementara
  3. Faedah Hilang Upaya Kekal
  4. Elaun Layanan Sentiasa
  5. Kemudahan Pemulihan
  6. Faedah Orang Tanggungan
  7. Faedah Pengurusan Mayat
  8. Faedah Pendidikan

Bagi pencarum PERKESO yang dijangkiti COVID-19 bukan berpunca dari pekerjaannya dan telah menyebabkan keuzuran yang berkekalan dan tidak berupaya bekerja semula termasuk kematian, perlindungan disediakan di bawah Skim Keilatan yang meliputi faedah berikut:

  1. Pencen Ilat
  2. Bantuan Ilat
  3. Elaun Layanan Sentiasa
  4. Kemudahan Pemulihan
  5. Pencen Penakat
  6. Faedah Pengurusan Mayat
  7. Faedah Pendidikan
Baca Juga :  Semakan JHEV Pesara ATM 2021: Dapatkan Penyata Pencen Online

perkeso covid 1024x1024 1 e1649912134770 - Cara Claim Perkeso Pekerja Positif Covid Di Tempat Kerja

JUMLAH BAYARAN CLAIM PERKESO COVID-19

  • Kadar harian Faedah Hilang Upaya Sementara adalah 80% daripada gaji harian purata anggapan pekerja.
  • Kadar minimum bayaran faedah adalah RM30.00 sehari dan maksimum RM105.33 sehari.

CARA CLAIM PERKESO COVID-19 SECARA ONLINE

Berikut kami kongsikan maklumat berkenaan proses untuk claim PERKESO Covid-19 secara atas talian:

  1. Majikan boleh mengemukakan tuntutan bagi pekerja yang dijangkiti Covid-19 melalu:
  2. Portal ini hanya digunakan oleh pihak majikan dalam menguruskan tuntutan pekerja tempatan (warganegara, penduduk tetap dan penduduk sementara)
  3. Majikan boleh mendapatkan borang tuntutan melalui link di bawah dan rujuk panduan mengisi borang:

CARA CLAIM PERKESO COVID-19 SECARA MANUAL

Tuntutan faedah PERKESO juga boleh dibuat secara manual dengan cara majikan mengemukan borang-borang di bawah dengan lengkap:

  1. Butiran Notis dan Tuntutan Faedah – Borang 34
  2. Salinan Kad Pengenalan Pekerja (depan & belakang)
  3. Sijil Cuti Sakit Asal / Borang 13 (Klinik Panel)
  4. Salinan Rekod Kedatangan / Kad Perakam Waktu bulan kemalangan (disahkan oleh majikan) atau Surat Pengesahan Majikan (yang mengesahkan orang berinsurans hadir bertugas pada hari kemalangan jika tidak mengamalkan rekod kedatangan / sistem kad perakam waktu)
  5. Laporan Polis (sekiranya melibatkan kemalangan jalanraya)
  6. Salinan muka hadapan buku akaun bank / penyata akaun simpanan pengesahan dijangkiti Covid-19 daripada KKM/ Salinan Aplikasi MySejahtera

Maklumat Lanjut Cara Claim Perkeso Pekerja Positif Covid

Sebarang makluman atau informasi yang lebih lanju anda boleh terus rujuk di laman web rasmi: