Pendaftaran Prasekolah KPM 2021: e-Prasekolah Online

Posted on

Pendaftaran Prasekolah KPM 2021: e-Prasekolah Online?

Bagaimana? Apa proses dan syarat-syarat yang perlu dipenuhi?

Sukacita kami maklumkan menerusi laman rasmi portal KPM, permohonan prasekolah KPM untuk sesi persekolahan tahun 2021 akan dibuka.

‘Susah tak nak daftar? Daftar manual ke online?

Haaa, kalau anda nak tahu teruskan bersama kami dengan entri hari ini Pendaftaran Prasekolah KPM 2021: e-Prasekolah Online kami sediakan sebagai panduan khas untuk ibu-bapa di luar sana.

Anda masih berminat?

Jom baca!

Pendaftaran Prasekolah KPM 2021: e-Prasekolah Online

Berikut kami kongsikan kaedah permohonan, syarat-syarat permohonan serta tarikh-tarikh penting buat rujukan anda:

Kaedah Permohonan Pra Sekolah KPM 

Sistem e-Prasekolah online yang dibangunkan oleh KPM ini bertujuan untuk memudahkan ibubapa atau penjaga dalam proses mendaftarkan kemasukan pra sekolah anak-anak mereka dimana sekaligus dapat menjimatkan masa dan tenaga.

Terdapat 2 kaedah yang boleh anda gunakan untuk membuat permohonan prasekolah tahun 2021 ini, iaitu secara dalam talian (online) atau pengisian borang secara manual melalui sekolah yang ingin anda mohon.

Permohonan Secara Online 

Tarikh permohonan Prasekolah KPM 2021:

  • Pemohonan Secara Online: 1 Mac – 30 April 2020
  • Permohonan Secara Manual: 1 Mac – 31 Mei 2020

Sistem aplikasi modul e-prasekolah boleh diakses melalui pautan yang kami sediakan dibawah:

  • E-Prasekolah Kementerian Pendidikan Malaysia
  • Penguna baru (Pertama Kali) menggunakan sistem online e-prasekolah ini perlu mendaftar terlebih dahulu (Daftar Pengguna) untuk mendapatkan akses ke borang permohonan online.
  • Hanya ibu-bapa atau penjaga sahaja yang dibenarkan untuk membuat pendaftaran

Untuk mendapatkan manual penggunaan tentang sistem online ini, sila ke laman yang disediakan di bawah:

Panduan permohonan murid ke Prasekolah KPM secara online:

Pendaftaran Prasekolah KPM 2021: e-Prasekolah Online

Huraian status permohonan yang anda akan terima kemudian adalah seperti berikut:

  • Menunggu Pengesahan: Cetakan borang permohonan dan salinan dokumen belum dihantar dan diterima oleh pihak prasekolah.
  • Disahkan: Borang permohonan telah diterima dan salinan dokumen telah disahkan oleh pihak prasekolah.
  • Berjaya: Permohonan telah berjaya dan ditawarkan tempat di prasekolah yang dimohon.
  • Tidak Berjaya: Permohonan tidak berjaya dan boleh membuat rayuan.

Proses Permohonan Secara Manual 

Ibubapa atau penjaga boleh mengambil borang permohonan disekolah/institusi yang ingin dimohon. Borang permohonan yang lengkap diisi berserta dokumen-dokumen yang berkaitan hendaklah dihantar ke sekolah yang dimohon.

