Semakan Penyata Gaji Online e-Penyata

Posted on

Cara Membuat Semakan Penyata Gaji Secara Online Bagi Penjawat Awam. Anda pernah dengar mengenai e-Penyata? Bagi anda yang baru melangkah kea lam pekerjaan, e-Penyata ini adalah satu kemudahan untuk memeriksa slip gaji yang dikeluarkan oleh jabatan anda secara dalam talian atau lebih mudah, secara online. Menerusi Jabatan Akaun Negara Malaysia, sistem semakan ini telah disediakan oleh Kerajaan Malaysia secara percuma. Dengan adanya sistem semakan penyata gaji ini, anda tiada lagi masalah untuk menyemak bayaran gaji bulanan. Dengan berbekal sambungan internet anda sudah boleh menyemak penyata gaji bulanan dan penyata gaji tahunan.

Untuk makluman anda, sistem ePenyata Gaji dan Laporan ini hanya dapat menyimpan data berkaitan Penyata Gaji Bulanan anda selama 18 bulan (1 tahun 6 bulan) manakala bagi Penyata Pendapatan Tahunan pula untuk tempoh 7 tahun terawal sahaja. Apa yang akan terjadi selepas tempoh ini? Maklumat gaji anda akan dikeluarkan daripada sistem secara automatik. Sekiranya anda memerlukan semua penyata-penyata ini, menjadi tanggungjawab anda sendiri untuk memuat turun kesemua penyata ini ke dalam cakera keras (hard disk) ataupun menyimpannya di “cloud storage” seperti Google Drive / Dropbox untuk kegunaan sendiri pada masa hadapan.

Semakan Penyata Gaji Online (Kakitangan Awam)

Untuk makluman anda, Sistem E-Penyata Gaji Online merupakan satu kemudahan yang sangat membantu anda kerana penyata gaji anda kini penyata gaji anda hanya dihujung jari. Lebih-lebih lagi jika anda memerlukan penyata gaji untuk membuat pinjaman dari mana-mana bank, anda hanya perlu login ke akaun online anda dan mencetak penyata gaji anda dari situ.

e-Penyata Gaji Online

Bagaimanakah cara menggunakan e-Penyata gaji? Berikut dikongsikan cara membuat semakan penyata gaji secara online:-

Popular  Permohonan Penolong Penguasa Kastam Gred WK29

i) Daftar Sebagai Pengguna Baru

Bagi anda yang masih belum lagi mendaftar, anda hanya perlu mendaftar sebagai pengguna baru di sistem aplikasi semakan ini.Pendaftaran ini penting kerana dengan pendaftaran sahaja anda boleh mengakses sistem ini.

Di bawah ini adalah maklumat lanjut untuk pendaftaran:

  • Bagi tujuan mendaftar, anda perlu klik pada Pautan ini, “Pertama Kali Mendaftar” bagi tujuan untuk membuat pendaftaran.

ii) Semakan Slip Gaji Online

Okay setelah pendaftaran anda tadi telah selesai, pengguna boleh terus mengakses sistem dengan memasukkan maklumat-maklumat yang diperlukan seperti:

  1. Nombor kad pengenalan / MyKad
  2. Nombor gaji
  3. Kata laluan
  4. Soalan keselamat

Anda boleh mengikuti langkah di bawah juga untuk tujuan mengemaskini dan mengakses sistem aplikasi ini:

Tahukah anda bahawa mana-mana kakitangan awam atau kerajaan, boleh menggunakan sistem applikasi semakan ini untuk membuat semakan laporan pendapatan tahunan dengan menggunakan E-Penyata Gaji Online.

Selain itu juga, penulis ingin kongsikan beberapa pautan yang boleh membantu para pembaca semua berkaitan E-Penyata Gaji Online ini:

Maklumat Lanjut e-Penyata Gaji

Sekiranya, anda ataupun rakan-rakan anda ada sebarang pertanyaan berkaitan dengan sistem e-Penyata Gaji ini, anda boleh terus mendapatkan maklumat lanjut serta membuat sebarang pertanyaa dengan menghubungi pihak JANM dengan menggunakan medium di bawah ini:

Diharapkan perkongsian ini dapat membantu anda untuk membuat semakan penyata gaji bulanan serta tahunan anda di di e-Penyata Gaji. Diharapkan dengan kehadiran sistem online ini akan membantu mana-mana kakitangan awam / kerajaan di negara kita tercinta ini, Malaysia dalam proses membuat permohonan pinjaman peribadi, perumahan dan sebagainya.

Popular  Permohonan RELA Online MyRELA

Komen anda

Komen