Pemberitahuan » Informasi » Lupa Kata Laluan Wifi: 3 Cara Dapatkan Semula Password Wifi

Lupa Kata Laluan Wifi: 3 Cara Dapatkan Semula Password Wifi

Lupa Kata Laluan Wifi.

Internet merupakan satu keperluan yang penting bagi setiap isi rumah atau dimana jua anda berada. Hal ini kerana pelbagai urusan melibatkan pembelian, pendidikan, pekerjaan menggunakan perkhidmatan atas talian atau online yang memerlukan akses kepada internet.

Admin pasti ramai isi rumah di Malaysia memasang Wifi untuk kegunaan keluarga. Sudah tentu kita juga menetapkan kata laluan pada wifi tersebut untuk melindungi ianya daripada menjadi kegunaan orang luar.

Tapi ada kalanya kita lupa password wifi, jadi macam mana nak dapatkan semula password wifi anda?

Pemberitahuan dengan artikel kami hari ini Lupa Kata Laluan Wifi: 3 Cara Dapatkan Semula Password Wifi menyediakan 3 tips mudah untuk anda menyemak semula kata laluan wifi anda.

Jom baca!

Lupa Kata Laluan Wifi: 3 Cara Dapatkan Semula Password Wifi

Berita baik untuk pengguna wifi yang terlupa password mereka, anda boleh mendapatkan semula kata laluan tersebut melalui 3 cara yang akan kami kongsikan di bawah.

Jom kita tengok satu-persatu:

CARA DAPATKAN SEMULA PASSWORD WIFI MELALUI WINDOWS

Apa itu ‘Windows’?

Untuk makluman anda, Windows adalah sejenis perisian (software) yang mengawal sesebuah sistem komputer.

Ia dikategorikan sebagai perisian sistem operasi (operating system software) kerana fungsinya mengawal mesin komputer.

Contoh sistem operasi Windows adalah Windows 7, Windows 8 & Windows 10.

Tanpa perisian sistem operasi seperti ‘Windows’ maka sistem komputer tidak dapat berfungsi.

NOTA:

  • Anda mesti mempunyai akses pentadbir kepada komputer untuk melihat maklumat ini
  • Cara ini hanya akan berfungsi jika laptop Windows anda sedang disambungkan ke rangkaian Wi-Fi.

Jadi untuk gadjet elektronik yang menggunakan sistem pengoperasian Windows, anda boleh mendapatkan semula password wifi anda dengan cara berikut:

  1. Jika anda ingin semak password yang disimpan pada Windows, anda perlu buka senarai rangkaian wayarles dalam Control Panel. Anda hanya perlu tekan ‘Windows Key + R’ dan taip ncpa.cpl ke dalam kotak carian kemudian tekan ‘Enter’
  2. Selepas itu, klik kanan rangkaian Wi-Fi yang disimpan, pilih ‘Status’ dan klik butang ‘Wireless Properties’
  3. Klik pada tab ‘Security’ dan tandakan pada kotak ‘Show characters’ untuk melihat kata laluan Wi-Fi yang disimpan.
Baca Juga :  Semakan Status GKP PERMAI & Kemaskini Akaun Gagal Kredit

connect to wifi without password - Lupa Kata Laluan Wifi: 3 Cara Dapatkan Semula Password Wifi

CARA DAPATKAN SEMULA PASSWORD WIFI MELALUI MAC

Bagi yang menggunakan gadjet elektronik MAC dengan sistem operasi iOS, cara untuk mendapatkan semula password Wifi anda adalah seperti berikut:

  1. Pengguna pelu membuka aplikasi ‘Keychain Access’
  2. Tekan ‘Command+Space’ kemudian taip ‘Keychain Access’ dan tekan ‘Enter’
  3. Selepas itu, pilih kategori ‘Kata Laluan’ dan cari nama rangkaian Wi-Fi iaitu ‘AirPort Network Password’
  4. Anda boleh klik kanan nama rangkaian, dan kemudian pilih pilihan ‘Copy Password to Clipboard’
  5. ATAU anda boleh mengklik kanan nama, pilih ‘Get Info’ dan tandakan pada  kotak ‘Show password’
    • NOTA;
      • Anda perlu memasukkan nama pengguna dan kata laluan Mac anda untuk melihat maklumat ini dan ia hanya akan berfungsi jika akaun anda ialah akaun pentadbir.

CARA DAPATKAN SEMULA PASSWORD WIFI: RESET ROUTER

Sekiranya anda telah menggunakan kedua-dua cara di atas tetapi masih tidak berjaya, cara ini merupakan kaedah terakhir yang boleh anda gunakan untuk mendapatkan semula password wifi.

Tapi suka admin ingatkan disini, dengan menetapkan semula router bermakna anda akan memutuskan sambungan setiap peranti yang telah anda sambungkan ke router.

Semua peranti yang disambungkan kepadanya perlu disambung semula. Oleh itu sebaik-baiknya anda cuba mencari jalan lain sebelum anda reset router sebagai langkah terakhir.

Dengan cara reset router anda kepada tetapan kilang tidak akan memberitahu anda kata laluan semasa, tetapi ia akan menukar kata laluan router kepada kata laluan asal yang didatangkan dari kilang yang dicetak di bahagian bawah atau belakang router.

Ikuti langkah-langkah di bawah:

  1. Cari butang ‘Reset’ router anda. Butang ini biasanya terletak di belakang router dan sangat kecil.
  2. Tekan dan tahan butang ‘Reset’. Lakukan sekurang-kurangnya 30 saat untuk memastikan router diset semula sepenuhnya.
  3. Cari maklumat log masuk asal router anda. Maklumat ini biasanya ditemui di bahagian router merangkumi maklumat berikut:
    • Nama rangkaian atau SSID
    • Kata Laluan

Selesai.

Semoga perkongsian ini datang mendatangkan manfaat untuk anda.

TERIMA KASIH