Program Insentif Generasi Muda RM300 Belia Selangor (2020)

Program Insentif Generasi Muda RM300 Belia Selangor (2020)

Posted on

Bagaimana cara untuk membuat permohonan Insentif Generasi Mudah (iGems) bagi tahun 2020? Siapa yang layak menerima insentif ini?

Banyaknya persoalan, tapi mana nak cari jawapan?

Ya, kami  boleh menyelesaikan segala persoalan anda di atas kerana artikel kami kali ini kami bawakan khas untuk anda Program Insentif Generasi Muda RM300 Belia Selangor (2020). Segala maklumat yang anda perlukan ada di dalam artikel ini.

Apa tunggu lagi?

Insentif Generasi Mudah (iGems) RM300

Berita baik buat pasangan yang baru bernikah di Selangor, anda boleh menikmati insentif sebanyak RM300 melalui program Insentif Generasi Muda atau iGems.

Permohonan boleh dibuat secara online bermula 18 November 2019 sehingga tarikh tutup 31 Jun 2020.

Program ini adalah anjuran bersama kerajaan Negeri Selangor dan Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS).

iGems merupakan kesinambungan daripada program Perkahwinan Belia Selangor yang menyediakan bantuan RM500 kepada pasangan baru berkahwin di Selangor.

Melalui iGems, generasi muda dapat menikmati insentif RM300 di samping kos menghadiri kursus perkahwinan ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan negeri.

Program ini telah diumumkan oleh Y.B. Tuan Mohd Khairuddin bin Othman, merangkap Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Generasi Muda & Sukan dan Pembangunan Modal Insan pada 13 November 2019.

Program Insentif Generasi Muda RM300 Belia Selangor (2020)

Program Insentif Generasi Muda RM300 Belia Selangor (2020)

Berikut adalah syarat pendaftaran, cara memohon dan maklumat-maklumat penting mengenai insentif ini:

Berikut syarat-syarat permohonan iGems seperti yang tertera di portal rasmi http://igems.yawas.my/admin/online.php

SYARAT PENDAFTARAN iGems (Syarat berdasarkan individu)

  • Pemohon hendaklah berdaftar secara atas talian (online) sahaja
  • Warganegara Malaysia
  • Kelahiran Selangor atau bukan kelahiran Selangor
  • Bermastautin di Selangor sekurang-kurangnya 10 tahun (Alamat MyKad mesti Selangor)
  • Pengundi berdaftar di Selangor sewaktu permohonan dibuat
  • Telah berkahwin 6 bulan ke bawah sewaktu permohonan dibuat
  • Perkahwinan kali pertama sewaktu permohonan dibuat
  • Berumur 40 tahun dan ke bawah sewaktu permohonan dibuat

SYARAT KELAYAKAN PENERIMA INSENTIF RM300

SYARAT LAYAK PROGRAM iGems

  1. Suami ATAU / DAN isteri mesti memenuhi Syarat Pendaftaran iGems seperti yang tertera di atas.
  2. WAJIB hadir kursus secara berpasangan (suami dan isteri).
  3. Hadir dan tamat modul kursus yang dilaksanakan.
Baca Juga :  Coronavirus: China guna ubat rawat virus HIV

SILA BERI PERHATIAN SEBELUM ANDA MEMOHON

  • Sila pastikan maklumat yang diisi adalah betul dan lengkap
  • Sila pastikan anda faham syarat-syarat yang ditetapkan.
  • Sila pastikan anda telah bersetuju bersama pasangan untuk memilih tarikh dan tempat pilihan program yang akan dihadiri.
  • Jika anda dan pasangan tidak hadir pada hari kursus yang dipilih, anda tidak layak menikmati insentif RM300.
  • Setelah pendaftaran dibuat, sila hantar dokumen sokongan dengan lengkap dan segera ke emel [email protected] (hantar dokumen LENGKAP dalam masa 14 hari selepas tarikh daftar). Antara dokumen yang perlu dihantar termasuklah:                                                                                                             -Satu salinan MyKad pemohon dan pasangan
    -Satu salinan Sijil Perakuan Nikah
    -Satu salinan Sijil Daftar Perkahwinan
    -Surat Pengesahan Mastautin bagi pemohon bukan kelahiran negeri Selangor
  • Jika YAWAS tidak terima dalam tempoh tersebut permohonan anda akan digagalkan. Sebarang rayuan tidak akan diterima.
  • YAWAS akan menghantar jemputan dan memaklumkan tempat kursus melalui surat jemputan yang akan dihantar menerusi emel anda.

Berikut adalah jadual tarikh dan tempat yang akan diadakan kursus. Jadual ini akan dikeluarkan secara berkala.

Sila rujuk tarikh buka pendaftaran untuk mendaftar dan pilih daerah yang berdekatan dalam kawasan anda.

Program Insentif Generasi Muda RM300 Belia Selangor (2020)

Pengesahan bermastautin ini hanya boleh disahkan oleh:

  1. Ahli Parlimen Negeri Selangor
  2. ADUN
  3. Penyelaras DUN Selangor
  4. Ketua Kampung
  5. Nazir Masjid
  6. Pengerusi Taman Perumahan

Sebarang pertanyaan boleh hubungi maklumat berikut:

Aras 5, Kompleks Belia & Kebudayaan Negeri Selangor,
Lot 4, Jalan Platinum,
7/52, Persiaran Kayangan,
Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor

Atau boleh juga hubungi nombor 03-5481 8800.

KESIMPULAN

Pemberitahuan berharap ini dapat membantu pasangan yang beru berkahwin khususnya di Selangor untuk cuba memohon Insentif Generasi Muda iGems ini. Manfaatkan segala maklumat yang anda perolehi dan segera lah membuat permohonan sekiranya anda layak.

TERIMA KASIH