Semakan BR1M 2018 Status Permohonan Dan Rayuan

Posted on

Kaedah Semak Permohonan dan Rayuan bagi BR1M 2018. Anda dah semak belum status BR1M 2018? Adakah lulus atau gagal? Pasti ramai pemohon Bantuan Rakyat 1Malaysia yang nak tahu macam mana dengan status permohonan dan rayuan bagi BR1M tahun ini kan? Berjaya ke atau gagal. Anda kini boleh membuat semakan bagi BR1M 2018 dengan lebih cepat dan mudah dengan menggunakan aplikasi online. Anda juga boleh menggunakan kaedah lain seperti yang dinyatakan di bawah ini untuk menyemak status BR1M.

Tiada sebarang perubahan yang dilakukan oleh kerajaan dalam jumlah BR1M yang diberikan pada tahun ini, nilai bantuan adalah sama. Untuk maklumat semakan BR1M 2018 akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

  • Pendaftaran BR1M 2018 telah dilanjutkan sehingga 25 Januari 2018 yang lepas. Ini telah dilakukan oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MOF).

Cara Semak BR1M 2018 Online Status Permohonan Dan Rayuan 

Di bawah ini, penulis kongsikan maklumat untuk semakan permohonan BR1M 2018 berserta dengan rayuan Bantuan Rakyat 1Malaysia. Penulis juga memasukkan tarikh pembayaran dan senarai bank yang turut terlibat dalam proses pembayaran BR1M.

Untuk makluman para pemohon, masa untuk meluluskan permohonan akan menjadi lebih lama disebabkan proses semakan dan verifikasi kelayakan daripada semua agensi terlibat adalah ketat. Semua agensi yang terlibat ini adalah di bawah Kementerian Kewangan Malaysia.

Berikut adalah nama-nama agensi yang terlibat:

  1. Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)
  2. Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM)
  3. Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) termasuk PDRM
  4. Angkatan Tentera Malaysia (ATM)
  5. Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
  6. Kumpulan Wang Persaraan
  7. Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
  8. Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)
  9. Kementerian Luar Negeri
  10. Jabatan Agama Islam Negeri
  11. Kementerian Pendidikan Tinggi
  12. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
Popular  Permohonan KISS Kasih Ibu Smart Selangor Online

Tarikh Semakan BR1M  2018 Status Permohonan

Bermula 19 Februari 2018 (Isnin) para pemohon sudah boleh menyemak kelulusan permohonan BR1M, bermula pada pukul 12 tengahari. Antara kaedah yang boleh digunakan untuk menyemak status BR1M 2018 ialah:

  1. Semakan BR1M Secara Dalam Talian Online

Anda perlu melayari Portal Rasmi e-BR1M. Di laman web MyBR1M ini pemohon boleh membbuat perkara berikut:

  • Semakan Status BR1M
  • Kemas Kini Permohonan
  • Cetakan Borang Permohonan
  • Peti Mel
  • Maklum Balas

Berikut adalah langkah-langkah untuk menggunakan portal rasmi e-BR1M:

  1. Pemohon perlu pilih menu MyBR1M
  2. Pemohon diminta memasukkan No. Kad Pengenalan – 12 digit sahaja yang  perlu dimasukkan (tanpa “ – “) Contoh: 860214035321
  3. Seterusnya, klik pada butang Log Masuk
  4. Bagi pemohon yang sudah didaftarkan dan mempunyai data, Soalan Keselamatan akan dipaparkan
  5. Wajib bagi pemohon untuk menjawab 2 soalan keselamatan dengan tepat dan betul. Setelah berjaya menjawab, pemohon akan dibenarkan masuk ke Laman MyBR1M.
  6. Merujuk kepada Soalan dan jawapan bagi Soalan Keselamatan. Semua ini sudah ditetapkan oleh pemohon sendiri semasa membuat permohonan dahulu.
  7. Dihadkan percubaan sebanyak 3 kali sahaja bagi setiap soalan.

Cara Menghubungi BR1M : Semakan BR1M 2018

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi

  1. Sekretariat BR1M

Pejabat Belanjawan Negara

Kementerian Kewangan Malaysia (MoF)

Presint 2, 65292 Putrajaya

  1. Hotline BR1M LHDNM

1-800-88-2716

Waktu Operasi 900 pagi hingga 500 petang

  1. Hotline BR1M MOF

03-8882 4565, 03-8882 4566

  1. e-Mel

br1m@treasury.gov.my

  1. Laman Web

https://ebr1m.hasil.gov.my/

Pemberitahuan.com

Komen anda

Komen