Permohonan KISS Kasih Ibu Smart Selangor Online

Posted on

Borang Pendaftaran Permohonan KISS Kasih Ibu (Terkini). Anda pernah mendengar mengenai program KISS yang dilaksanakan oleh kerajaan Negeri Selongor? Kalau belum, penulis ingin memperkenalkan program ini kepada anda. Program KISS ataupun nama penuhnya Program bantuan Kasih Ibu Smar Selongor telah dijalankan bagi memberikan penghargaan kepada pengorbanan besar yang telah dibuat oleh para ibu. Di dalam artikel ini akan dikongsikan cara bagaimana untuk membuat permohonan KISS melalui cara mengisi borang pendaftaran secara online dan juga secara manual.

Program ini khas untuk para kaum ibu yang terdiri daripada golongan Kumpuluan B40, yang mana mempunyai pendapat rendah dalam sebulan. Ini adalah sebuah program kebajikan yang dijalankan oleh kerajaan Negeri Selangor khas untuk rakyat negeri Selangor. Kenapa program in lancarkan? Tujuan utamanya ialah untuk mengurangkan bebas kos sara hidup yang dihadapi oleh kaum ibu ini. Mereka yang terlibat dalam program ini akan menerima bantuan kewangan khusus untuk pembelian barangan keperluan asas di mana-mana kedai dan pasaraya yang berdaftar. Apa yang menariknya ialah, mereka boleh membeli di kedai dan pasaraya tersebut secara tanpa tunai (cashless).

Kaedah dan Cara Bagi Permohonan KISS Kasih Ibu Smart Selangor 2018 (Online Dan Juga Manual)

Buat wanita yang bergelar kaum ibu di Negeri Selangor, ini ada satu berita baik untuk anda. Setelah selesai pembentangan Bajet 2018 bagi negeri Selangor, kerajaan negeri telah memberikan satu inisiatif baru bagi membantu golonga ibu yang mempunyai pendapatan keluarga RM2,000 dan ke bawah. Melalui program KISS, bantuan sebanyak RM200 sebulan atau kalau dikira setahun, RM2,400 akan diberikan kepada mereka yang layak.

Terdapat lebih kurang 30,000 sasaran kaum ibu yang berada di Selangor yang bakal menerima manfaat daripada Kad Kiss ini. Mereka dapat membeli bekalan makanan asasi seperti:

  • Beras
  • Minyak masak
  • Tepung
Popular  Pertandingan Mencipta Logo APEC Malaysia 2020

Untuk makluman para pembaca, sebanyak 1.7 peratus isi rumah yang menetap di Selongor (menurut statistik Jabatan Perangkaan Malaysia) mempunyai isi pendapat di bawah RM1,999 sebulan. Ini bersamaan dengan 108, 800 isi rumah di Selongor

Permohonan KISS Selangor Secara Online/ Manual 2018

Bermula suku tahun pertama 2018 (Januari – April), kerajaan Negeri Selangor sangat komited dalam menggerakan Program Kasih Ibu SMART Selangor. Bagi anda yang pertama kali mengetahui mengenai program ini, di bawah ini dikongsikan cara untuk membuat permohonan / mendaftar bagi program Kasih Ibu SMART Selangor (KISS).

A. Borang Pendaftaran KISS Online (Belum Diperkenalkan)

Untuk makluman anda buat masa sekarang belum ada lagi aplikasi / sistem yang membolehkan para pemohon membuat permohonan secara dalam talian. Semua permohonan perlu dibuat secara manual sehinggalah applikasi / sistem KISS secara online diperkenalkan.

Permohonan secara atas talian/ online KISS masih belum di buka lagi. Pemohonan boleh membuat pendaftaran secara manual sehingga applikasi online KISS diperkenalkan

B. Borang Manual : Permohonan KISS 2018

Untuk makluman para pembaca, sejak dari tahun lepas lagi, 13 Disember 2018, pendaftaran melalui borang manual telah diperkenalkan dan dibuka. Untuk mendapatkan borang pendaftaran KISS, anda bolehlah memuat turun borang tersebut dari laman web www.kiss.com.my atau boleh mendapatkan secara terus di lokasi berikut:

  1. Pusat Wanita Berdaya
  2. Pejabat Ketua-Ketua Kampung Tradisi, Kampung Baru, Kampung Bagan, Ketua Komuniti India, Pejabat Ahli Majlis
  3. Pejabat Ahli Dewan Negeri / Penyelaras Dewan Negeri
  4. Pejabat Ahli Parlimen / Penyelaras Parlimen

Syarat-syarat Penuh Kelayakan Bagi Permohonan KISS Selangor

Bagi anda yang ingin membuat permohonan KISS, di bawah ini penulis kogsikan panduan bagi yang ingin membuat permohonan.

  1. Merupakan warganegara Malaysia (memilik MyKad); dan
  2. Dilahirkan di negeri Selangor atau telah bermastautin di negeri Selangor lebih daripada 10 tahun atau merupakan pemilih yang telah berdaftar di Negeri Selangor; dan
  3. Wanita yang telah berkeluarga (tidak kira samada sudah berkahwin atau merupaka ibu tunggal) yang ada anak/ tanggungan yang mana usia mereka di bawah 21 tahun; dan
  4. Merupakan keluarga yang mempunyai pendapatan isi rumah di bawah RM 2,000 sebulan.
Popular  1.5 juta dekoder percuma seluruh negara dari MYTV

Komen anda

Komen