Kenaikan Gaji Penjawat Awam Mulai 1 Julai 2018

Posted on

Kenaikan Gaji Baru Tahunan Bagi Kakitangan Awam dan Kenaikan Pencen Penjawat Awam. Satu berita baik telah diumumkan untuk semua kakitangan awam dan pesara kerajaan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Beliau telah memaklumkan bawah akan berlaku kenaikan satu gaji tahunan untuk semua penjawat awam yang seramai 1.6 juta orang bermula pada 1 Julai 2018 nanti. Beliau yang berucap pada Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam Ke-16 (MAPPAXVI) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (4 April 2018), telah membuat pengumuman kenaikan gaji awam ini pada majlis berkenaan.

Pada setiap tahun, MAPPA akan dianjurkan dan Perdana Menteri Malaysia akan memberikan amanat dan ucapakan kepada anggota perkhidmatan awam yang berkhidmat dalam pelbagai perkhidmatan di peringkat berikut, persekutuan, negeri dan kerajaan tempatan. Tidak lupa juga kepada anggota yang berkhidmat di syarikat berkaitan kerjaan (GLC).

Intipati Amanat PM Pada MAPPA Kali Ke 16

Ini adalah ringkasan ataupun intipati bagi amanat yang telah diberikan oleh Perdana Menteri pada Majis MAPPA bagi tahun ini, 2018. Bagi menghargai jasa dan pengorbanan semua penjawat awam yang diistilahkan sebagai “kawan setia kerajaan”, beliau telah bersetuju untuk memberikan kenaikan gaji pada tahun ini.

  • “Penjawat awam akan menikmati tambahan satu lagi kenaikan gaji tahunan, selain pergerakan gaji tahun tahunan yang diterima untuk tahun ini, tahun 2018”

Kenaikan Gaji Bagi Penjawat Awam Dan Pelbagai Manfaat Lain Buat Kakitangan Awam

Di bawah ini adalah 9 intipati yang diperoleh dari majlis MAPPA yang memberikan banyak manfaat dan menguntungkan kakitangan awam.

  1. Tempoh Time Based Service dipendek untuk semua Kumpulan Pelaksana. Asalnya 13 tahun namun telah diturunkan kepada 10 tahun bagi urusan kenaikan pangkat
  2. Satu gred baru ditubuhkan, Gred DG56 bagi membolehkan pemegang Gred DG54 menikmati pergerakan tangga gaji dan kenaikan pangkat.
  3. Sebanyak 42, 800 pegawai lantikan kontrak menikmati kemudahan perubatan untuk ibu bapa mereka
  4. Sekurang-kurangnya RM3 juta setahun diperuntukan sebagai sumbangan dana tahunan ke CEUPACS
  5. Bagi umat Islam, mereka akan menikmati kemudahan cuti tanpa rekod selama 7 hari bagi tujuan umrah. Manakala kepada bukan beragama Islam pulan, mereka juga diberikan kemudahan cuti yang sama tujuan keagamaan masing-masing sepanjang perkhidmatan
  6. Sebanyak RM24 billion faedah persaraan bagi tahun ini, 2018. Mulai bulan Julai 2018, berlaku kenaikan kadar pencen sebanyak 1% (one-off) bagi semua pesara sektor awam
  7. Bagi setiap badan pesara kerajaan, akan diberikan geran khas sebanyak RM1 juta.
  8. Bagi kebajikan para pesara kerajaa, meraka akan menikmati tambahan quota haji. Ini bergantung kepada peruntukan dari kerjaan Arab Saudi kepada Malaysia.
  9. Berlaku kenaikan tangga gaji bagi semua penjawat awam. Kenaikan gaji sebanyak 1 tangga gaji bermula bulan Julai 2018 ini. Implikasi kewangan sebanyak RM1.6 billion bagi tujuan ini.
Popular  Semakan BR1M 2018 Status Permohonan Dan Rayuan

Semoga dengan kenaikan gaji kakitangan para penjawat awam yang bakal dinikmati tidak lama lagi, iaitu pada 1 Julai 2018 ini berserta dengan pelbagai faedah-faedah lain yang telah diumumkan ini bakal membakar semangat penjawat awam. Mudah-mudahan mereka dapat meningkatkan lagi mutu dalam perkhidmat mereka di sektor awam agar lebih sistematik, berkualiti dan cekap. Kepada para pesara awam pula, gunakan kelebihan yang dinikmati ini sebaiknya dan juga lupa untuk menyimpan untuk kecemasan.

Komen anda

Komen