Pendaftaran Murid Tahun 1 Sesi 2022-2023 Secara Online

Pendaftaran Murid Tahun 1 Sesi 2022-2023 Secara Online

Pendaftaran Murid Tahun 1.

Buat Ibu bapa yang berminat, Pendaftaran Murid Tahun 1 sesi 2022 telah dibuka secara online mulai 1 Mac 2021.

Anda boleh membuat pendaftaran murid tahun 1 dan juag pemilihan sekolah ini secara online sahaja.

Bagaimana?

Artikel kami hari ini khas untuk panduan ibu bapa yang berminat Pendaftaran Murid Tahun 1 Sesi 2022-2023 Secara Online memudahkan anda untuk membuat proses pendaftaran ini.

Bagaimana?

Jom baca artikel kami!

Pendaftaran Murid Tahun 1 Sesi 2022-2023 Secara Online

TARIKH PENDAFTARAN

  • Tarikh Mula : 1 Mac 2021
  • Tarikh Tutup : 30 April 2021
  • Tarikh Rayuan : 1 Ogos – 31 Ogos 2021
  • Keputusan Rayuan : 1 Oktober 2021

SYARAT PENDAFTARAN TAHUN 1 SESI 2022

Syarat-syarat pendaftaran yang perlu dipenuhi adalah seperti berikut:

  • Murid Tahun 1 Sesi 2022 : Lahir pada 2 Januari 2015 hingga 1 Januari 2016
  • Murid Tahun 1 Sesi 2023 : Lahir pada 2 Januari 2016 hingga 1 Januari 2017

CARA PENDAFTARAN MURID TAHUN 1 SESI 2022 ONLINE

Sekirannya anak anda memenuhi syarat pendaftaran di atas, anda boleh terus membuat pendaftaran secara online seperti berikut:

  1. Pemohon  perlu layari: PORTAL RASMI SPATKPM
  2. Klik pada bahagian ‘Pengguna Baru’ kemudian klik pada ‘Daftar Pengguna’
  3. Klik ‘Daftar’ dan isikan maklumat yang diperlukan untuk mendaftar
  4. Setelah berjaya daftar masuk, teruskan permohonan dan klik pada ‘Tahun 1′ untuk pendaftaran tahun 1 sesi 2022.
  5. Klik lagi pada ‘Permohonan Baharu’ dan masukkan nombor MyKid sebagai ID pengenalan murid untuk mendaftar
  6. Lengkapkan maklumat berikut dengan lengkap dan betul:
    • Maklumat murid
    • Maklumat kesihatan
    • Maklumat penjaga
  7. Setelah selesai, klik pada ‘Simpan dan Seterusnya’
  8. Untuk membuat pengemaskinian sebelum membuat perakuan, pergi ke Semak Permohonan.
  9. Setelah selesai membuat kemaskini maklumat-maklumat berkaitan, pergi ke menu Perakuan
  10. Semak setiap maklumat sehingga diyakini tepat pada menu Perakuan dan klik Peraku Benar Dan Hantar di bahagian paling bawah menu.
  11. Status permohonan murid akan dipaparkan.
  12. Pengguna boleh mencetak surat permohonan sekolah dan surat persetujuan kesihatan untuk tujuan rujukan.
Baca Juga :  Permohonan ABM 2020 Online

DOKUMEN SOKONGAN YANG DIPERLUKAN

Berikut adalah dokumen-dokumen sokongan yang perlu di hantar sekali dengan borang permohonan:

  1. Buku Rekod Kesihatan murid (tarikh imunisasi/suntikan)
  2. Sijil Lahir murid
  3. Borang permohonan Tahun 1 (yang dicetak selepas mengisi maklumat secara online)
  4. Kad pengenalan ibu bapa / penjaga murid
  5. Sijil nikah/Sijil Daftar Kahwin
  6. Sijil Cerai dan sijil hak jagaan anak (jika berkenaan)
  7. Bil Utiliti : SYABAS/TNB/ASTRO/TELEFON (Sebagai bukti alamat tempat tinggal)

Maklumat Lanjut

Pendaftaran Tahun 1 Sesi 2022

Jika anda mempunyai sebarang kekeliruan ataupun pertanyaan berkenaan dengan penempatan Tahun 1 di sekolah yang diinginkan, anda boleh menghubungi nombor telefon dan e-mel mengikut negeri pendaftaran anak atau jagaan masing-masing.

Sila rujuk MAKLUMAT PEGAWAI E-DAFTAR RENDAH.

Semoga artikel ini dapat memberikan manfaat dan membantu ibu-bapa yang ingin mendaftarkan anak-anak mereka ke tahun 1 sesi 2022.

Kongsikan artikel ini kepada rakan-rakan dan juga ahli keluarga anda yang lain.

Selamat maju jaya kami ucapkan.

TERIMA KASIH


Semakan Permohonan