DH41, SPP, mySPP

Pengambilan MySPP Online Anggota Perkhidmatan Pendidikan

Posted on

DH41, SPP, mySPP

MySPP, Mulai tarikh 15 Julai 2020, semua permohonan jawatan Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) akan menggunakan Sistem Pengambilan Anggota Perkhidmatan Pendidikan iaitu Portal mySPP di www.spp.gov.my/

Pemohon sedia ada dan bakal pemohon digalakkan menggunakan mySPP untuk memohon jawatan SPP ini. Permohonan jawatan SPP melalui Portal JobsMalaysia masih boleh diteruskan dan sah sehingga 31 Julai 2020 ini.

Pautan Pantas

Cara Daftar mySPP

Untuk memohon dan mendaftar mySPP, sila ikuti langkah-langkah seperti berikut:

1.Pergi Ke Laman Web Rasmi

Klik laman web rasmi mySPP menerusi pautan di bawah ini:

https://myspp.spp.gov.my/myspp/login.jsp

SPP, mySPP malaysia

2.Daftar Akaun Baharu MySPP

Klik pada ‘Daftar Akaun Baharu’

3. Isi Maklumat

SPP, mySPP malaysia

Pastikan semua yang bertanda * diisi dengan betul. Nombor kad pengenalan dan nama penuh mestilah sama seperti di dalam Kad Pengenalan.

Selepas semua medan diisi, klik butang ‘Daftar’.

4. Log Masuk MySPP

Anda boleh terus log masuk ke Portal mySPP menggunakan MyID dan kata laluan yang didaftarkan.

Cara Isi Borang & Membuat Permohonan Jawatan Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran Online

Pemohon yang berjaya Log Masuk boleh mengisi borang mySPP. Oleh itu, pemohon dinasihatkan untuk membaca dahulu Maklumat Jawatan di Portal SPP sebelum meneruskan proses permohonan. Ini bertujuan supaya pemohon tidak memohon jawatan yang tidak berkaitan dengan kelayakan yang dimiliki.

Sila rujuk pada Maklumat Jawatan berkenaan gaji/syarat kelantikan/deskripsi tugas sebelum mendaftar.

Langkah-langkah Mengisi Borang SPP Online adalah seperti di bawah:

  1. Log Masuk Portal mySPP.

  2. Klik pada pautan MAKLUMAT PEMOHON dan isikan semua maklumat yang ditandakan dengan bintang berwarna merah (*).

  3. Klik pada pautan MAKLUMAT AKADEMIK dan isikan maklumat dengan betul.

  4. Isikan Maklumat ‘Pegawai Sedang Berkhidmat’ sekiranya berkaitan dengan pemohon.

  5. Klik pada pautan Maklumat Tambahan dan isi butiran lengkap.

  6. Klik pada menu JAWATAN DIMOHON, sub-menu “Jawatan SPP” dan sub-menu “Jawatan PDRM/LAIN”.

  7. Calon hanya boleh memohon maksimum 3 jawatan SPP sahaja. Jadi, pilih jawatan pada ruang Jawatan Yang Layak Dipohon dan tekan butang >> bagi memasukkan jawatan tersebut ke ruang ‘Jawatan Yang Dipohon’.

    SPP, mySPP malaysia

  8. Pilih Pusat Temuduga/Ujian Khas yang Dipilih daripada senarai yang diberikan.

  9. Sekiranya pemohon telah berpuas hati dengan maklumat-maklumat yang diisi, sila klik pada butang HANTAR.

  10. Slip Akuan Pendaftaran akan dipaparkan dan ia boleh dicetak sebagai rujukan.

    SPP, mySPP malaysia

Cara Membuat Semakan Status Permohonan MySPP

Pemohon yang telah berdaftar boleh menyemak status permohonan menggunakan pautan “Semakan Permohonan” di pautan di bawah:

https://semakan.spp.gov.my/SemakanPermohonan/semak_papar.php

Pemohon boleh semak status permohonan selepas menekan butang HANTAR dalam pengakuan pemohon. Skrin ini akan memaparkan senarai jawatan dipohon, tarikh daftar dan tarikh luput permohonan (1 tahun).

Sekiranya paparan “Tiada Urusan Pengambilan Mulai Tarikh Pendaftaran Permohonan Jawatan” bermakna tiada urusan pengambilan jawatan tersebut dari tarikh daftar.

Jika paparan “Tidak Melepasi Syarat-syarat Semasa yanag Ditetapkan oleh Suruhanjaya” bermakna pemohon tidak melepasi tapaisan yang disyaratkan oleh SPP iaitu kriteria atau syarat yang telah ditetapkan oleh Jabatan/Kementerian.

SPP menetapkan hanya calon-calon terbaik dalam kalangan pemohon sahaja yang akan dipanggil untuk menghadiri sesi temuduga bagi mengisi kekosongan jawatan berkenaan.

Soalan Lazim MySPP

1.Apakah jawatan yang boleh saya pohon di Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran?

  • Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG29 dan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 untuk berkhidmat di sekolah-sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
  • Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi (PPPT) Gred DH29 dan PPPT Gred DH41 untuk berkhidmat di Politeknik dan Kolej Komuniti di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
  • Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) untuk berkhidmat di mana-mana agensi di bawah KPM iaitu jawatan berikut:
    • Pembantu Tadbir (Perkeranian dan Operasi) Gred N19
    • Penyelia Asrama Gred N19
    • Pembantu Pengurusan Murid Gred N19
    • Pegawai Khidmat Pelanggan Gred N19
    • Pembantu Makmal Gred C19
    • Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W19
    • Pembantu Operasi Gred N11
    • Pemandu Kenderaan Gred H11

2.Bilakah dan bagaimanakah saya boleh memohon jawatan tersebut?

Semua permohonan jawatan di bawah SPP boleh dilakukan sepanjang tahun. permohonan boleh dikemukakan melalui sistem mySPP di https://myspp.spp.gov.my

3.Bilakah iklan jawatan kosong SPP akan disiarkan atau diiklankan?

SPP tidak mengiklankan kekosongan jawatan di media massa mahupun di sidang akhbar. SPP hanya menyiarkan iklan sepanjang masa di portal rasmi mySPP sahaja.

Walau bagaimanapun, penerbitan iklan juga boleh dilakukan oleh SPP pada bila-bila masa mengikut kesesuaian berdasarkan keperluan urusan pengambilan jawatan tertentu.

4.Berapa lama masa yang diambil untuk dipanggil bagi sesi temuduga selepas proses pendaftaran di JobsMalaysia?

Tiada tempoh yang ditetapkan bagi proses tersebut kerana selepas selesai proses pendaftaran, semua data permohonan akan disimpan di dalam Bank Data SPP.

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan mengenai pendaftaran, permohonan jawatan SPP atau status semakan anda di portal mySPP, sila hubungi Talian Hotline mySPP di 03-88934019/4020/4021/4022.


Semakan Permohonan