Langkah-langkah permohonan:

  1. Ambil borang permohonan di sekolah yang ingin dipohon
  2. Lengkapkan borang permohonan
  3. Sediakan dokumen yang diperlukan
  4. Hantar borang permohonan beserta dokumen berkaitan ke sekolah dipohon selewat-lewatnya 31 Mei
  5. Semak keputusan permohonan melalui sekolah yang dipohon

Proses Permohonan Untuk Murid Prasekolah Pendidikan Khas

  1. Mestilah disertakan dengan borang pengesahan daripada pengamal perubatan, ahli optic, ahli audiologi, atau ahli psikologi mengikut mana-mana yang berkenaan samada dalam perkhidmatan kerajaan atau bukan kerajaan.
  2. Surat penempatan oleh JPN/PPW/PPD
  3. Pengesahan dan pendaftaran

Syarat Kelayakan Permohonan ke Prasekolah

  1. Kanak-kanak warganegara Malaysia sahaja
  2. Kanak-kanak yang lahir pada 2 Januari 2014 hingga 15 Januari 2017 sahaja yang layak untuk memohon.

NOTA:

Pemilihan Murid

  • Pemilihan murid dilaksanakan oleh Jawatankuasa Pemilihan Murid Prasekolah dan sebarang keputusan yang dilakukan adalah muktamad.

Jumlah Pemilihan Sekolah

  • Pemohon hanya boleh memohon satu pilihan sekolah sahaja

Semakan Keputusan Prasekolah KPM 2021

Semakan Keputusan Prasekolah 2021 Online:

Semakan Secara Manual Melalui Sekolah yang Dimohon:

  • Keputusan tawaran boleh disemak melalui sekolah yang dimohon pada 5 Ogos 2020

Rayuan Permohonan Prasekolah 2021

  • Bagi permohonan yang tidak berjaya, ibu bapa/penjaga boleh membuat rayuan semula melalui portal rasmi ePrasekolah dalam tempoh 2 minggu selepas keputusan diumumkan.
  • Bagi ibu bapa/penjaga yang mengemukakan permohonan secara manual, rayuan boleh dikemukakan sama ada di sekolah yang dimohon atau Pejabat Pendidikan Daerah(PPD)/Pejabat Pendidikan Wilayah(PPW) atau Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi negeri yang tiada PPD/PPW.

Semakan Rayuan Prasekolah 2021

  • Keputusan rayuan boleh disemak melalui laman sesawang https://eprasekolah.moe.gov.my mulai 10 September 2020 (tertakluk kepada pindaan).
  • Bagi rayuan secara manual, semakan keputusan boleh dibuat di tempat rayuan dihantar. Ibu bapa/penjaga juga akan dimaklumkan oleh pihak sekolah yang berkenaan bagi rayuan yang berjaya.

Maklumat Lanjut

Sekiranya anda perlukan bantuan ketika proses permohonan, sila hubungi pegawai bertugas di talian:

  • Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (Sektor Pengurusan Prasekolah)
  • Jabatan Pendidikan Negeri (Unit Pendidikan Awal Kanak-kanak dan Prasekolah)
  • Pejabat Pendidikan Daerah / Pejabat Pendidikan Wilayah (Pegawai Prasekolah)

Atau anda juga boleh mengemukakan sebarang pertanyaan melalui emel di alamat [email protected]

Soalan Lazim

Apakah syarat kelayakan memohon prasekolah KPM?

Kanak-kanak Warganegara Malaysia sahaja.

Berapakah Had Umur untuk Memohon?

Kanak-kanak yang mencapai umur empat tahun pada 1 Januari tahun persekolahan semasa (Bagi kohort 3+ kanak-kanak yang lahir pada 2 hingga 15 Januari juga dibenarkan untuk memohon).

Bagaimanakah Kaedah Pemilihan Murid?

Pemilihan murid adalah berdasarkan merit.

Bagaimanakah cara memohon prasekolah KPM?

Sila layari web KPM untuk maklumat lanjut

Kesimpulan Pendaftaran Prasekolah KPM 2021: e-Prasekolah Online

Kami berharap perkongsian kami pada hari dapat memudahkan urusan anda sebagai ibubapa untuk membuat pendaftaran anak-anak anda ke prasekolah KPM 2021.

Kongsikan artikel ini dengan ahli keluarga yang lain dan rakan-rakan yang lain.

Selamat maju jaya kami ucapkan!