Bantuan Prihatin UiTM RM100

Bantuan Prihatin UiTM RM100: Borang Permohonan & Semakan

Bantuan Prihatin UiTM RM100.

Berita baik buat semua pelajar UiTM yang terpaksa pulang semula ke rumah selepas membuat pendaftaran di cawangan UiTM masing-masing! RM100 akan diberikan kepada anda untuk meringankan beban yang dihadapi.

Bagaimana?

Pemberitahuan hari ini dengan artikel Bantuan Prihatin UiTM RM100: Borang Permohonan & Semakan merangkumkan segala maklumat yang anda perlukan mengenai bantuan prihatin UiTM ini.

Jom baca!

Penangguhan Pendaftaran KPT 2020

Bantuan Prihatin UiTM RM100

Kenapa penangguhan pendaftaran KPT dilakukan?

KPT pada 2 Oktober yang lalu telah mengeluarkan kenyataan yang mencadangkan kepada semua IPT untuk menangguhkan pendaftaran secara fizikal/bersemuka.

Ini adalah untuk menjamin kesejahteraan dan keselamatan semua pihak serta menghalang penularan wabak COVID-19 di IPT seluruh negara.

Selain itu, KPT turut memaklumkan beberapa perkara yang lain antaranya:

  • Aktiviti pengajaran, Pengajaran dan Pembelajaran (PnP) pelajar dijalankan secara atas talian.
  • Pelajar yang telah berada di kampus dan sedang mengikuti aktiviti akademik boleh kekal berada di kampus.
  • Semua program atau aktiviti yang melibatkan himpunan di dalam kampus dibatalkan.
  • Pihak IPT akan membantu menguruskan kemasukan pelajar yang berada di dalam kampus

Apa Itu Bantuan UiTM Prihatin RM100?

Untuk makluman anda, Pihak Universiti Teknologi MARA (UiTM) dalam satu kenyataan telah memaklumkan bahawa insentif UiTM Prihatin berjumlah RM100 akan diberikan kepada para pelajar yang datang ke kampus untuk mendaftar tetapi terpaksa berpatah balik ke kampung susulan penangguhan yang telah dilaksanakan.

Menurut pihak UiTM, seramai 3,252 pelajar telah hadir untuk mendaftar secara fizikal bermula 1 Oktober hinga 3 Oktober yang lalu.

Baca Juga :  Jadual Waktu Imsak Dan Berbuka Puasa 2020 Versi PDF

Insentif UiTM Prihatin sebanyak RM100 bukan hanya diberikan kepada para pelajar yang telah berpatah balik ke kampung sahaja.

Tetapi ianya juga diberikan kepada para pelajar yang telah mendaftar dan tinggal di kolej-kolej kediaman dan di luar kolej kediaman UiTM Shah Alam dan kampus-kampus cawangan yang lain.

Selain itu menerusi insentif UiTM prihatin juga, pengecualian bayaran kolej pada bulan Oktober 2020 juga diberikan kepada para pelajar. Pengecualian bayaran kolej tersebut juga diberikan kepada pelajar yang tinggal di kolej-kolej kediaman dan di luar kolej kediaman UiTM Shah Alam dan kampus-kampus cawangan.

Dengan pemberian insentif ini, para pelajar boleh meneruskan pengajian dengan tenang dengan kebajikan dan keselamatan mereka terpelihara.

Bantuan Prihatin UiTM RM100: Borang Permohonan & Semakan

Bagaimana caranya untuk anda membuat permohonan Bantuan Prihatin UiTM ini?

Para pelajar UiTM yang terkesan dengan penangguhan pendaftaran pelajar dan ingin mendapatkan maklumat lebih lanjut tentang penerimaan bantuan RM100 ini boleh terus menghubungi Bilik Gerakan JOBSA di 03-5544 7893.

Maklumat Lanjut Bantuan Prihatin UiTM RM100

Sebarang maklumat lanjut para pelajar boleh terus layari Portal Rasmi Universiti Teknologi Mara (UiTM)

Semoga artikel ini dapat membantu meringankan beban para pelajar UiTM yang memerlukan. Kongsikan artikel ini dengan rakan-rakan dan ahli keluarga anda yang lain.

TERIMA KASIH


Semakan Permohonan